Monday, May 30, 2005

KURSUS VS MAKAN

Seminggu menghadiri kursus.... rasanya bagai terlupa dengan dunia luar. Masa agak terhad sekali. Pagi-pagi sudah berada di dalam bilik kursus. Petang baru balik. Dapat penceramah yang pandai menggunakan teknik ceramah, mata akan segar bugar. Dapat pula penceramah yang tak peka dengan peserta kursus. Bercakap secara mendatar. Tiada high tone atau diselang seli dengan jenaka.... Mata pun jadi kuyu. Walau pun tajuk memang menarik sekali.

Namun begitu yang paling menarik sekali kata rakan-rakan.... Makan memang terjaga. Tea pagi, tea petang dan lunch. Menunya pula memang terangkat. Ada suara-suara nakal berbisik. Masa kursus adalah masa untuk menaikkan berat badan. Betul juga.... Hari-hari bekerja hanya pergi bersarapan dan makan tengahari. Menu memang tak lebih dari 2 atau 3 jenis makanan sahaja. Masa kursus.... lebih dari itu.

Kebaikan kursus pula kita dapat lebih pengetahuan daripada sedia ada. Belajar sesuatu yang baru. Dapat bertemu dengan rakan-rakan baru. Saling bertukar pengalaman dan sebagainya. Walaupun di bawah kelompok yang sama tapi sukar juga untuk bersua muka disebabkan lokasi kerja yang berlainan.

Habis shj kursus tersebut, saya terus menghadir kursus kecergasan. Kursus ala-ala aerobik. Elok juga... dah duduk dalam kelas yang berhawa dingin, kali ini biar badan panas sedikit. Biar lemak-lemak yang seminggu terkumpul itu keluar sedikit. Bukan sahaja perempuan yang meminati, lelaki pun turut serta. Lelaki sekarang pun dah pandai nak jaga body. Banyak juga tips yang dipelajari semasa buat latihan itu. Cara pernafasan dan lain2 lagi. Ada masanya kita buat senaman yang sama tapi teknik yang silap. Sudahnya tak dapat apa-apa pun.

Berpeluh juga hari itu.... kerana instructor itu keturunan sikh; jadi kami pun belajarlah sikit2 tarian bangra.

Dan seminggu pun berlalu tanpa dapat berbuat apa-apa. Balik pejabat.... kerja dah bertimbun.

*** Jadi penceramah sebenarnya bukan mudah, kena belajar juga supaya dapat menarik minat peserta. Tajuk inilah yang kami berikan untuk peserta kursus suatu waktu dulu.... semasa sessi pengucapan awam. 'Apa yang perlu dilakukan oleh Penceramah untuk menarik minat penonton/peserta supaya ceramahnya tidak kelihatan membosankan'. Banyak tips yang diperolehi bila peserta sendiri memberikan cadangan.

Sunday, May 29, 2005

Jawab Tag Board

dangayang : wah lajunya, berapa km/jam.... tahun depan masuk olympic...; Aqil happy sentiasa..:D

eita : kena kurung sekejap....sekarang dah bebas, miss U too... sayang eita

Mar : 1st sekali, export anak ke kampung.... baik punya mama...:p
: novel...itu; boleh mar, cuma kena set date untuk majlis penyerahan.
: hu hu ....ghazal x jadi, next time ada lagi.

seri adriani : seriusnya....siap dengan cekak pinggang lagi.. :p
: maaf diterima; kita berghazal jumaat ini,,,,, cammana Mar? bolehlah...

eita : kenangan dtg. dan pergi.... tak ajak pun dia datang...

diya : dah selamat pun Aiman.....melangkah ke alam baru mestilah ada gedebak gedebuk di hati...:p

nina : yang manis2 aje diingati, yg. pahit, masam dan kelat tolak ke tepi.

carriekirana : tkasih datang berkunjung, 'rasa' itu membuat kita semakin akrab.

pinkjambu : kena buat 'R&D' nih... ; seronok jugakan dapat macam itu..:p

harumjasmin : wanginya....

Tuesday, May 24, 2005

KENANGAN LALU

Setiap orang mempunyai kenangan yang tersendiri. Samada kenangan sedih atau sebaliknya. Ke mana pun kita lari, ia tetap hadir. Tidak kira dalam suasana mana.
Kenangan mengajar diri lebih berani menghadapi kenyataan. Ada kenangan memang sepatutnya jadi kenangan. Tak perlu dikenang, makin dikenang hati akan jadi lara.
Hidup tanpa kenangan, umpama tiada kisah silam. Kenangan manis tersimpan di sanubari.

Saturday, May 21, 2005

IC BARU

Semalam saya bawa anak nak buat IC baru. Saya pun ambil kesemptan tukar mycard.Lebih mudah pergi sekali. Saya diberitahu teman-teman supaya pergi ambil no. dulu. Kemudian dtg. petang. Risau no. habis. Lalu, pagi-pagi dah terpacak kat pintu JPN. Pintu pun belum buka lagi. Orang dah ramai menunggu. Ramainya... hati berbisik sendiri.

Sampai kaunter no... saya beritahu nak ambil no. untuk petang. Sebab... pagi anak menduduki peperiksaan. Saya dinasihatkan supaya datang pada sebelah petang. Petang itu saya dtg. lagi. Kali ini bawa anak bersama. Kepada guru sebelah petang... keizinan nak keluar saya perolehi. 2.45 saya dah tiba di JPN, awal-awal lagi saya dah bertanya kaunter buka pukul berapa. Wah.. lagi ramai orang. Terfikir pukul berapa nak habis ni.

Tidak lama menunggu nombor pun dipanggil. Gitu Gini.... tak sampai 1/2 jam urusan di JPN sudah pun selesai. Para petugas pun begitu 'polite'; sanggup tunggu saya selesaikan urusan baru dia uruskan utk. anak pula. Rupanya orang ramai yang beratur tu kerana ada urusan lain. Saya hantar anak ke sekolah semula, kemudian saya terus ke tempat kerja. Lega... urusan dah selesai.

*** Pelik juga macammana di Taman Melawati, nombor dah habis walaupun ada yang menunggu seawal 6 pagi. Di Kajang ok pula. Tentang ini JPN kena ambil perhatian, mana yang patut diperbaiki, diperbaiki.

Friday, May 20, 2005

HARI INI HARI LAHIRMU

20.05.2005




Puteraku
masih terbayang saat itu
bersabung nyawa melahirkanmu...
dirimu membesar di depan mata
keletahmu mencuit seribu rasa
dalam ceria petah bercerita
dalam rajuk diam seribu bahasa

kadang-kadang mama terlupa
dirimu masih perlukan belaian manja
kerana mama sibuk bekerja
terlepas pandang untuk seketika
marah mama lantaran sayang
tak mahu hidupmu spt. layang-layang

Puteraku
usiamu bertambah setahun lagi
banyak perkara yg. perlu dipelajari
bukan setakat ke sekolah petang & pagi
tapi tanamkan semangat di hati
agar berjaya di esok hari
buat bekalan di kemudian nanti

20.05.2005
hari ini hari lahirmu
mama berdoa tidak kira waktu
agar dirimu jadi muslimin sejati
berbudi bahasa, berilmu tinggi
disulam dgn. sikap terpuji
berjaya di dunia jua di akhirat.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MUHAMMAD AQIL B. MOHD. AZAM

Ija/20052005

Thursday, May 19, 2005

BILA RESAH....

Sehari suntuk bekerja di pejabat, hati pasti melonjak bila tiba waktu pulang ke rumah. Dalam perjalanan pula terserempak dgn. kesesakan. Hati jadi resah. Samada akan sampai ke rumah dalam waktu biasa atau terlajak ke angka lain.

Namun begitu bila tiba ke rumah, dapat memeluk dan melihat wajah mulus anak2, hati jadi lega. Rasa penat berterbangan terus. Benar agaknya.... anak2 pengubat lelah. Tautan hati antara anak & ibu bapa dapat meleraikan kekusutan jiwa. Wajah kembali ceria. Lupa sebentar beban di tempat kerja.

Selain anak2, kucing juga boleh dijadikan tempat bermanja. Ikan pun boleh juga... ikan emas, ikan gapi, ikan flower horn... ikut kesukaan sendiri.

teringat2 lagu Anuar Zain...
_____________
Jawapan Tag
kaksu: wah, mengemas rumah juga... rajin betul dang-dang ni...
Ija : kemas, jgn. tak kemas.... majlis td mcm. mana kaksu, khabarnya ada org. kena tinggal cuci periuk belanga..:)
MBA: Cantiklah puisi tu...
Ija : MBA, tiada kata secantik bahasa utk ucapan terima kasih atas pujian itu.

kaksu: ija, akhirnya... wah, bagusnya... tak rugi kita jadi pompom ija...
Ija : kaksu, bagai org. masuk gelanggang, tepuk sorak pompom girl membakar semangat.
mar : pidot, sila la (wakil tuan rumah) hehehe..jgn marah ye ija!!
Ija : jd assurate Mar...eh tak gi rumah kak su ke?

mar: ija, cantik kerusi baru ...beli kat kedai ah leong tu ke??
Ija :kerusi ditempah khusus utk. pengunjung rumah ini tempat menghilang lelah

pidot: akak2 semua borak aper nie
Ija : marilah pidot sama2 menceriakan suasana
pidor : haiiiiii leh join tak
Ija : silakan..pidot…terima kasih dtg berkunjung... ambillah teh 0 limau buat penghilang dahaga..
seriadriani: ke mana menghilang.. oo, menyendiri rupanya..
Ija : seriadriani, hilang bkn sebrg. hilang, menyendiri krn nak hiaskan rumah... penatnya buat sorang2..

mar : ija, comelnya rumah baru awak!!
Ija : kelu lidah untuk berbicara, hanya senyuman tanda terima kasih tidak terkira
eita : kak ija, ramainya penyokong. nak tubuh kelab cheerleader, eh? eita pun nak join skali la...
Ija : sudi2kanlah diri, baru lagi ni x ada org nak sponsor baju lagi…
nina suria: ija akak bukan saman lah, kena S.I.M.A.N ngan KT awak tu.. diam2 ija ni orang seni eik
Ija : silap bacalah Ija ni....Nina berkawan dgn org2 seni terkena juga tempiasnya, diam2 rindulah Nina
nina suria: salam tuan rumh, eh nur pun ade.. jom kita join kaksu skali.. pom2 gurl heheh

Ija : Nina, kali ini siapa nak jadi ketuanya...
Nur: assalamualaikum kanda,maaf lama dinda tidak datang menjenguk.kanda sihatkan?alhamdulillah.
Ija : wa’alaikummussalam, kanda di sini sihat sejahtera. Hendaknya begitulah adinda jua. Gembira kanda mendengar adinda

bersuara di rumah kanda.
mar : kak su, boleh saja!! kan seri kan kan..hehehe.
Ija : Mar, latihan berapa kali seminggu?
kaksu: mar, seri... kaksu pun nak join jadi pompom ija
Ija : kaksu… terharunya hati adinda mendengarkan kaksu pun turun padang sekali.
mar : seri kita jadi pom2 girl nak .. tp dgn syarat kita kena pakai topeng, nak tak.
Ija : Mar, banyak topeng kat sini..., zorro, catwoman, ninja turtle, power rangers, batman, ultraman; pilihlah mana yg. suka
seriadriani: ija, oo rupanya mmg minat berpuisi.. patutlah manis je pusi dia kat komen SCYS.. go! ija go! (terbayang macam dok

sorak kat padang la plk:)
Ija : alahai mana nak sorokkan muka ni… org. puji2 malulah pulak.. Mujurlah di padang, kalau kat highway…touch n go lah

jawapnya..

Wednesday, May 18, 2005

MENITI KEHIDUPAN





Ada ketika kita senyum sendiri
Ada ketika kita suka menyendiri
Ada ketika kita rela berdiam diri
Buat hal sesuka hati
Tanpa siapa-siapa di sisi

Dan ada waktunya....
kita menjadi seorang pemikir;
seorang pentafsir
tentang pasang surut kehidupan.

Saturday, May 14, 2005

MENJENGUK KE MASA LALU

Dulu pernah juga bercita-cita nak jadi penulis. Bukan penulis novel. Cuma tulis cerpen atau puisi. Pernah juga cuba-cuba join persatuan penulis. Ramai juga penulis yang ditemui semasa Hari Puisi atau hari lain yang menghimpunkan penulis-penulis di Malaysia. Aktiviti itu hanya sekejap saja. Bila dah berpindah ke tempat lain. Segala-galanya dilupakan. Tapi membaca novel masih diteruskan.

Bila mula berjinak-jinak melayari blog... berkawan dgn. novelis atau novelis e-maya dan peminat novel..... Minat itu tumbuh, semakin berputik, berbunga dan berkembang semula. Cuma belum lagi direalisasikan dalam erti kata yang sebenar.

Bila SeriAdriani mengatakan sukakan puisi saya dlm. tag-boardnya. Saya tersenyum sendiri. Sebab tak rasa pun apa yang saya tuliskan itu adalah puisi. Cuma cakap-cakap biasa yang agaknya terlebih bunga. Idea itu datang dengan tiba-tiba, selepas membaca n3 baru.

Dan semalam saya menjenguk sebentar ke masa lalu. Terjumpa puisi itu yang masih tersimpan dalam album kenangan. Puisi itu pernah tersiar dalam sebuah akhbar beberapa tahun lalu. Selepas itu saya terus mendiamkan diri... tak tahu kenapa, mungkin sebab kawan atau keadaan yang semakin tidak membenarkan.
Tapi kini........ rasa itu datang lagi. Rasa nak berpuisi kembali esp. setelah bertemu teman-teman yang sealiran.

_____

KakSu,
- Terima kasih............ mungkin itu puisi Ija yang paling manis pernah dihasilkan. Masa itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Trengganu, menatap heningnya pagi menyusuri tepian pantai. Laut yang terbentang luas seakan tiada tepinya bertemu kaki langit. Bayangkan betapa cantiknya suasana waktu itu.

Friday, May 13, 2005

KT, WAKTU-WAKTU ITU TELAH TIIADA

(i) Subuh-subuh dingin
aku memijak dadamu KT
dengan segunung harapan di hati
agar kita bisa diketemukan
menepati janji-janji yang telah terpadu


(ii) Malam-malam hening
aku meninggalkanmu, KT
bersama runtuhnya harapan hati
lantaran janji yang telah terungkai
impian yang tak sampai


- KT
wajahmu semakin sayup di pandangan
meninggalkan cerita duka di kalbu
dalam harapan yang kian pudar
dalam mimpi yang kian suram.


- Ija -
Kuala Trengganu

Thursday, May 12, 2005

CERITA HARI INI

Hari ini penat sesangat...

- Terpaksa mencari orang yang hilang.
- Talipon kawan-kawan, tiada jawapan, hanya pesanan suara ditinggalkan.
- Hantar message...tiada balasan.
- Tengah-tengah mtg.... dpt. 'notes', boss suruh call; talipon berdering, tinggal pesan lagi.

- Selesai mtg; baru dapat message.. tp semua org. dah balik.
- Yang dicari dah tak diperlukan lagi.
- Segala-galanya dah selesai, VIP pun dah lunch
- Dengar cerita muka boss 'merah', terus tak berani nak jumpa....

- Kata kawan-kawan; macam ni kuruslah jadinya.
- Disambung lagi; rasa nak tukar ke tempat lain aje..

- Ija : Senyum meleret, nak cakap apa lagi....
Sabar ajelah...

************************

Cakap-Cakap di Tag Box.

mar: hai ija, salam pagi khamiszzz..
- Salam buat Mar juga, ghazal kita bila nak mula..

nina: Ija pix tu dah redi, silalh buat kopi ke teh ke, sebelum kena tarik garannya
- Capucinno ada, decaf pun ada yg. mana satu pilihan hati. Merenung gambar, kenangan itu dtg. lagi.
Kita senyum sorang-sorang.

kaksu: ija mengidam nak tengok bagaimana rupanya jelingan maut ija tu... kaksu rasa macam tak takut aja hahahah
- konon-kononnya dlm. jelingan itu ada sumpit beracun, rupanya sumpit dah dipinjam orang...
- manisnya kaksu ketawa.... terdengar2 hingga ke sini :p ija pun tumpang sama...hahaha
- ija menaip ni sambil dengar lagu "Yg Bertakhta Akhirnya -M.Nasir"

mar: ija, jelingan maut ke jelingan manja??
- patutlah mamat tu terpandang-pandang.... kita bagi jelingan maut, dia ingat jelingan manja kot???

diya: hye kak ija, menyinggah lagi kat umah akak nie. Hurm...diya pun dah lama x survey novel. Nanti nak usha novel kat pasaran juga
- sejak balik dari PWTC, belum lg intai2 kat kedai. novelis mana jadi pilihan diya? kabar-kabarkanlah buku yang dah dibaca.

Wednesday, May 11, 2005

PANAS, PANAS, PANAS

Petang tadi saya bergegas ke kereta. Risau lewat sbb. dah berjanji dgn. kawan nak turun gelanggang. Sampai di kereta rupanya adalah sebuah kereta lain yg. senang2 parkir di hadapan kereta saya. Hampir sesangat.. Ini dah kira kes block. Macammana ni... Tengok plat kereta, rasanya tak familiar sangat. Saya menanti kot kot tuan kereta akan cepat sampai. Mudahlah saya nak alehkan kereta.

Tunggu punya tunggu, ternampaklah kelibat dua orang mamat ini. Dengan selambanya dia terus masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa. Sekurang-kurangnya angkatlah tangan atau mintalah maaf. Ini tidak.. Rasa panas berdesup ke dalam hati. Lalu saya berikan mereka 'jelingan maut'. Biar dia tahu masa itu saya tengah panas ditambah pula cuaca yang memang panas hari ini.

Kenapalah org. sekarang ni x pandai nak minta maaf bila dah buat salah. Bukannya dikenakan bayaran pun..

Tuesday, May 10, 2005

KEMALANGAN DI MANA SAHAJA

- Ini cerita semalam, Isnin pagi...

Keluar dari rumah, jalan 'smooth' saja. Menghala ke Putrajaya, kereta semakin banyak. Sesak sekejap. Encik Polis hanya berdiri di sisi jalan, memerhati. Lalu saya bagi signal untuk ke jalan lain. Bukan saya saja berbuat begitu. Orang lain pun sama juga. Jalan alternative yang tak sesak jadi sesak pula.

Beberapa meter saja sampai ke simpang untuk ke pejabat. Kereta bergerak perlahan pula. Dalam kepala berfikir lagi. Di sini pun sesak juga tapi kenapa? Kalau ke Putrajaya lainlah cerita. Ada NAM.

Rupannya berlaku kemalangan. Dari kereta saya lihat seorang lelaki terbaring di tengah jalan. Di bahu jalan saya lihat ada beberapa kereta berhenti. Ada lelaki dan perempuan di situ. Ada yang perihatin meminta kenderaan yang lalu memperlahankan kenderaan masing-masing. Jika tidak mungkin mangsa akan dilanggar lagi. Rasanya kemalangan itu masih baru lagi, tiada polis atau ambulan di situ.

Saya melihat juga..(dari dalam kereta sahaja) samada mangsa itu dikenali atau tidak atau rakan sekerja. Simpati pada beliau. Pagi-pagi hari keluar mencari rezeki tapi ditimpa kemalangan. Bagaimana penerimaan keluarga beliau. Kiranya dia mempunyai anak-anak, alangkah sedihnya hati anak2 dan kaum keluarga... Baru bersalaman, kemudian mendengar berita sedih.

Nota kaki:
Kemalangan berada di mana-mana, tanapa diketahu bila waktunnya. Bila keluar dari rumah bacalah doa yang sepatutnya. Semoga kita selalu berada di dalam lindunganNYA dan terhindar dari segala bahaya.

Monday, May 09, 2005

DIA HANYA SATU, BERSEMI DI KALBU

Banyak lagu-lagu yang memaparkan tentang kasih, pengorbanan, jasa, syurga dan segala yang baik tentang seorang ibu. Tanpa ibu tiadalah kita di dunia ini. Tanpa ibu kita tidak berdiri di sini.

Lantaran itu Hari Ibu diraikan di minggu pertama dalam bulan Mei. Namun begitu untuk menghargai jasa, pengorbanan seorang ibu bukan saja tertumpu di bulan ini sahaja. Sebagai seorang anak kita patut mengingatinya bila-bila waktu sahaja.

Semalam saya menerima bungkusan hadiah dari anak perempuan. Sebak rasa menyusup di dada membaca apa yang diluahkannya. Dia memohon maaf di atas segala kesilapannya dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Saya berfikir sendiri, masa saya kecil dahulu tidak pula terlintas untuk berbuat begitu kepada ibu saya. Tapi anak2 zaman sekarang telah pandai meluahkan apa yang mereka rasa. Bukan hadiah yang menjadi ukuran tapi rasa yang tulus ikhlas dari hati yang membuatkan saya terasa sayu sekali.

Ibu tiada gantinya
Dia hanya satu
Kasihnya bersemi di kalbu
Selamanya...

Biar pun dirimu jauh di sana
Pelukanmu masih terasa
Memujuk dan membelai
Tika aku merajuk...

Kini, aku juga bergelar ibu
Menggalas kasihmu
Untuk anak-anakku

Baru aku sedari
Menjadi seorang ibu
Banyak ranjau dan onak berduri
Harus ditempuhi.

-Ija-

Thursday, May 05, 2005

SEBUAH INGATAN

Hari ini 5hb. Mei 2005. Bila digandingkan memang cantik sekali 05.05.05. Rakan-rakan pun berkata begitu bila mereka masuk ke pejabat saya.

Tarikh itu mengingatkan saya kepada seorang kenalan. Kerana hari ini tarikh lahirnya. Dulu saya sering juga mengirimkan kad ucapan. Namun semenjak beberapa tahun ini kebiasaan itu tidak lagi menjadi kebiasaan. Cuma sesekali ingatan itu datang bertandang.

Sebabnya dia hilang tanpa dapat dikesan. Sebab kenapa dia mendiamkan diri tidak saya ketahui? Namun begitu entah kenapa ingatan itu datang dengan tiba-tiba. Kata orang bila kita mengingati seseorang mungkin orang itu mengingati kita juga. Sejauh mana kebenarannya tidak saya ketahui. Tapi ada masanya kena akui juga akan ketepatan kata-kata itu.

Tuesday, May 03, 2005

DARI ALAM MAYA KE PWTC

Jumaat, 29 April 2005

Awal-awal lagi saya telah memohon cuti...Pagi itu saya masih lagi memikirkan samada untuk memandu ke KL atau pun menaiki komuter saja. Tapi bila memikirkan ttg janji dengan kakak untuk bersama-sama ke PWTC... saya mengambil keputusan untuk memandu. SMS SeriAdriani saya terima semasa terperangkap dalam kesesakan menuju ke KL. Jarum jam menunjukkan ke angka 10.05 pagi. Kereta di jalanan agak banyak juga esp sebelum memasuki Jalan Tun Razak... Lenguh rasanya bagi saya yang sesekali memasuki KL.

Saya tinggalkan kereta di rumah kakak. Kami menaiki bas sahaja ke Chow Kit, menemani kakak yang ada urusan di bank. Dari sana saya berkira2 untuk menaiki teksi. Tapi tak boleh kerana jalan dah semakin sesak. Maklumlah hari Jumaat, waktu rihat agak panjang bagi kakitangan kerajaan. Sudahnya kami berjalan kaki menuju ke PWTC. Terasa penat kerana sudah lama tak berjalan.. tapi jika menunggu teksi alamatnya kami masih tak sampai lagi.

Sekali lagi SMS daripada SeriAdriani saya terima. Meminta saya ke booth CESB terlebih dahulu kerana dia ada urusan. Booth CESB saya kunjungi ingin bertemu dengan KakSu tapi diberitahu KakSu dah keluar. Kemudian saya menerima panggilan talipon dari SeriAdriani yang memaklumkan bahawa dia berada di luar bersama2 dengan Nina. Terus saya keluar... dah tak sabar nak berjumpa dengan orang jauh..., Berpusing2 mencari, susah juga nak jumpa. 2, 3 kali kami berinteraksi melalui talipon. Akhirnya bertemu juga. Mujur juga saya telah mengenali SeriAdriani terlebih dulu.

Lalu bermulalah sessi suai kenal, kemudian diikuti pula dengan adegan berpelukan dan bertemu pipi. Suara masih tersimpan lagi. Hanya sebutir-sebutir saja yang keluar. Mungkin masing-masing masih malu-malu lagi. Di blog lainlah....begitu ramah sekali. Baru saya tahu yang Nina Suria dan Ryn itu adik beradik. Saya ingatkan mereka berjiran. Kemudian kami beraleh ke sessi fotografi pula. Tidak lengkap pertemuan ini tanpa potret kenangan. Sayangnya SeriAdriani kena menyambung tugas semula.

Saya, Nina, Ryn dan kakak saya bergerak ke booth Alaf 21 pula bertemu dgn Seri Adriani sekali lagi. Kemudian terus ke booth CESB. Dari jauh saya dah nampak senyuman KakSu. Memang manis macam dalam gambarnya. Tak sukar untuk mengenalinya. Kami memperkenal diri antara satu sama lain. Adegan peluk memeluk dan berlaga pipi berulang lagi. Sesekali deraian ketawa mengiringi perbualan kami. Wah... memang gamat juga PWTC bila NTS fans bertemu. Sempat juga saya terpandang ada pengunjung yang berasa hairan melihat telatah kami. Di situ saya bertemu dengan Nida dan Notie. Saat beramah mesra saya teringat kepada Nur di Soton.

Terasa begitu pendeknya masa untuk terus berkenalan dengan lebih rapat lagi. Namun pertemuan yang sedetik cuma memang berbekas di hati. Tak mungkin dapat dilupakan... ia menjadi memori yang begitu indah dan manis untuk dikenang selamanya. Moga pertemuan ini akan berulang lagi seterusnya. Terima kasih semuanya atas pertemuan dan kemesraan ini.

- KakSu : Turun ke BBB beritahulah.....Ija & Seri setia menanti.
- Nina & Ryn : Terima kasih ole-ole dari Brunei. Cheese Cake Nina memang mengancam.
Potret kita usah dilupa, kirim-kirimkanlah...
- SeriAdriani : Maaf, terdapat kesulitan dalam mencari rumah Ija, kena berpusing-pusing dulu...:) Adriana comelnya...
- Nida & Notie: Nice to meet U.
- Nur : Kukenang dirimu walaupun jauh di mata
- Eita : Ceritanya begitu.... suasananya lebih hangat lagi...:D