Tuesday, September 28, 2004

CUBA SELAGI BOLEH

Petang tadi ada perlawanan bolatampar tertutup. Saya diletakkan di dalam Kump. A. Melihat nama2 di dlm. kump. yg. menjadi lawan kami, saya dapat merasakan yg. kami akan tewas. Apatah lagi bila org. kuat kami tak dapat turun bermain, anak2nya tiba-tiba demam. Begitulah bila dah berkeluarga... apa2 saja utk. keluarga.
Lawan kami tidak lah kuat sangat, tapi yg. membuatkan kami kalah kerana tiada strategi yg. betul, kebanyakan pemain hanya turun di hari perlawanan. Dilihat dari mata yg. diperolehi tidak jauh bezanya. Tapi apa nak buat, walaupun kurang 1 mata, kalah juga namanya.
Besok ada pelawanan lagi, harap2 org. kuat kami akan turun ke gelanggang. Nak tebus kekalahan hari ini.

Monday, September 06, 2004

LAGI TIGA BULAN

September datang lagi. Ini bermakna lagi tiga bulan tahun 2004 akan berakhir. Masih lagi bertanya pada diri. Apa pencapaian yg. dicapai setakat ini. Awal tahun dah ditetapkan target. Beberapa target telah dicapai. Masih ada lagi yg. belum tercapai.
Sempat lagi ke?
Bila dikenang kembali, merdeka pun dah 47 tahun. Banyak pencapaian yg. dicapai di bawah beberapa org. PM. Mengambil masa bertahun juga.

Sering berdoa, moga Malaysia aman selalu...