Saturday, March 01, 2008

UJIAN




Dalam kehidupan kita tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian. Di sekolah, di universiti dan di mana sahaja. Ujian juga datang dalam berbagai bentuk. Bukan saja duduk di kerusi dan menulis jawapan/atau menanda jawapan di dalam kotak yang disediakan. Kerana ujian seperti ini jawapannya telah pasti melalui pembelajaran di sekolah yang tercatit di dalam buku teks.

Ujian kehidupan yang tidak tercatit jawapannya di dalam buku yang dibaca, bagaimanakah untuk menghadapinya, menjawab dan menyelesaikannya.

Ujian = Dugaan + Cabaran + Kehidupan.

Mungkin agaknya sekarang ini saya berada di dalam ujian itu. Dan Tuhan ingin menguji sejauh mana kuat, teguh dan tabahnya hati seorang saya dalam menghadapi segalanya dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

5 Comments:

At 10:08 AM, Anonymous Anonymous said...

kak ija... semoga tabah & cekal menghadapi sebarang ujian.. aminnn...

go go chayo!!!! gambate!!
luv you!!
wabbit :D

 
At 6:21 PM, Blogger Nina Suria said...

salam Ija, kabare? walau apapun ujian itu, nina doakan semoga berjaya melepasinya..

 
At 10:36 PM, Anonymous Anonymous said...

Ija,
Seberat mana pun ujian yg dtg dari Allah, cekalkan hatimu dalam menghadapi dan menyelesaikannya. Kerana Allah tidak akan membiarkan, orang yang dalam kesusahan menderita selama-lamanya melainkan kita berdoa kepadaNya.

 
At 1:04 AM, Anonymous Anonymous said...

hmm tahun ini dan tahun lepas dan tahun satu lagi, penuh dengan dugaan dan ujian buat kami sekeluarga.

setiap ujian pastinya ada jalan keluar, Insyallah....

bersama-samalah kita bertaubat dan berusaha segigih mungkin.

Dan akhir kalam jgn lupa redha dan tawakal

 
At 12:32 AM, Anonymous Anonymous said...

wabbit...
terima kasih; dugaan membuat kak ija semakin kuat..

Nina,
salam sayang, insyaallah.. tahun bertukar dan segalanya berjalan dengan baik.. rindu padamu utk. bertemu..

kak zara;
benar doa penguat semangat, alhamdulillah manisnya makin terasa..

maza;
ujian datang dan pergi,
Dia sekadar menguji kekuatan iman seseorang; alhamdulillah... hikmah
di sebalik itu ternampak sudah..

terima kasih atas sokongan segalanya..

 

Post a Comment

<< Home