Monday, May 09, 2005

DIA HANYA SATU, BERSEMI DI KALBU

Banyak lagu-lagu yang memaparkan tentang kasih, pengorbanan, jasa, syurga dan segala yang baik tentang seorang ibu. Tanpa ibu tiadalah kita di dunia ini. Tanpa ibu kita tidak berdiri di sini.

Lantaran itu Hari Ibu diraikan di minggu pertama dalam bulan Mei. Namun begitu untuk menghargai jasa, pengorbanan seorang ibu bukan saja tertumpu di bulan ini sahaja. Sebagai seorang anak kita patut mengingatinya bila-bila waktu sahaja.

Semalam saya menerima bungkusan hadiah dari anak perempuan. Sebak rasa menyusup di dada membaca apa yang diluahkannya. Dia memohon maaf di atas segala kesilapannya dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Saya berfikir sendiri, masa saya kecil dahulu tidak pula terlintas untuk berbuat begitu kepada ibu saya. Tapi anak2 zaman sekarang telah pandai meluahkan apa yang mereka rasa. Bukan hadiah yang menjadi ukuran tapi rasa yang tulus ikhlas dari hati yang membuatkan saya terasa sayu sekali.

Ibu tiada gantinya
Dia hanya satu
Kasihnya bersemi di kalbu
Selamanya...

Biar pun dirimu jauh di sana
Pelukanmu masih terasa
Memujuk dan membelai
Tika aku merajuk...

Kini, aku juga bergelar ibu
Menggalas kasihmu
Untuk anak-anakku

Baru aku sedari
Menjadi seorang ibu
Banyak ranjau dan onak berduri
Harus ditempuhi.

-Ija-

1 Comments:

At 7:33 AM, Blogger Nina Suria said...

salam Ija, selamat hari ibu. Memang pun anak2 sekarang ni lebih advance dr kita dulu2. Memang bila baca kad mereka dgn kata2 yg menyentuh perasaan membuat airmata kita tumpah jua. Yang kesiannya mereka sanggup jimatkan wang jajan untuk beli hadiah untuk kita, walaupun tak berharga, nilai ingatan mereka tu yg membuat kite tersentuh.

 

Post a Comment

<< Home