Friday, March 23, 2007

Jalan-Jalan Cari Novel














Bila keluar saja novel baru, hati pun akan teruja untuk menjadi orang yang paling awal untuk memilikinya. Tapi kadang-kadang kena juga intai-intai beg kecil samada isi dalamnya cukup atau tidak. Tambahan pula bila ianya keluar sebelum hari penerimaan gaji.

Untuk minggu ini saya memaparkan tiga buah novel baru terbitan Alaf21 & Creative Enterprise.

1. Impian Terindah hasil karya Norzailina Nordin. Penulis ini tidak pelu diperkenalkan lagi kerana namanya memang sinonim dengan resipi-resipi masakan. Bahkan boleh dikatakan dia ni memang pakar masak. Dengan Alaf21 beliau telah menghasilkan enam buah novel termasuk yang terbaru ini. Bila dikira novel yang telah diterbitkan mungkin melebihi dua puluh buah di pelbagai penerbitan lain.

2. Hati Seorang Wanita hasil karya Norisah A. Bakar (dgn. bloggers namanya dikenali dengan Nor Ash Burn). *Tajuk ini mengingatkan saya kepada sebuah novel karya seorang penulis lain*. Dengan CESB dia menghasilkan dua buah novel. Yang pertama Rinduku Di Angin Lalu. Penulis dari Singapura ini pernah menghasilkan novel-novel terbitan dari syarikat lain. Bahkan dia pernah memenangi anugerah kerana novelnya yang bertajuk "Takdir"

Tahniah Nor Ash Burn, harap pesta buku kali ini akan turun ke Kl. Boleh kita bertemu dan beramah mesra. Bolehlah saya hulurkan buku2 yang lain untuk di tandatangani.

3. Tiada Lagi Cinta hasil tulisan Aini. Kabarnya dia pernah menghasilkan novel sebelum ini. Tapi tidak dapat dipastikan. Kadang-kadang penulis menggunakan nama yang berlainan bila novel mereka diterbitkan oleh syarikat yang berlainan.

Ada waktu bolehlah cuba dapatkan naskhah tersebut di kedai berhampiran.

P/S : Cik CW, terima kasih membelikan novel NAB terus dari penerbitnya. Dalam hati berbisik, nampaknya bersengkang mata hujung minggu inilah saya...

3 Comments:

At 5:02 PM, Anonymous Anonymous said...

ija, terkejut sy sebaik tiba lalu dipertemukn dgn bb sndri. terima kasih kerana tolong promokn bk sy tue. terima kasih jgk kerana sudi membeli dn semoga ija suka dgn citernya.

 
At 9:40 AM, Anonymous Anonymous said...

Nor Ash Burn;

tengah berdebar nak ambil dari cik reporter UB,... blum baca tapi dah
terpikat dgn. Asyida...

Tahniah,....

:p

 
At 12:23 PM, Anonymous Anonymous said...

hihi.. kak ija.. tertewas juga akhirnyer ye???? :p

 

Post a Comment

<< Home