Saturday, September 24, 2005

BERMAIN DENGAN ANGKA

Datang saja kerja angka yang dilihat terlebih dahulu. Contengan di kertas pun dipenuhi dengan angka. Bila orang tanya pun jawapannya mesti dengan angka juga. Hinggakan ada masanya kepala pun dipenuhi dengan berbagai angka. Ada kecil ada besar.

Bila 'big boss' nak pergi ke mana-mana. Terkejar-kejar nak siapkan apa yang patut. Jika tidak banyak perkara jadi 'hanging'. Terpaksa menunggu 'big boss' kembali ke pejabat semula.

Berbagai jenis angka yang muncul di skrin komputer membuatkan kepala saya terasa pening seketika. Mujurlah tiada penyakit lain yang hinggap.

Kerana itu dalam 1 minggu + ini saya tak sempat nak mencatat apa-apa untuk blog sendiri. Maaf ya teman-teman, salam tak berjawab. Tapi ketahuilah saya amat menghargai anda semua. Tiada anda semua tiadalah saya di sini.

******

Jawab Tag Board:

Seriadriani: Tak hilang mana-mana cuma ditenggelami oleh angka. Minta maaf banyak2 x sempat nak balas sms. :p
Mar : Rasa-rasa nak makan hati orang tu... ha ha..ha
Norra : Hi Norra, Sakit hati dah hilang, timbul pula sakit mata :(
Mar : Ija Ok, cuma orang tu kot yang SAKIT JIWA ..he he..
Narish : U're welcome. Datanglah lagi...
AHaDa : Hug Ahada, Sakit hati jugak? Kita serupalah ni .... Mg poem tu jd penawar :P
Eita : Salam Eita, x apa tempekan pun bagai lagu di sini :)
Mar : Salam hujung minggu. Ari ni gi IOI Mall, entah bila buku tu nak keluar.....
Kaksu : Sayang kaksu, menanti penuh sabar NTS dipublish;
Kikomon : Mana satu nak pilih ni ya? Pegang kepala.. Semua nampak mengancam pulak :D.
Izham : Terima kasih atas tips n nasihat ttg. sakit hati.
Shafie : Poem awak memang berkesan. Mengubat hati yang sedang sakit. TQ so much.

Friday, September 16, 2005

SAKIT HATI

Sakitnya hati
rasanya nak menjerit sekuat hati
namun ada malu memagar diri
silap-silap dikatakan orang gila nanti

Sakitnya rasa
Sahabat, tempat meluah rasa
entah ke mana pula perginya
di talipon berkali-kali
masih tak berangkat lagi

Sendiri-sendiri
aku melayan diri
beristighfar tali temali
agar sakit ini reda kembali
mood pun tidak jauh pergi
dapatku teruskan tugas di sisi

Ija
160905/1131pm

Nota kaki:
- Maaf ya, saya ter"over" hari ini kerana rasa sakit yang menyucuk-nyucuk ini. Mujurlah tak meletup, masih boleh dikawal lagi.
- Anda pernah sakit hati? Apa yang dirasa saat itu? Apa tindakan anda terhadap orang itu?

Monday, September 12, 2005

SUKARNYA...

Telah bebapa kali saya ke kedai buku... mencari beberapa novel keluaran CESB. Masih tak berjaya lagi. Siap print-out list lagi, berikan kepada empunya kedai itu.

Jawapannya, "Belum keluar lagilah..."

Selasa lepas (semasa pertemuan dengan Dhiya)... jenguk-jenguk juga di kedai buku di Mines. Dengan harapan akan berjumpa. Tak ada juga.

Hari ini pergi lagi ke kedai buku. Dari Jln. TAR, KL terus ke Mid-Valley. Hampanya... tak juga bersua.

Berkata tuan punya kedai itu, "Kadang-kadang dia orang iklan cepat tapi lewat keluar..."
Betul ke? Saya pula tertanya-tanya.

Nampaknya beberapa minggu ini saya berihat dari membaca novel. Rasanya macam telah hilang satu kenikmatan hidup. Macam minum kopi tanpa gula. Terasa pahit sekali.

Friday, September 09, 2005

PANGGILAN JAUH

Beberapa hari bercuti, kerja pun semakin bertambah. Panggilan talipon pun bertalu-talu. Kasihan kan orang yang menunggu nak berurusan. Bila nak bercakap sahaja, talipon berbunyi lagi. Namun dia tetap menanti dengan sabar.

Kali ini talipon berdering lagi. Perbualannya begini...

"Hello, may I speak to Mdm. ........ " suara lelaki di talian.

"Speaking.." slangnya membuatkan saya mengatakan lelaki itu bukan orang tempatan.

"I'm calling from Hong Kong, bla...bla..bla..." jauhnya dia!

"Yes... Yes....Yes....," cuma itu yang saya jawab.

Panjang lebar pemanggil itu menerangkan maksud panggilannya.

Akhirnya talipon saya letakkan setelah menjawab, "Sorry sir, I am not interested......."

Rupanya panggilan jauh itu nak buat 'survey' .....'.

Peliknya... di mana dia mendapat nama dan nombor talipon saya. Kedengaran suaranya dekat di telinga. Tidak macam orang jauh, ialah... teknologi canggih alaf ini, apa pun boleh buat. Tapi pertanyaan "dari mana dia memperolehi profil saya", berlegar di kepala..

Hairan n ajaib.

Thursday, September 08, 2005

BERTEMU DAN BERPISAH

Hari ini saya bertemu dengan seorang kawan. Kami bermaaf-maafan dan berpelukan di hujung bangunan. Sebabnya walaupun berada di dalam satu bangunan kami jarang bertemu. Masing-masing sibuk dengan tugas, terkunci di bilik sendiri. Sebab yang paling konkrit kerana kami tidak akan bertemu lagi dalam tempuh tiga (3) tahun. Dia akan berangkat ke USA minggu hadapan

Banyak kenangan antara kami. Yang paling jelas kerana kami pernah bersama di dalam "Pencarian Harta Karun" selama tiga (3) tahun. Kali pertama kami di dalam satu kumpulan, kami mendapat tempat ke 3. Selama 3 tahun berturut-turut kami berada di dalam carta "Top-Ten". Nombor 3 bagai sinonim pula dengan kami.

Malam ini saya bagai terdengar-dengar lagu seperti tajuk di atas. Sedih rasanya. Begitulah putaran kehidupan. Tiap pertemuan akan disusuli dengan perpisahan. Tidak kira siapa atau di mana sahaja berada. Dan perpisahan mungkin juga masih ada titik pertemuan.

Saya pernah terbaca kenyataan ini, "Perpisahan itu berada di mana-mana, kita mesti tabah dan berani menghadapinya". Petikan dari sebuah novel yang pengarang dan tajuknya tidak saya ingati lagi.

Masa berubah lagi
datang dan pergi
silih berganti

Bertemu di hari ini
berpisah di esok hari
tidak dapat di tahan lagi

Namun memori itu tak pernah mati
Masih utuh di hati
Segar di sanubari
Selamanya....

- Pertemuan ini
bila akan berulang lagi
aku menanti.....
ija/8905-1.40am

* Entry kali ini terpanjang sedikit. Cover balik untuk bebrapa hari*

Jawab Tag Board

Norra : Alhamdulillah sihat. Ada novel baru? Cubalah hantar ke Alaf 21 atau CESB.

Mar : Ini tengah merdekakan diri dari cengkaman ke bz an...:)

Dhiya : Siannya dia.. Mimpi tu dah jadi kenyataan. X sedar masa terus berjalan laju.

Ahada : Salam rindu, kak ija sihat..

Dang Ayang : Salam Khamis untukmu. Siapa pengarangnya Ayang? Macam pernah dengar aje tajuk itu. Nanti beritahu ya? Kalau best boleh beli!
Eymanhykal : Hi Eyman, dah bc fragmen tu. Makin lama makin menarik cerita tu.