Wednesday, March 30, 2005

PENING-PENING

Baru balik dari briefing Sistem Kewangan on-line. Versi baru yg. telah diupgradekan. Penceramah begitu bersemangat memberikan penerangan. Sayangnya terlalu cepat hinggakan ada peserta yg. tak dapat mengikutinya. Dia pun terpaksa mengulang semula. Ada juga antara peserta yg. begitu berat utk. bertanya lagi....sbb. tak dapat memahami dgn. jelas. Yg. lain hanya sebagai pendengar,
Kalangan peserta ramai yg. memahami sistem ini. Cuma ada tambahan daripada Sistem lama. Namun begitu ramai juga yg. merungut kerana lebih sukar daripada sistem dulu. Benda baru memanglah payah utk. dimulakan. Bila dah biasa, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Kasihannya.... di akhir briefing, penceramah mendapat markah yg. rendah. Rata-rata peserta memberikan penilaian tahap memuaskan. Komen seorang teman: Balik nanti ini dia pula kena kaunselling oleh syarikatnya, belajar memberi penerangan dgn. lebih tepat lagi memenuhi kehendak pelangggan.

Nota Kaki:
- Ada masanya perkara baru lebih memudahkan pengguna tapi berlaku sebaliknya.

Monday, March 28, 2005

Pagi Nan Cerah

Malam tadi hujan turun dengan lebatnya. Pagi-pagi nak bangun pun terasa berat. Anak2 pun liat nak bangun. Dua hari bercuti membuatkan mereka ingin menyambung cuti lagi. Tapi tanggungjawab harus dilaksanakan oleh mereka sebagai pelajar. Dan tanggungjawab saya sebagai ibu mesti memastikan mereka ke sekolah walaupun dinginnya pagi mencucuk urat nadi.
Merenung keluar... memang pagi ini begitu cerah dan nyaman. Hujan lebat yg. turun semalam membuang segala kotoran. Tiada lagi jerebu yg. melingkari awan akibat kebakaran. Itu tak tahulah berapa lama lagi sebab kebakaran berlaku di sana sini.
Hujan yg. turun dari langit begitu disyukuri. Tapi mengapa bila buka paip air pula tiada.

Saturday, March 26, 2005

CAFE Baru

Baru hari ini dapat berkunjung ke Cafe Baru pejabat walaupun hampir 2 minggu telah dirasmikan. Teman2 ada menceritakan betapa Cafe ini cantik... Harga makanan pun berpatutan. Lalu bersama teman2 lain (kawan yg. biasa bersarapan di kantin, ada meeting) Cafe dikunjungi.
Memang cantik. Restoran biasa pun kalah. Taukehnya pula dah bertukar orang. Menunya pula biasa saja, cuma berlainan warna. Mee ada dua warna... satu merah & satu hitam. Harganya biasa juga. Taklah murah spt. dakwaan rakan2. Rasanya.... bolehlah!
Untuk keselesaan mmg. Cafe ini jadi pilihan. Dgn. komputer & tv untuk santapan mata & minda. Tapi ialah bila terlalu selesa risau pula ada yg. jadi pengunjung setia, lalu kerja diabaikan.
Cuma 'service'nya lewat sedikit. Cashier pun terkial-kial untuk mengira. Pengunjungnya tidaklah ramai hingga berlaku jam. Kalau ramai lagi entah macam mana pula agaknya.
Kata teman2:-
- org. baru mungkin tak biasa lagi (service lewat)
- sesekali bertukar selera, bolehlah kantin masih jadi pilihan
- teh tarik di kantin lebih 'ump'
Namun segalanya ikut citarasa masing-masing.........
Nota Kaki:
Suasana yg. cantik, makanan pun mesti enak juga.... Biar bayar lebih asal hati puas.

Wednesday, March 16, 2005

Bilasungkawa

Kami baru saja tiba di Kajang dari Batu Pahat, Johor.

Anak2 telah dimaklumkan bahawa percutian ke Bukit Merah terpaksa dibatalkan.

Kami masih lagi dalam kesedihan kerana kembalinya bapa mertua ke Rahmatullah, Isnin, 14 March 2005. Moga rohnya dicucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang2 yg. beriman. Amin.

Monday, March 14, 2005

REHATKAN MINDA

Cuti sekolah telah pun bemula. Nak ke mana kali ini ya?
Beberapa cadangan diterima; antaranya..
Anak Pertama : Tidak memberikan usul
Anak Ke 2 : Nak pergi Genting Highland
Anak Ke 3 : Nak pergi Kuching, Sarawak.
Setelah menimbang2 dan berbincang dgn. hubby... Beberapa kriteria diambil kira
1. Masa (nak bercuti berapa lama?)
2. Pengangkutan (memandu sendiri atau guna kemudahan lain)
3. Tempat pilihan (berhampiran laut/taman teman/shopping?)
4. Penginapan
5. Kemudahan
Akhirnya keputusan diambil:-
Cadangan Anak ke 2 ditolak kerana pernah pergi. Tak mungkin nak bercuti tempat yg. sama bila ada pilihan lain.
Cadangan Anak ke 3 ditolak juga kerana waktu terlalu suntuk. Mungkin lain kali akan pergi.
Cuti kali ini akan ke Bukit Merah Lake Town Resort sebabnya:
- Berhampiran dgn. tempat kerja hubby.
- Tak pernah sampai lagi cuma lalu sahaja.
- Boleh singgah di kampung sendiri.
- Memang memenuhi cita rasa anak2. Lebih kurang Genting Highland juga.
Khamis ini saya akan memandu pulang bersama anak2. Hubby akan menjemput pula di rumah emak di Tapah utk. pergi bersama. Bukan saja anak2 yang. seronok. Saya pun tumpang seronok juga.
Nota Kaki:
Nur lain kali bolehlah berikan idea bila Kak Ija nak ke Sarawak nanti.

Sunday, March 13, 2005

Novel Pilihan

Jenguk2 kat web Alaf21... tertera makluman novel Aisya Sofea dah ada di pasaran. Hari Khamis pun pergilah ke Smart B/Shop BBB. Memang benar novel Gelora Jiwa tersusun di rak buku. Apa lagi tanpa buang masa terus saje ambil satu dan letakkan di kaunter. Cepat pun keluarnya. Ada masanya begitu lewat dari tarikh yg. diwar2kan.
Hari sebelumnya pergi ke Alamanda Putrajaya... beli juga beberapa buah novel. Dah lama juga mencari Permata Asmara... Dah beberapa buah kedai buku dikunjungi. Kompleks PKNS, di Mines, Warta... tapi masih tak jumpa lagi. Entah macammana hari itu kawan ajak ke Alamanda. Agaknya memang dah tertulis nak beli buku di situ. Ceritanya memang bagus. Tak jemu membacanya.
Nampak gayanya hujung minggu ini masa dihabiskan dgn. baca novel.
Bila dibuat perbandingan.. novel terbitan Alaf21 & Creative Enterprise lebih teratur susunan bab & ayat2nya. Itu salah satu sebab kenapa novel terbitan ini laris di pasaran. Cuma hingga kini masih tak dinafikan karya Norhayati Berahim menjadi pilihan. Carta RMKL pun ada tiga buah novelnya dalam senarai.

Friday, March 11, 2005

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat Hari Lahir buat puteri kesayangan... Iffah. Pejam celik pejam celik sudah lapan tahun usiamu. Moga jadi insan yg. berguna di dunia & akhirat, sentiasa dalam rahmat Allah.