Thursday, February 24, 2005

Ulangtahun

Terlalu cepat rasanya waktu berlalu. Hari ini perkahwinan kami berusia genap 14 tahun. Jangkamasa 14 tahun menjadikan perkahwinan ini semakin matang. Pagi-pagi lagi hubby telah mengucapkannya. Tidak bagai tahun2 lalu.... tahun ini hanya kedengaran suaranya di corong talipon, SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YG. KE 14...." ujarnya. Sedih juga bila hari-hari penting begini dia jauh di sana. Tapi kesedihan terubat juga kerana dia tidak pernah melupakan, walaupun kami l berjauhan.
Sahabat2 terdekat pun mengucapkan tahniah. Celebrate di mana? Seorang sahabat bertanya. Nak celebrate mana ya, kalau org. yg. nak celebrate bersama tak ada di depan mata.
Selepas Maghrib hubby talipon lagi. Ucapan selamat bergema di hujung talian. Janjinya... bila dia pulang, baru kami akan meraikannya dan sudah semestinya kami akan bertukar hadiah.
- Terfikir... hadiah apa yg. akan diterima nanti. Untuk hubby, awal-awal lagi telah disediakan. Sebenarnya bukan hadiah menjadi ukuran tetapi ingatan itu yg. penting. Moga ikatan ini terus direstui Ilahi.

Sunday, February 20, 2005

TAK PERLU DIUCAPKAN

Ini bukan pertemuan pertama kami. Malah kami telah bertemu beberapa kali sebelum ini. Cuma aku rasa pertemuan ini bagai pertemuan pertama. Mana tidaknya selepas setahun kami berpisah membawa diri masing-masing. Kami bertemu lagi dalam suasana yg. berbeza.
Tak tahu kenapa kami boleh berpisah dahulu. Pada hal kami dikatakan pasangan yg. serasi. Ke mana aku di situlah dia. Di mana aku pergi dia selalu menemani. Hinggakan kadang2 aku terasa terlalu banyak masa dihabiskan dengannya. Bahagia? Entahlah.. Aku tak tahu untuk mentafsir erti sebenarnya perkataan itu.
Bila diingatkan kembali, perpisahan ini bukan salah sesiapa. Bukan salahnya. Tidak juga silapku. Kami berpisah kerana dia menerima tawaran bertugas di tempat lain. Yang lebih lumayan lagi. Kerana itu dia berpindah ke negeri lain. Meninggalkan aku di sini. Dia memberitahuku setelah mengambil keputusan. Dan dengan rasa terkilan, aku membiarkan dia berlalu pergi. Aku sering bertanya kpd. diri, kenapa dia tidak memberitahuku awal-awal sedangkan kami akrab. Perkara penting sebegini aku diketepikan.
Aku tidak mengucapkan apa-apa dgn. perpisahan ini. Biarlah... itu pilihannya. Lagipun bila difikir2kan kembali. Siapalah aku di sisinya. Kekasih pun bukan..Dia tidak pernah meluahkan kata keramat itu. Dia juga tidak pernah membayangkan hari2 depan kami. Yang membuat telahan cuma org. luar yg. melihat kemesraan kami. Kami adalah pasangan ideal.
Mula2 dia bertugas di sana.. aku menjadi semakin rindu kepadanya. Sering termenung.. Terasa kehilangan. Ia..tiba2 saja aku ke sana sini sendiri2..Tidak aku luahkan kepdanya kerana aku tak tahu apa reaksinya nanti. Kerana aku perempuan, aku pendamkan rasa hati. Aku tahu tiada salahnya aku memberitahu apa yg. aku rasa kerana ketiadaan dia. Tapi bagai ada batasan utk. aku mencurahkan segalanya.
Awalnya memang dia selalu menalipon. Menghantar sms tika dia sibuk. Atau sesekali e-mailnya aku terima. Mengirim gambar berlatar belakangkan pantai yang putih bersih. Memang dia tahu aku terlalu sukakan laut. Pernah aku memberitahunya laut itu umpama hati wanita. Ada ketikanya terlalu tenang, ada waktunya bergelombang. Walaupun tenang tapi masih terdapat kocakan kecil. Dia.. hanya tersenyum mendengarnya. Katanya aku terlalu bersentimental.
Dia tak tahu bahawa panggilannya memang aku nantikan selalu. Ah..kenapa aku boleh menjadi sebodoh itu. Menanti sesuatu yang masih tidak pasti lagi. Aku sendiri yang teringat-ingat, terkenang-kenang. Orang yang dikenang entah di mana. Agaknya bila cinta mekar di dada, tindakan pun berlainan rupa.
(bersambung...)

Saturday, February 19, 2005

HIJRAH

Tadi saya menemani seorang kawan ke pejabat barunya.. Bertahun dia bertugas di Jabatan ini, tiba-tiba dia menerima arahan utk. bertukar. Ketua datang dan pergi. Dia masih setia menanti. Tapi hari ini khidmatnya diperlukan di tempat lain. Walaupun sedih.. kerana kami telah lama saling mengenali namun dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Ada hikmahnya.. begitu yg. diberitahu kpd. saya.
Bertugas di mana-mana pun sama. Yang penting tanggungjawab perlu dilaksanakan. Mungkin permulaan nak menyesuaikan diri dgn. tempat baru, kawan baru agak sukar. Maklumlah telah terbiasa dgn. tempat lama. Namun lama-lama perkara tersebut boleh diatasi. Yang penting diri boleh menerima perubahan..
Selamat Berhijrah saya ucapkan... mungkin lebih banyak pengalaman yg. akan diperolehi.

Wednesday, February 02, 2005

BUNTU

Pagi-pagi sudah ada message dari 'boss'. Tertera perkataan 'urgent' di situ. Sahlah... tindakan segera perlu diambil. Lalunya sepanjang hari asyik buat panggilan. Nak dapatkan maklumat. Tangan dah semakin lenguh menekan nombor. Telinga pula dah semakin berdesing mendengar bermacam2 suara. Tapi maklumat yang dikehendaki masih lagi belum diperolehi. Jawapan yang diterima begitu mendukacitakan.

Macammanan ni? "Boss' nak berangkat besok. Informasi perlu diberikan juga selewat2nya petang ini. Cuba juga menghubungi pihak yg. berkenaan yg. menghantar surat tak lengkap. Inginkan detail lagi. Malangnya pegawai bertugas tiada di pejabat. Bila ditanya balik bila.... org. yg. menjawab kata, tak pasti. Cubalah call lagi petang ini....

Susahnya bila memikirkan nak bagi jawapan kat 'boss'. Tak mungkin saya akan berkata, "Tak dapat cari"... Itu jawapan yg. tak pro. "Boss" mesti nak jawapan yg. memberangsangkan. Tapi sememangnya tak dapat. Nak kata apa lagi.

: Petang ini akan terus mendail lagi. Bair sampai dapat jawapan yg. pasti. Akan terus mencari....