Friday, May 20, 2005

HARI INI HARI LAHIRMU

20.05.2005




Puteraku
masih terbayang saat itu
bersabung nyawa melahirkanmu...
dirimu membesar di depan mata
keletahmu mencuit seribu rasa
dalam ceria petah bercerita
dalam rajuk diam seribu bahasa

kadang-kadang mama terlupa
dirimu masih perlukan belaian manja
kerana mama sibuk bekerja
terlepas pandang untuk seketika
marah mama lantaran sayang
tak mahu hidupmu spt. layang-layang

Puteraku
usiamu bertambah setahun lagi
banyak perkara yg. perlu dipelajari
bukan setakat ke sekolah petang & pagi
tapi tanamkan semangat di hati
agar berjaya di esok hari
buat bekalan di kemudian nanti

20.05.2005
hari ini hari lahirmu
mama berdoa tidak kira waktu
agar dirimu jadi muslimin sejati
berbudi bahasa, berilmu tinggi
disulam dgn. sikap terpuji
berjaya di dunia jua di akhirat.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MUHAMMAD AQIL B. MOHD. AZAM

Ija/20052005

3 Comments:

At 8:49 AM, Blogger Noor Suraya said...

Selamat Hari Lahir Aqil, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti pada ayah dan ibu....

sayang,
Makcik Suraya

p/s: terharu, ada puisi dari bonda untuk anakandanya... :p

 
At 12:50 PM, Anonymous Anonymous said...

aduhai... puisi untuk anakanda tersayang... tersentuh...

moga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk anak kak Ija..

dengar kata mama, belajar sungguh-sungguh... :)

 
At 5:51 PM, Anonymous Anonymous said...

kaksu:
ija bg Aqil bc.. dia tanya siapa makcik suraya, ija pun tunjukkan gambar kaksu... sengih aje dia..

puisi tu spontan aje, kaksu..
banyak lg kurang perencahnya; baru nak bertateh2..:-D

**********
dhiya;
terima kasih, itulah harapan setiap ibu bapa nak yg. terbaik utk. anak2..

 

Post a Comment

<< Home