Friday, March 23, 2007

Jalan-Jalan Cari Novel














Bila keluar saja novel baru, hati pun akan teruja untuk menjadi orang yang paling awal untuk memilikinya. Tapi kadang-kadang kena juga intai-intai beg kecil samada isi dalamnya cukup atau tidak. Tambahan pula bila ianya keluar sebelum hari penerimaan gaji.

Untuk minggu ini saya memaparkan tiga buah novel baru terbitan Alaf21 & Creative Enterprise.

1. Impian Terindah hasil karya Norzailina Nordin. Penulis ini tidak pelu diperkenalkan lagi kerana namanya memang sinonim dengan resipi-resipi masakan. Bahkan boleh dikatakan dia ni memang pakar masak. Dengan Alaf21 beliau telah menghasilkan enam buah novel termasuk yang terbaru ini. Bila dikira novel yang telah diterbitkan mungkin melebihi dua puluh buah di pelbagai penerbitan lain.

2. Hati Seorang Wanita hasil karya Norisah A. Bakar (dgn. bloggers namanya dikenali dengan Nor Ash Burn). *Tajuk ini mengingatkan saya kepada sebuah novel karya seorang penulis lain*. Dengan CESB dia menghasilkan dua buah novel. Yang pertama Rinduku Di Angin Lalu. Penulis dari Singapura ini pernah menghasilkan novel-novel terbitan dari syarikat lain. Bahkan dia pernah memenangi anugerah kerana novelnya yang bertajuk "Takdir"

Tahniah Nor Ash Burn, harap pesta buku kali ini akan turun ke Kl. Boleh kita bertemu dan beramah mesra. Bolehlah saya hulurkan buku2 yang lain untuk di tandatangani.

3. Tiada Lagi Cinta hasil tulisan Aini. Kabarnya dia pernah menghasilkan novel sebelum ini. Tapi tidak dapat dipastikan. Kadang-kadang penulis menggunakan nama yang berlainan bila novel mereka diterbitkan oleh syarikat yang berlainan.

Ada waktu bolehlah cuba dapatkan naskhah tersebut di kedai berhampiran.

P/S : Cik CW, terima kasih membelikan novel NAB terus dari penerbitnya. Dalam hati berbisik, nampaknya bersengkang mata hujung minggu inilah saya...

Thursday, March 01, 2007

PERKARA GANJIL?

Salam kawan-kawan...

Lamanya saya tak menulis di sini. Macam orang bertapa setahun. Sebenarnya sepanjang tempoh itu banyak perkara yang hendak diceritakan. Tapi tak tahu apa yang menahan sampai tak tertulis kat sini; asalnya blog ini tak kenal tuanya. Asyik kena tolak saja bila baru nak melangkah pintu masuk. Peliknya. Dia tak kenal tuan rumah sendiri. Sedihnya.

Mujurlah ada orang yang bermurah hati, rajin jenguk-jenguk rumah ini dan menyapu sawang-sawang yang bergantungan di siling. Jika tidak mungkin masih berserabut.

Untuk pembuka tirai 2007 (walaupun dah masuk bulan ke 3 tapi ini adalah N3 pertama saya di tahun 2007... ) saya nak paparkan 6 perkara 'weird' yang sering saya lakukan. Pada saya taklah 'weird' tapi mungkin pada orang lain... Sebenarnya saya telah di 'tagged' oleh meenzulaikha iatu penulis dari Alaf21 yang baru menghasilkan novel pertamanya Kasih Yang Suci. Siapa yang belum baca novel dia bolehlah mendapatkannya di kedai yang berhampiran. Ada lagi yang tagged saya iaitu Aleya Aneesa, berapa orang nak tagged ni...

Apa yang ganjil tentang sikap/habit saya ya? Puas juga nak cari ni... Kebanyakannya berkaitan dengan makanan. Bolehlah saya katakan begini..

1. Bila makan karipaf, saya suka buang intinya... kecuali inti sardin. Begitu juga bila makan keledek goreng atau goreng pisang. Kulit dimakan, isi dibuang. Nak mengelakkan daripada membazir saya jarang membeli makanan itu.

2. Saya tak minum minuman sejuk atau yang bercampur dengan air batu. Walaupun hari panas dan terik sekali dan kawan-kawan offer saya tetap tak tergoda dengan air batu. Sebabnya kepala saya tak tahan. Nanti berpusing-pusing. Sebab keduanya saya bagi tips ni.. petua dari seorang kawan bangsa Cina cakap kalau tak mahu perut buncit elakkan minum ais.

3. Bila dapat membaca buku/novel/majalah yang diminati. Tak peduli alam sekeliling. Boleh lupa makan dan minum. Tapi tak boleh juga simpan duit sebab duit itu akan dilaburkan kepada novel-novel baru.

4. Suka menyanyi masa kat dapur. Hibur-hiburkan diri sendiri untuk hilangkan penat. Tapi mujurlah sehingga ke hari ini, nasi tak pernah hangit, ikan tak pernah rentung.

5. Tak suka bau asap rokok. Menyesakkan nafas. Bulan puasa itu amat seronok sekali sebab bau-bau itu tak ada. Kalau boleh nak selalu macam itu. Nasib dapat kawan-kawan sekerja yang tak merokok. Kalau ada pun mereka faham, bila nak berjumpa kat ofis mesti tinggalkan rokok di luar.

6. Suka bercuti di tempat yang ada laut. Duduk di tepi laut memerhatikan panorama. Rasa tenang. Kagum dengan ciptaan Tuhan. Tapi tak suka mandi laut. Rasa ngeri..

Itulah dia sedikit sebanyak yang dapat dipaparkan. Harap-harap orang yang tagged saya ni berpuas hati dengan jawapan ni.. Lepas ini siapa pula ya... Nama-nama yang terdapat dalam fikiran saya adalah.. jeng jeng jeng...

1. CwazyWabbit
2. Lia
3. Wan
4. Abang Long
5. Mersik
6. Nina

Rules & Regulations :Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog.