Wednesday, March 11, 2009

SELAMAT HARI LAHIR, IFFAH


Anak saya yang seorang ini, tidak sabar-sabar menanti genap usianya 12 tahun. Dia begitu teruja untuk memiliki mycard seperti abang-abangnya. Dia tidak berapa minat untuk membawa SB aka surat beranak yang berganda besarnya jika dibandingkan dengan mycard.

Lalu semalam saya membawanya ke JPN, K...... Kerana pagi dia berhadapan dengan exam, jadi petanglah saya dan dia berkunjung ke sana. Tak disangka begitu ramainya orang yang berurusan di situ. Hampir tertidur saya di kerusi menunggu kerana begitu lama menanti nombor giliran dipanggil. Lebihkurang 2 jam!

Masa sessi mengambil gambar, sempat pula puteri seorang ni meminta gambar diambil lagi. Kerana dia tidak berpuas hati, gambarnya kurang cun... Ini tanda-tanda anak saya makin meningkat remaja. Boleh meluahkan rasa ketidakpuasan hati ke atas satu-satu perkara. Bukan hanya menerima saja...

Siap segalanya dia bertanya lagi.

Iffah : Mama, bila boleh ambil?
Mama : Dalam masa 2 minggu.
Iffah : Kita pergi sana.... nanti, tak siap lagilah mycard..
Mama : Betul, kena bawa surat beranak juga..
Iffah : Hanya mendiamkan diri, tak puas hatilah tu. Konon-konon nak tayangkan kepada abang-abangnya bahawa dia juga ada mycard.

SELAMAT HARI LAHIR IFFAH, MOGA MENJADI INSAN YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. MAMA SAYANG, TERAMAT SAYANG...IFFAH.



3 Comments:

At 11:13 PM, Blogger Ahada Aihara said...

Kak Ija,
Lama betul akak update blog ye...
Nway, Selamat Hari Lahir buat Iffah...
May Allh bless...

p/s: rindu banget dgn akak la...

 
At 12:24 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam Dik Da;

Beberapa bulan ni mood 'berblog' semakin pudar, tak sangka dah 1 tahun rumah bersawang...

Terima kasih...

Kita pun teramat rindu dgn. Dik Da,
pesta buku april ni boleh jumpa.. :p

 
At 1:58 PM, Blogger Dhiaz said...

salam...ingin menjemput ke...

http://d-hatikubicara.blogspot.com/

 

Post a Comment

<< Home