Thursday, August 17, 2006

SIARAN TERTUNDA - MISI KHAS

Walaupun cerita ini telah berlalu 2 minggu lamanya. Tapi saya tetap nak abadikan di sini. Sebagai menghargai jemputan dari seorang penulis yang sinonim dengan lagu "Bukan Cinta Biasa".

Kelakar juga mengenangkan bila nak pergi ke rumahnya yang menghala ke Perak. Terlajak sedikit pasti saya dah bawa kak Noor ke kampung saya. Dalam masa berbual dan ber'sms' dengan kawan-kawan yg. telah sampai dahulu, saya berhenti sebentar di sebelah tol Rawang. Kami diberitahu bahawa kredit talipon dah habis. Macam berpakat pula yang kak Noor dan saya senasib, boleh nyanyi lagu "Kita Serupa".

Jadinya sebelum tiba ke rumah penulis tersebut, kami singgah ke kedai dulu mencari kad 'top-up'. Tak pernah tiba di situ tapi buat-buat macam orang yang tahu.

Akhirnya sampai juga kami ke rumah penulis tersebut. Kami disambut oleh puan rumah, Lia, Klena, Izza, Infa, dan Wabbit. Apa lagi adegan yang tak akan terlepas dan tertinggal ialah salam menyalam, berpelukan dan berlaga pipi.

Banyak yang kami bualkan dari satu ke satu perkara. Tapi hot topik pastilah pasal novel. Kemeriahan hari itu ala-ala parti. Jika dulu parti pinggan mangkuk, tupperware tapi kini kami berparti dengan novel. Masa itu juga kami bertukar-tukar novel macam sistem barter pula.

Dipendekkan cerita masa yang berlalu amat tidak terasa. Akhirnya kami terpaksa pulang. Kalau boleh nak lama-lama lagi tapi risau pula terserempak dengan time punch card.

Terima kasih yang tak terhitung untuk penulis tersebut "Izzul Izzati" atas layanan yang tak mungkin dilupa. Juga 'lunch' yang sehingga kini masih terbau-bau aromanya.

Dari jauh saya ke sini
Memenuhi undangan puan seorang
Usah jeran jemputlah lagi
Nescaya saya akan bertandang

*Kerana beberapa sebab teknikal gambar x mahu keluar....*

Tuesday, August 01, 2006

DARI PWTC -> KLCC -> MID VALLEY-> ?

Sedar tak sedar hampir 2 tahun saya berada di dunia blog. Sesuatu yang tak pernah difikirkan sebelumnya. Ianya terjadi secara kebetulan bila saya bertemu dengan seorang penulis terkenal yang juga seorang sahabat yang telah lama dikenali tapi sudah lama tidak bersua wajah.

Pertemuan dengan Sri Diah di Airport Langkawi membuka lembaran baru dalam hidup saya. Ia saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog.

Selama dua tahun itu saya dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat yang sealiran. Siapa sangka kerana minat membaca novel menjadikan kami akrab biarpun tak pernah bertemu wajah sebelumnya.

2005 - Pertemuan bermula dengan Seri Adriani dan Mar di Secret Recipe. Kemudian beraleh ke PWTC pula. Saya bertemu dengan Dang Bersaudara pula. Gelaran itu diberi kepada kami selalu bertenggek dan berkicau di tingkap NTS. Sayang kaksu… Tak sangka kerana NTS menemukan saya dengan Dang Bersaudara dari Brunei. (Miss U Nina n Ryn). Walaupun Dang Bersaudara lapan orang tapi hanya beberapa org. sahaja yang saya temui kerana Dang2 yang lain berada di luar Malaysia.

*Kaksu, Seri, Ryn, Nina - hingga kini masih terasa hangatnya pelukan! Paling diingati buah tanganmu...*

2006 - Empayar persahabatan semakin meluas. Saya bertemu dengan rakan-rakan yang sering kelihatan di blog. Blog itu ibarat sebuah rumah . Selalu singgah menyinggah dan bertanya khabar. Pertemuan pertama kali itu tidak membataskan kemesraan. Kita bagai orang yang telah lama mengenali. Uniknya persahabatan ini. Di PWTC juga saya bertemu dengan Kaksu, Lia, Adhan, Notie, Seri, Anis Ayuni, Nida, Eita, Klena, Izza, Eita, Em, Anim, Wafa dan mereka yang suka berkunjung ke rumah Zu..

Entah kenapa kita sinonim pula dengan nama jolokan lain. CK (Bukan Calvin Klein…) Beberapa siri pertemuan kita adakan. Dari CK 1 di A&W KLCC (Klena, Wan, KNoor, Lia, Mona, Izzul, CW, Meow); CK 2 di Pameran Buku KLCC (Wan, CW & CT yg diimpot khas dari Perak…)

*Tak sangka pula CK 2 ini mendapat liputan hangat. Macammana boleh terdampar di 3 blog besar itu tak tahulah. Terkejut sungguh! * Macammana pun terima kasih kepada Sdra Eyman Haikal & Sdri Anis Ayuni yang sudi melayan kami di waktu itu walaupun agak sibuk dengan peminat-peminat yang datang meminta autograph.

Dari KLCC kami beraleh pula ke Mid Valley, kononnya nak cari novel baru lagi. Nak bertemu dengan penulis novel. Dan dengar cerita juga orang kuat Alaf21FC ada di sana. Kerana ada hal lain yang terpaksa saya selesaikan dulu, jadi saya tiba agak lewat ke Mid Valley. Kali ini saya bawa 2 orang body guard pula. Selalunya 1 orang sahaja.

Seperti yang dijanjikan, Cik CW, KNoor, Wan. Lia, Adhan (sanggup dtg dari Perak) setia menanti. Maaf ya CK3 saya terlewat. Di situ saya ditemukan dengan ahli baru CK3 iaitu MamaErra. Tak sempat nak berbual panjang, mungkin lain kali. Dengar khabar kita sekapal ya. bolehlah bersoreh…. Cenderung Balai itu tak jauh dari Tapah…

Sedang sibuk mencari buku saya dikejutkan dengan panggilan talipon daripada KNoor, Rupanya Anim pun turut serta. Walaupun seketika tapi pertemuan ini sungguh bermakna. Kalau dah jodoh tak ke mana ya Anim. Hari Rabu itu tak sempat jumpa kerana saya banyak appointment di Jln. TAR,…

Apa lagi acara yang paling top masa bertemu ini ialah bergambar beramai-ramai. Mujurlah ada adik seorang yang baik hati snap gambar kami. Jika tidak pasti ada gambar yang kurang seorang.


Barisan jelitawan CK3....

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Rasanya waktu terlalu singkat sekali. Tapi apakan daya; saya harus pulang juga, Masa balik itu ramainya org. menanti di Stesen Komuter. Mujur juga saya beli tiket pergi balik. Jika tidak mahu agaknya beratur panjang.

Dalam komuter saya dan body guard menjadi seperti lempeng. Padatnya, tak pernah saya alami begitu sekali! Mana nak pegang buku yang berat itu. Rasanya tak sanggup nak hadapi lagi di lain waktu.

Terkilan juga tak dapat bertemu dengan Rubi, mungkin belum jodoh lagi…
Walaupun penat tapi saya seronok bertemu dengan kawan-kawan. Macam dah jadi acara mingguan pula. Lepas ini kita ke Alamanda pula ya….

Benarlah minat yang sama tidak mengenal batas sempadan. Kita boleh berbicara tentang buku biar pun waktu terus berlalu.

Hanya ungkapan daripada saya;

Pertemuan ini melakar kemesraan
Perpisahan itu menyimpan kerinduan
Dan…
Memori itu abadi di hati
Selamanya….


Nota Kaki:
Anis-Radha
; moga ada pertemuan di antara kita…
Kaksu, Ryn, Nina, Nur, Ct, Eita – saya rindu awak…
Klena, KNoor, CW, Wan, Lia, Adhan, MamaErra – CK 4 di mana?
Infa - *peluk dia kuat-kuat*, baju ropol itu dah letak labuci & manik? Nanti kita bawa CD lagu MH, boleh nyanyi sama-sama, sambil mata pandang keluar tingkap. ;p
Untuk mereka yang pernah bersua muka tapi tak sempat meluah bicara, salam dari saya.