Thursday, June 29, 2006

PASAR MALAM

Suatu waktu dulu berhampiran dengan rumah, tak perlu nak pusing-pusing balik kerja terus singgah. Jalan sehala sahaja. Apa teringin nak makan boleh pilih dan beli di situ. Kadang-kadang terfikir juga, bila ada pasar malam. Macam hari "off" untuk menyingsing lengan dan bersilat di dapur.


Beberapa bulan ini pasar malam itu dah tiada di situ. Dipindahkan ke tempat lain. Sebabnya banyak komplen daripada penduduk di situ. Waktu pasar malam, depan rumah mereka penuh dengan kereta. Kena blocklah senang cerita. Tapak pasar malam meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Orang yang datang parking sesuka hati, sampaikan tepi jalan yang tak boleh di parking akan berderet kereta. Pengawal keselamatan pun ditugaskan mengawal lalu lintas.


Pasar malam sekarang ini berada di tempat baru. Jauh sedikit daripada kesibukan. Sayangnya tempat baru kurang strategik Pembeli pun tak ramai yang datang. Penjual pun ada yang telah lari ke tempat lain. Sekali dua ke sana, sedih dengan suasana sebab pengunjung tak ramai. Terdengar juga rungutan daripada penjual. Macammana nak datang jika pembeli kena berpusing-pusing. Terpaksa mengambil masa pula. Ini tidak termasuk jam yang perlu ditempuhi. Sesekali terdengar rungutan daripada penjual, mungkin agaknya wang yang masuk tidak selebat masa di tapak lama.


Sesekali melawat ke tempat itu, kasihan juga melihat penjual di situ tapi apa pilihan yang mereka. Ya itulah kehidupan, ada masanya kita tidak punya pilihan lain hanya menurut sahaja. Ada masanya rezeki melimpah ruah, ada kalanya kurang dari 'target'.