Saturday, May 14, 2005

MENJENGUK KE MASA LALU

Dulu pernah juga bercita-cita nak jadi penulis. Bukan penulis novel. Cuma tulis cerpen atau puisi. Pernah juga cuba-cuba join persatuan penulis. Ramai juga penulis yang ditemui semasa Hari Puisi atau hari lain yang menghimpunkan penulis-penulis di Malaysia. Aktiviti itu hanya sekejap saja. Bila dah berpindah ke tempat lain. Segala-galanya dilupakan. Tapi membaca novel masih diteruskan.

Bila mula berjinak-jinak melayari blog... berkawan dgn. novelis atau novelis e-maya dan peminat novel..... Minat itu tumbuh, semakin berputik, berbunga dan berkembang semula. Cuma belum lagi direalisasikan dalam erti kata yang sebenar.

Bila SeriAdriani mengatakan sukakan puisi saya dlm. tag-boardnya. Saya tersenyum sendiri. Sebab tak rasa pun apa yang saya tuliskan itu adalah puisi. Cuma cakap-cakap biasa yang agaknya terlebih bunga. Idea itu datang dengan tiba-tiba, selepas membaca n3 baru.

Dan semalam saya menjenguk sebentar ke masa lalu. Terjumpa puisi itu yang masih tersimpan dalam album kenangan. Puisi itu pernah tersiar dalam sebuah akhbar beberapa tahun lalu. Selepas itu saya terus mendiamkan diri... tak tahu kenapa, mungkin sebab kawan atau keadaan yang semakin tidak membenarkan.
Tapi kini........ rasa itu datang lagi. Rasa nak berpuisi kembali esp. setelah bertemu teman-teman yang sealiran.

_____

KakSu,
- Terima kasih............ mungkin itu puisi Ija yang paling manis pernah dihasilkan. Masa itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Trengganu, menatap heningnya pagi menyusuri tepian pantai. Laut yang terbentang luas seakan tiada tepinya bertemu kaki langit. Bayangkan betapa cantiknya suasana waktu itu.

2 Comments:

At 6:01 PM, Blogger Noor Suraya said...

ija, kenapa tak buka blog e-puisi, sayangkan kalau madah-madah indah tu tak dikumpulkan... :p kaksu doakan ija dan menerbitkan 'rasa' itu semula :)

 
At 12:40 AM, Anonymous Anonymous said...

kaksu:
bagus juga cadangan kaksu.. sdg. fikir mencari tajuk yg. sesuai juga konsep rumah baru.... kaksu tolong2 bagi idea..

biar sedap santapan mata, enak dibaca... terus ke jiwa...:p

 

Post a Comment

<< Home