Friday, May 12, 2006

PERTAMA KALI ITU






Kerasa punya rasa yang sama
kita saling menyapa
bercerita berbagai perkara
tanpa batasnya....

Pertemuan kali pertama
mesra tetap terasa
menggebu dalam jiwa
berbicara, bagai bertahun lamanya
berkenal mesra

Kata orang
perkenalan tidak menjanjikan apa-apa
namun pertemuan
membuatkan keakraban persahabatan semakin nyata

Siapa pernah menduga
kerana novel....
menemukan kita

dari maya ke realiti
dalam ruang yang tersendiri
tertanam indah dalam nurani

Moga kita akan terus begini..
menyimpan rindu
menyulam kasih
dalam erti persaudaraan
tak bertepi...

- Ija -

** Ada rasa yg. kurang kerana org. jauh (B) x dpt turut serta tahun ini. Namun kemesraan tahun lalu dibawa tahun ke tahun tersimpan kemas di hati.







Saturday, May 06, 2006

KERANA DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU

Teruja dengan promo di blog seorang rakan lalu saya meminta Klena membelikan novel tersebut. Kebetulan dia pergi ke kedai yang menjual novel penulis Singapore itu. Beberapa kali juga berjanji untuk mengambil novel itu dari Klena tapi asyik tertangguh saja.
Lalu Sabtu, 6 Mei janji pun tertunai. Saya ke pejabat Klena ditemani oleh puteri tunggal. Oh... sayupnya bila berada di pejabat yang berada di paras melebihi 20 tingkat itu. Hasrat hati nak pulang segera dibatalkan kerana ada seorang pelawat nak berjumpa. Saya memanggilnya pelawat kerana dia sering mengunjungi dan memeriahkan rumah saya yang lagi satu itu.
Apa lagi berlakulah pertemuan yang tidak direncanakan. Pertama kali bertemu macam telah lama kenal. Kami kemudiannya berangkat ke SG untuk mencari novel dari Singapore. Rupanya kedai itu memang pengimpot dan pengedar novel-novel terbitan dari negeri seberang.
Sempat juga kami menjamu selera di kedai berhampiran. Bercerita bagai tiada penghujungnya. Kerana kami memang peminat novel, jadi cerita-cerita itu berkisar dengan e-novel, novel di pasaran dan novel-novel yang bakal diterbitkan.
Dan yang paling terharunya nama saya pun telah ditukarkan gara-gara e-novel itu...... Kak Noor nampaknya saya dah jadi watak utama pula.
****
Nota Kaki:
- Gambar ada tapi tak dapat dipaparkan kerana menghormati permintaan pelawat ini.
- Ada hikmahnya di sebalik kelewatan mengambil novel tersebut, rupanya nak bertemu dengan Kak Noor.
- Kenyataan Kak Noor membuat saya tersenyum; rupa saya berlainan dari gambar? Sama saja...
- Ada waktu kita bertemu lagi... Gathering dengan kropok lekor pulak...
- Teringat Notie yang murah hati belanja makan di Secret Recipe kerana saya tak sempat menikmati kek yang dibawanya
semasa Pesta Buku 2006 dulu, katanya.... walaupun baru bertemu tapi kita macam dah lama kenal. Kami duduk-duduk
di SR hampir 2 jam. Kalau tak kerana komitmen lain, harus juga tambah lagi beberapa jam.
DAN KERANA BLOG JUGA, SAYA BERTEMU DENGAN RAMAI TEMAN-TEMAN BARU.... BLOG MAKIN MENDEKATKAN KITA DI ALAM MAYA, DI ALAM NYATA DAN DI HATI. SEKALI PERTEMUAN BAGAI BERTAHUN TELAH BERKAWAN. KEMESRAAN ITU TERSIMPAN KUKUH DI SUDUT HATI.