Wednesday, April 27, 2005

MASIH ADA WAKTU

Hari itu saya cari website lagu Ebiet. Dah dengar pun ... Memang lagunya banyak menyentuh perasaan. Tapi bila cuba nak buat posting,... sebenarnya dah hampir ke perenggan akhir. Tiba-tiba computer terus off sendiri. Alamak, macammana nak tarik apa yg. dah dituils. Kalaulah otak mcm. CD senang juga..... Tak perlulah perah habis-habisan. Hanya mainkan dan semuanya tercatit di sini.

Saya tersentuh hati mendengar lagu "Masih Ada Waktu". Dengan irama yang puitis dan penuh dengan makna yang mendalam. Pada tafsiran saya lagu itu memberikan peringatan yang jelas kpd. setiap insan. Ya, kita masih ada waktu untuk merealisasikan impian kita selagi Pencipta kita membenarkannya. Kita juga masih ada waktu untuk menilai diri kita kembali.... dan membetulkannya bila kita tersilap langkah. Sebagai manusia kita tidak lepas dari melakukan kesilapan....

Lagu yang baik bukan setakat mendengar iramanya yang syahdu tetapi dapat memberikan kesedaran kpd. pendengarnya. Sayangnya saya tak dapat nak letakkan 'wording' itu di sini.

"Masih ada waktu untuk melakar sebuah pertemuan - Insyallah"
Nota Kaki:
Nur, harap2 dapatlah mendengar lagu M.Nasir & Ebiet melalu url yang diberi kpd. Nur. Memang mengasyikkan.

Sunday, April 24, 2005

Kunjungan Pertama

Hari in saya membawa anak-anak ke PWTC. Saya lepaskan mereka untuk mencari buku-buku yang diminati. Pengunjung Pesta Buku 2005 tidaklah berapa ramai. Mungkin faktor cuaca mempengaruhi... Waktu itu hujan agak lebat. Atau pun gaji belum di bank- in lagi. Jadinya mudah juga saya memantau pergerakan anak-anak.
Saya hanya meninjau-ninjau di Tingkat 1 sahaja. Dapatlah juga buku yg. dicari walaupun peratusnya masih lagi belum menepati sasaran saya. Di booth Alaf21 saya melihat ada beberapa penulis novel. Apa lagi peluang dah berada di depan mata, saya pun mendekatinya. Entah excited agaknya... boleh pula tersasul menyebut namanya."Anis Mayuni".. Dia menjawab dengan berjenaka ttg. namanya yg. tersilap sebut itu. Orangnya agak girang juga. Rasanya sifat2 ceria penulisnya terdapat dalam novelnya. Yang penting buku "Gemersik Kalbu" telah pun ditandatangani. Itu yg. mahalnya. Teringat saya watak "Sufian" yang meminta 3 buah novel dgn. tajuk yg. sama ditandatangi.
Saya melihat Aisya Sofea tp sayangnya novel dia tidak saya bawa sekali. Ramlee Awang Mursyid & seorang penulis baru. Ada beberapa novel lain saya bawa tapi saya hampa kerana penulisnya tiada di situ. Agaknya mereka ada hal lain.... sedangkan jadual yang saya perolehi memberitahu penulis2 tersebut akan berada di PWTC hari ini.
Bukan saya saja yang sibuk dgn. tandatangan penulis novel. Anak2 saya pun sibuk juga nak dapatkan lakaran pelukis kartun yang berada di situ. Mereka pun tidak merasa hampa. Dapatlah gambar ala-ala 'Storm Rider'.
Saya agak kurang berpuas hati berada di sini. Bukan apa sebab waktu terlalu pendek. Namun tidak mengapa, kunjungan kali kedua akan dibuat pada 29/4 ini. Akan saya pusing & borong buku yang dicari. Yang pastinya tarikh ini akan meninggalkan kesan paling manis dan tak mudah dilupakan sbb Dang2 akan berkumpul.. (walaupun tak semua; Nur nanti dengar cerita ajalah ya...). Gathering tak rasmi NTS'fan'. (KakSu dah siap sedia ke untuk diserbu.. :) Selain daripada itu mungkin juga akan bertemu dengan rakan blog lain; siapa tahu?
Menanti hari itu...dah tak lama lagi...

Saturday, April 16, 2005

ANTARA MID-VALLEY & JLN. TAR

Memang sudah lama saya teringin nak sampai di Mid-Valley. Keinginan itu selalu saja tertangguh. Akhirnya saya sampai juga... Apa lebihnya tempat itu dgn. tempat lain? Yang saya nampak hanyalah nama2 perniagaan yg. terkenal di situ. Bolehlah dikatakan 4in1. Senang org. nak membeli belah.

Sampai di sana... ke mana lagi saya pergi. Ke sebuah kedai buku yg terkenal. Besar memang besar. Boleh bersantai lagi. Pilih saja buku ikut kegemaran. Boleh baca. Tak mahu beli tak apa. Nak habiskan masa berjam-jam tak menjadi hal. Tiada siapa nak marah2 atau tegur. Tempat duduk disediakan. Mudah memang mudah. Konsep yg. begitu harus dipuji. Sekurang2nya kita tahu juga buku apa yg. hendak dibeli. Ada buku yg. gah tajuknya tapi isinya hambar. .. Di sinilah hak pelanggan dihormati.

Nak mencari buku pun senang. Hanya masukkan data-data yg. diperlukan ie tajuk buku dan kita akan tahu di rak mana ia berada. Boleh juga tahu samada buku itu masih ada atau pun telah habis. Dalam erti kata lain..maklumat di hujung jari.

Untuk peminat novel. Tertera di situ.. novel yg. best sellers. Saya lihat2 juga... novel yg. saya cari memang ada dlm. senarai. Malangnya dah habis. Kena tunggu penghantaran berikutnya...

Sebelum ke Mid Valley saya telah pergi ke Jln. TAR. Singgah sekejap ke sebuah kedai buku yg. terkenal di situ. Wah.. banyaknya novel. Berbagai penerbitan ada. Ada offer lagi... 20% dis. Menakjubkan... biasanya kedai2 hanya memberi tawaran 10%. Di Pesta Buku pun belum tentu semua publisher boleh beri diskaun sebanyak itu. Konsep di sini agak berlainan sedikit. Buku-buku tersusun rapi mengikut pengarangnya. Beberapa novel KakSu & CintaMu Di Hati terpamir di rak.

Di sini memang tiada komputer utk mendapatkan maklumat. Tapi ada 'sales girl' yg. ramah mesra siap utk. membantu. Boleh juga dapatkan maklumat untuk beberapa buah novel. Dia akan menceritakan secara ringkas novel yg. kita pilih. Dia juga akan berterus terang kiranya novel itu belum lagi dibaca. Itu satu daripada tarikan utk. pembeli dtg ke kedainya. Novel yg. saya cari masih lagi tiada.. Ini betul2 best sellers. Satu BBBangi dah dicari tapi semunya tak ada. Nampaknya kenalah saya tunggu di Pesta Buku 2005.

Ahirnya... melayang juga RM.... untuk novel2 yg. dipilih. Tapi hati puas... Hujung minggu asyik mengadap novellah...

Friday, April 15, 2005

TAK MAU KA?

Saya dikunjungi oleh seorang wakil bank. Di tangannya ada risalah. Fikiran pun dah tahu apa maksudnya. Nak perkenalkan kad kreditlah tu..
"Cik.., kami ada offer utk. pelanggan baru. "
"Terima kasih. Tak mahulah..."
"Ada offer lagi.." Dia memujuk.
"Terima kasih... saya dah ada kad."
"Bank mana?" Dia ingin tahu pula.
"... bank." jawapan saya.
"Kalau cik jd pohon, cik dapat telefon bimbit & yuran percuma 3 tahun....
Tak mahukah?" Dia masih tidak berputus asa sambil menunjukkan talipon bimbit yg. dioffer.

Hati ini dah geram. Tak faham-faham lagi bila org. dah tak mahu.
"Encik.. saya dah ada H/S. Buat apa saya banyak2? Saya bertanya kepadanya.
"Terima kasih.. maaf saya tak berminat." sambung saya lagi.
Dia terdiam sambil berlalu pergi. Ada wajah kecewa di wajahnya.
Situasi begini memang selalu berlaku. Akan berlarutan kalau kita hanya mendiamkan diri. Mereka akan cuba memujuk selagi tak dapat pelanggan. Sekali fikir memang boleh tergoda dgn. tawaran2 yg. diberikan. Ada yg. offer kad Touch n Go, Jam dan lain-lain lagi. Ialah... mereka bekerja utk. cari pelanggan. Mungkin boleh dapat komisen lebih jika ramai yg. memohon.
Kad kredit... teman sewaktu poket kosong? (Tiada tunai di tangan). Memang mudah menggunakan. Tenyeh aje.. Barang yg. diperlukan akan cepat dimiliki. Tapi bila waktu membayar ada yg. sakit... Tak sesenang masa membeli barang.
Kad kredit memang diperlukan. Namun kena tahu bila nak menggunakannya... yakni berbelanja dengan berhemah. Kerana terlalu seronok menggunakannya... Perbelanjaan melebihi ceiling..

Monday, April 04, 2005

MENGHITUNG HARI

Pesta Buku 2005 di PWTC; lebih kurang tiga minggu saja dari sekarang. Namun saya bagai tak sabar untuk menanti saat itu. Banyak buku yang boleh diperolehi di situ. Novel (my favourite), majalah, buku ilmiah, buku kanak2 dan berbagai buku lagi. Yang baiknya kebanyakan publisher menawarkan diskaun. Tak perlulah saya menunjukkan kad diskaun spt. yang selalu saya lakukan apabila saya pergi ke kedai buku.
Perkara paling penting yang ditunggu-tunggu ialah........ pengunjung akan dapat bertemu dengan novelis pujaan mereka. Tak ketinggalan saya. Hati melonjak-lonjak agar dapat bertemu dengan novelis yang dikenali melalui blog. Tapi macammana ya; org. yang ingin ditemui datang berlainan hari. Nampak gayanya, saya terpaksalah berulang alik ke PWTC. Bukan setakat mencari buku tapi mencari org. juga....:)
Jadualnya dalam genggaman; peminat novel Creative Enterprise boleh merujuk ke
http://www.cesb.net/v2/jadual.asp

Nota Kaki:
Tak sabarnya menghitung hari nak jumpa kaksu.

Friday, April 01, 2005

JUMAAT YANG MANIS

Jumaat yang manis!
Semanis pertemuan kita di sini....
Semanis senyumanmu di bibir
Bermula dengan berbalas khabar & berita
Meninggalkan jejak-jejak dalam senyum dan ria
Akhirnya pertemuan menjadi nyata
Terima kasih....
Seri Adriani & Mar;
segala-galanya manis utk. diingati...
kesinambungannya masih dinanti..