Friday, March 10, 2006

SELAMAT HARI LAHIR

Pejam celik, pejam celik... putriku ni sudah 9 tahun usianya.. Masih terasa-rasa lagi, saat mahu melahirkannya. Sebelum masuk ke labour room, doktor memeriksaku. Katanya suhu badanku tinggi. Aku demam. Tiba-tiba saja jadi begitu. Terkejutnya tak tahu nak kata. Pada hal aku tidak merasa apa-apa. Sebelumnya kesihatan aku baik-baik saja.


Paling memeranjatkan doktor berkata, 50-50. Dia pun tak pasti akan keselamatan bayi lagi. Implikasinya tidak dapat diramalkan. Aku yang mendengarnya lagilah terperanjat. Kerana itu doktor memberikan aku satu suntikan supaya suhu badanku dapat turun. Nak menangis pun dah tak berdaya. Terimalah seadanya. Tapi dalam hati aku terus berdoa agar yang baik-baik sahaja Tuhan berikan. Mujurlan suamiku ada di sisiku saat itu.


Di dinihari aku terdengar bunyi tangisan bayi. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kerana doktor memberitahu bahawa bayi perempuan itu sihat. Tidak mengalami apa-apa yang membahayakan.


Aku saja yang terpaksa ditahan lagi untuk pemeriksaan lanjut. Kata doktor uriku melekat. Berserta dengan tumpah darah. Kerana dia pakar aku serahkan kepada kebijaksaannya untuk menangani masalah tersebut.


Setiap kali memandang wajah putriku, pasti ingatan 9 tahun lalu terlayar di minda. Selamat Hari Lahir Iffah, moga dirimu menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.