Wednesday, March 11, 2009

SELAMAT HARI LAHIR, IFFAH


Anak saya yang seorang ini, tidak sabar-sabar menanti genap usianya 12 tahun. Dia begitu teruja untuk memiliki mycard seperti abang-abangnya. Dia tidak berapa minat untuk membawa SB aka surat beranak yang berganda besarnya jika dibandingkan dengan mycard.

Lalu semalam saya membawanya ke JPN, K...... Kerana pagi dia berhadapan dengan exam, jadi petanglah saya dan dia berkunjung ke sana. Tak disangka begitu ramainya orang yang berurusan di situ. Hampir tertidur saya di kerusi menunggu kerana begitu lama menanti nombor giliran dipanggil. Lebihkurang 2 jam!

Masa sessi mengambil gambar, sempat pula puteri seorang ni meminta gambar diambil lagi. Kerana dia tidak berpuas hati, gambarnya kurang cun... Ini tanda-tanda anak saya makin meningkat remaja. Boleh meluahkan rasa ketidakpuasan hati ke atas satu-satu perkara. Bukan hanya menerima saja...

Siap segalanya dia bertanya lagi.

Iffah : Mama, bila boleh ambil?
Mama : Dalam masa 2 minggu.
Iffah : Kita pergi sana.... nanti, tak siap lagilah mycard..
Mama : Betul, kena bawa surat beranak juga..
Iffah : Hanya mendiamkan diri, tak puas hatilah tu. Konon-konon nak tayangkan kepada abang-abangnya bahawa dia juga ada mycard.

SELAMAT HARI LAHIR IFFAH, MOGA MENJADI INSAN YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT. MAMA SAYANG, TERAMAT SAYANG...IFFAH.



Saturday, March 01, 2008

UJIAN




Dalam kehidupan kita tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian. Di sekolah, di universiti dan di mana sahaja. Ujian juga datang dalam berbagai bentuk. Bukan saja duduk di kerusi dan menulis jawapan/atau menanda jawapan di dalam kotak yang disediakan. Kerana ujian seperti ini jawapannya telah pasti melalui pembelajaran di sekolah yang tercatit di dalam buku teks.

Ujian kehidupan yang tidak tercatit jawapannya di dalam buku yang dibaca, bagaimanakah untuk menghadapinya, menjawab dan menyelesaikannya.

Ujian = Dugaan + Cabaran + Kehidupan.

Mungkin agaknya sekarang ini saya berada di dalam ujian itu. Dan Tuhan ingin menguji sejauh mana kuat, teguh dan tabahnya hati seorang saya dalam menghadapi segalanya dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

Friday, January 11, 2008

KENANGAN, KENYATAAN & PERJUANGAN





Salam Maal Hijrah 1429

Selamat Tahun Baru 2008


kepada sahabat-sahabat & pengunjung di sini;
moga tahun baru ini akan lebih bermakna lagi..
membawa kejayaan, kebahagiaan & kegembiraan..
untuk diri, keluarga dan orang-orang yang dikasihi..


***


Semalam adalah Kenangan

Hari ini adalah Kenyataan

Esok adalah Perjuangan...


Salam Sayang,

Tuesday, November 27, 2007

MASA BERSANTAI...



Kisah 1

"Ke mana cuti sekolah ini?" pertanyaan yang sinonim bila musim cuti sekolah tiba. Sekarang ini bila merancang untuk berjalan-jalan; ibu bapa akan merujuk kepada tarikh cuti persekolahan anak-anak. Tidak terkecuali saya juga... Awal-awal lagi anak yang merancang pergi ke mana? Dan saya sebagai ibu sibuklah mendapatkan no. talipon hotel yang ingin dikunjungi.


"Mama... kalau cari hotel nak yang ada kolam renang..." Pra-syarat dari satu-satunya puteri kesayangan merangkap 'bodyguard' tak bertauliah itu. Jika tidak dia akan menunjukkan skil tersendiri. Muncungnya dipanjangkan. Untuk tidak menghampakannya, dengan lemah lembut bertanyalah kepada petugas di hotel tersebut.... Begitulah karenah anak-anak...


Cuti kali ini saya akan menyeberangi lautan lagi. Jika dulu melihat dari udara tapi kini cuba bermain dengan ombak pula. (Saya masih berhutang dengan Cik Wabbit untuk menceritakan pengalaman saya di tanah seberang. Sabar-sabar ya adik sayang, akan diletakkan n3 tersebut bersama gambar yang terindah itu... ;p) Walaubagaimana cantik pun tanah seberang tapi lebih menyintai tanah air sendiri.


Kisah 2

"Labaikallah...... Musim haji tiba lagi. Ramai sahabat yang berkunjung ke sana. Alhamdulillah waktu kini mereka telah berada di tanah suci Mekah mengerjakan rukun Islam yang kelima. Insyaallah tiba waktunya & sihat tubuh badan sesiapa pun pasti akan menjadi tetamu di sana...

Selamat pergi dan selamat kembali dengan selamat, moga mereka mendapat haji yang mabrur.. untuk Kak Ani, Yati, kaknOOr, Em... (teman2 yang dikenali dari alam maya hingga ke nyata...)

Kisah 3

"Mengapa mendiamkan diri?" Terima kasih yang bertanya kabar melalui sms & talipon. Ada waktunya saya cuma menjadi pemerhati saja. Lebih baik begitu bila tiada apa cerita menarik untuk dikabarkan. Kadang-kadang diam itu menjadikan saya seorang pemikir... ;p Alhamdulillah saya masih sihat lagi & masih mengingati teman-teman semua.

Kisah 4

Jawapan TB:


a) MamaErra ; Kita bertemu lagi, cuma x sempat untuk memanjangkan bicara.


b) Bunga; Kita baik-baik saja dong. Kapan-kapan mungkin kita berkunjung ke Jakarta. Enggak tahu lagi tapi kepingin sekali.. he he..


c) Wabbit; beraya haji lah pula ya... raya puasa tak sempat. Cuti-cuti ni kita nak ke seberang. Jom join sekali. ;p


d) Nor Ash Burn; perancangan Ija x menjadi... ingatkan dah boleh jejakkan kaki di S'pore tp ada halangan...


e) Lia; Salam... terima kasih berkunjung ke sini.


f) Zulimran; Salam ukhwah.. datanglah lagi...


g) Ieja; Rindu pada kamu... Mg sihat sentiasa... Senang2 boleh kita bertemu di Pantai Timur...




Saya berihat untuk satu jangkawaktu yang tak dapat dijangka. Salam sayang dan rindu untuk semua.



Thursday, October 11, 2007

SALAM AIDILFITRI


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan dari hati, ikhlas & murni
Moga tali persahabatan kekal abadi
Tak putus biarpun masa terus berlari

Bertemu kita di alam maya
Bersambung terus ke alam sebenarnya
Kata bertingkah maaf dipinta
Usah disimpan di dalam jiwa

Pulang ke desa bersama keluarga
Bertemu sanak saudara memanglah gembira
Namun keselamatan usah dilupa
Doa dipohon jauhkan bencana

Jauh dan dekat datang menyapa
Terlerai rindu dapat bersua
Mereka yang tiada tetap di minda
Moga dicucuri rahmat di dunia sana

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
UNTUK SAHABAT, RAKAN DAN TAULAN
WALAU DI MANA PUN BERADA
MOGA CERIA SELALU
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Saturday, July 07, 2007

TAHNIAH

(i)
Selamat datang orang baru
permata ayah & bonda
penyeri sebuah keluarga...

Tahniah untuk novelis Alaf21 yang telah menghasilkan dua buah novel, "PELABUHAN KASIH & ATAS NAMA CINTA"; Lily Suriani kerana memperolehi seorang puteri hari ini...
Moga dia menjadi anak solehah.. yang menggembirakan hati ibu bapa... Amin

(ii)
Selamat datang ke alam baru
permulaan hidup bersama
menempuh suka & duka
dengan hati terbuka...

Tahniah buat seorang kawan yang menerima menantu hari ini. Moga kehadirannya menceriakan suasana, mengiratkan lagi tali persaudaraan.

Sayangnya tidak dapat berlama-lama di situ kerana ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Terima kasih atas layanan umpama 5*.

Wednesday, June 20, 2007

Siapa Jadi Pilihan?

Hari itu sengaja saya mengambil cuti bersiar-siar di KL. Sambil itu boleh juga cuci mata melihat pelbagai barangan di JTAR.

Sampai saja di semua kompleks membeli belah *S..H..*; saya ditahan oleh seorang wanita yang mengikut katanya wakil dari A*t**. Rupanya nak menemuramah... Pada mulanya saya menolak kerana menurutnya wajah saya akan dimuatkan dalam siaran di tv. (Malulah....) Setelah dipujuk akhirnya saya tergoda juga. Bukan kerana nak masuk tv tapi kerana dia mencari orang yang ingin ditemurah dari satu tempat ke satu tempat. (Mungkin assignment dia, kasihan juga...)

Lalu pertanyaan ini pun timbul. Siapa artis pilihan anda & kenapa anda memilih artis ini. Lalu diberikan senarai artis-artis tersebut. Peluang dah ada, apa lagi saya pun berilah pendapat. Hampir tersasul juga menyebut nama artis seorang ini. Ialah nama artis itu bersamaan dengan pelakun yang saya sukai cuma nama bapa/surname saja berlainan.

Antara jawapan saya ialah artis tersebut mempunyai bakat yang besar boleh diketengahkan lagi. Bukan kerana bergantung dengan undian sms saja. Vokal dia memang bagus. Jika diberi pendedahan mampu untuk pergi lebih jauh lagi, mampu mengharumkan nama Malaysia di persada seni suara. Janji lagu yang diberikan kepadanya bersesuaian..

Siapa pilihan saya? Tak lain tak bukan artis pertama yang menjuarai Malaysian Idol.

Siapa pula pilihan anda?

*Tersasul menyebutnya kerana saya teringat Jackyln Smith, pelakun siri C*A* yang amatlah cantik pada pandangan mata saya...*

N3 Khas untuk Cik Wabbit yang bertanya mengapa saya telah lama tidak masukkan n3 baru...