Thursday, May 05, 2005

SEBUAH INGATAN

Hari ini 5hb. Mei 2005. Bila digandingkan memang cantik sekali 05.05.05. Rakan-rakan pun berkata begitu bila mereka masuk ke pejabat saya.

Tarikh itu mengingatkan saya kepada seorang kenalan. Kerana hari ini tarikh lahirnya. Dulu saya sering juga mengirimkan kad ucapan. Namun semenjak beberapa tahun ini kebiasaan itu tidak lagi menjadi kebiasaan. Cuma sesekali ingatan itu datang bertandang.

Sebabnya dia hilang tanpa dapat dikesan. Sebab kenapa dia mendiamkan diri tidak saya ketahui? Namun begitu entah kenapa ingatan itu datang dengan tiba-tiba. Kata orang bila kita mengingati seseorang mungkin orang itu mengingati kita juga. Sejauh mana kebenarannya tidak saya ketahui. Tapi ada masanya kena akui juga akan ketepatan kata-kata itu.

1 Comments:

At 1:20 AM, Blogger Ija said...

pinkjambu,
tak boleh percaya tapi ada betulnya..

siapalah yang sedang merindu tu..:p
lepas ini adalah yang menalipon..

 

Post a Comment

<< Home