Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Ucapan itu akan bergema tiap kali datangnya 31 Ogos. Di Dataran Merdeka akan penuh sesak dengan lautan manusia. Masing-masing begitu sabar menanti detik 12 malam untuk mengibarkan bendera sambil menyanyi lagu 'Negaraku"...memperingati Malaysia (Tanah Melayu waktu itu) mendapat hak kebebasan dari Brit***.

Sering kita dengar kenyataan ini... Bebaskan diri dari dijajah. Bebaskan minda dari penjajah. Merdeka adalah lambang kebebasan. Kita merdeka di negara sendiri, Malaysia yang bertuah.

Namun pada saya, merdeka bukan setakat kita tidak dijajah lagi. Tapi kita cuba memerdekakan fikiran dari sifat angkuh, individualistik, penyakit hasad dengki, iri hati dan tidak senang dengan kejayaan orang lain. Paling teruk penyakit yang suka melihat orang lain jatuh atau mencari jalan untuk terus menjatuhkan orang lain dengan tujuan tersendiri. Tidak mahu bersaing dalam apa jua pun dengan cara yang sihat/baik.

Nota Kaki:
Bersyukur dapat meneruskan kehidupan di bumi Malaysia secara aman. Moga Malaysia terus berjaya.
Salam Merdeka untuk pengunjung-pengunjung blog ini.

*********

Nak jawab tag-board
dhiya: kak ijaaa... selamat menyambut kemerdekaan!
>ija : dhiya , jom kita p ke putrajaya, main bunga api ..:)
HaLf-FrEeZe: info terkini?
>ija : salam kenal, tkasih berkunjung ke sini.
norra: Salam merdeka
>ija : Salam merdeka utk. Norra.
mar: salam utk tuan tanah...sambut merdeka kat mana malam ni??
>ija : salam utk. Mar juga; sambut depan komputer...
eymanhykal: a'kum, ija. slm kenal. TQ kerna ke lmn sy. sy dah fav'kn blog sdri.
>ija : hi eyman... menanti novel ke 2 di pasaran.
zila: haiiiii
>ija : hai zila tkasih dtg. ke sini.
dang ayang: salam dang jijah, masih jadi sandera ilmu ker?
>ija : dang ayang, begitulah.... bila nak turun ke KL lagi? kabar2kan...
norra: Lupa nak jawab salam terlebih dahulu ... waalaikumsalam
>ija : Salam kenal buat Norra.
norra: Hikaru ... macam familiar sahaja. Err ... ini tuan punya blog hikaru.blgodrive.com (Dari Dalam Diriku) ke?
>ija : Hikaru berilah kepastian kepada saya dan Norra. :)
hikaru: A'kum .. Salam kenal dari hikaru !!
>Ija : Saya pun gembira dapat berkenalan dengan Hikaru.
adilia: Hi Ija, tkasih dtg melawat... kita singgah ni ingat nak mkn tengahari..tp tuan rumah tak de... g mkn ker
>Ija : Penat menanti Adilia x datang, kita pun pergi dulu...perut dah bermain keroncong.
Aalea: akum...hye..
>Ija : hai Aalea, slmt. dtg. ke blog ini.
lampin: tuan rumah sini pun blom balik2 lg ya? ke mana ya perginya?
>Ija : Tuan rumah kena kurung! Tak boleh keluar sebelum masanya...:D
ammar: boleh teman nak bekenalan ngan adila
>Ija : Ammar kena minta permission dari mak Adila
ha: hai...saya baru nak mula chat.ada tak yang nak kenal kita?
>Ija : Salam kenal...Ha.
adila: dak bru kat cni
adila: hai
>Ija : Tkasih Adila dtg. berkunjung ke sini.
norra: Salam perkenalan untuk Ija juga. Actually, selalu menjengah juga ke sini, tapi tak terfikir hendak meninggalkan jejak di sini wacko:
>Ija : Salam kenal, slmt. datang.... maaf ya tak sempat nak hidang kuih muih & air teh.
najwa aiman: mmg kurang sopan si kucingBLANG; dahlah tak diundang, berpantun pun sumbang.
>Ija : Najwa... lama dah tak nampak. Sibuk dengan novel baru ke?
kucingBLANG: sungguh kurang sopan diriku ini, tetiba berpantun, salam kak ija...
kucingBLANG: nak berpantun gak. 2-3 kucing berlari, kucing belang juga yg dimimpi, hehe..
> Ija : Salam KB, Gelanggang pantun dibuka khusus untuk kucingBLANG yang comel.
Izza: membalas jejak yang ija tinggalkan. blog ni penuh dgn informasi.
>Ija : Terima kasih Izza, mg. persahabatan terus abadi.
inai: Ija...eh ehe..di putrajaya ker..kita tinggal di putrajaya ..senang boleh jumpa la..
>Ija : Inai, moga kita akan bersua jua akhirnya...

Wednesday, August 24, 2005

FIRST IMPRESSION

Saya pernah membaca ayat yang berbunyi "First Impression is Lasting". Ayat itu masih lagi melekap di kepala saya walaupun masa terus berganti.

Hampir setiap hari saya akan bertemu dengan orang yang berlainan. Orang baru yang baru pertama kali bersua, baru pertama sekali memperkenalkan diri dan berbual. Pertemuan yang sekejap itu, ada juga yang telah terlalu berani membuat jenaka yang tak menggelikan hati..

Mungkin kerana telah terlalu biasa berhadapan dengan keadaan begini. Ada masanya kita dapat membaca karektor/sikap seseorang. Dan saya memang bersetuju "First Impression is Lasting"

Cuma kenyataan itu mungkin juga boleh berubah, apabila diri seseorang itu berubah.....

Friday, August 19, 2005

BERBALAS KATA, MENCERIAKAN SUASANA

adilia: Ija..kalau nak pinjam novel.. boleh np...dtg le rumah...
Ija : Adilia... bagi address; kejap lagi kita sampai.... :)

najwa aiman: intai anak dara mandi petang, mulut pun terliur perut pun memulas..oopppss..!!!
Ija : Najwa Aiman..... ada toilet dekat situ ke? kang tercicir payah....

irah: bakar bara waktu petang,hendak melayur daun palas,...lepas tu apa?tolong jawab
irah: jawab pantun ni
Ija : asap berkepul di senja hari, daun palas layulah sudah, hilang penat setelah menanti, bertemu dia hilanglah gundah.. :p

Harum Jasmin: salam ija.. dah aktif balik.. nina nak nyanyi lak.. kapan.. kapan.. kita bersama lg.. :P
Ija : Nina... sampai hati...dtg. KL x inform kita; masih terngiang2 lagu kapan-kapan itu.. kapan lagi ya... :D

inai: betul T, semakin hari makin kecil rasa diri ini...asyik nak bertangguh aje
Ija : Inai... begitulah kehidupan... sesekali kena 'check-list' juga...; Inai nak belajar bahasa Jepun dgnmu..

mar: kosong rasa??? senang je, tambah garam ke gula ke ajinomoto ke...hehehe..
Ija : Mar, buat lawak eh... tersenyum panjang kita! lawakmu menceriakan hari-hariku...:p

najwa aiman: mmg tk sah idup kalu tk melibatkan aku ek? adoi laaa....
Ija : Itu tandanya ada org. ingat kat Najwa Aiman..:)

Inai: Kosong poket boleh di isi..tapi kosong rasa..payah nak tambah rasa!!! he he eh..salam kenal T, dr blog kak sri
Ija : Salam kenal Inai; kosong rasa boleh tambah.... x ada rasa lagi payah...

kikomon: lima enam pakcik wawa patah gigi, tujuh lapan qualindahaw kena trajang wakakaka
kikomon: nak sambung lampin, tiga empat kusying blues belang.. :P

Ija : Kikomon...kita nak cari kusying blues belang, nak letak dlm. sangkar....

Mar : ahhh ada sesi berpantun plak!!! sori la mar tak reti nak berpantun..dondang sayang boleh??? hehe..
Ija : Lepas berghazal kita berpantun, habis berpantun kita berdondang sayang, sambung pula dgn. dikir barat.

Kaksu : kaksu baru ada kesempatan nak datang... dah habis baca kaksu baca apa-apa yang tertinggal... sayang selasih hamba lurutkan
Ija : Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, Kasih emak kasih saudara, Kerana kasih kita dipertemukan....


Thursday, August 18, 2005

NAK LARI, TERSANGKUT JUGA

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya. DJ Radio dah umumkan yang jalan ke Putrajaya mengalami kesesakan. Berlaku kemalangan dalam hujan lebat. Saya pun berpatah mengikut jalan lain. Tak mahu terperangkap dalam jam yang panjang.

Kereta dipandu menghala ke BBB. Mula-mula memang jalan lancar. Tiba kat satu simpang...kereta mula perlahan. Beberapa kali lampu bertukar hijau, kereta masih tidak bergerak. Rupanya banjir di bawah jambatan. Air memang deras...

Nak lari ke mana? Redah jugalah... Di kiri kanan jalan, banyak juga kereta yang tersadai. Mungkin risau kereta akan tersangkut dalam air agaknya. Bukan satu tempat saja banjir, ada beberapa tempat lagi. Saya terlupa tentang itu.

Akhirnya saya tiba juga ke pejabat walaupun terlewat hampir 20 minit. Tidak juga dikira lama bila dibandingkan dengan beberapa orang sahabat.

Seorang sahabat bercerita,dia tersangkut dalam kesesakan selama 1 jam. Yang lain pula memberitahu kerana nak elak dari sesak di bawah jambatan BBB, dia ikut highway. Jawapannya dia lewat juga lebih 1 jam.

Untung juga jadi pendengar setia Klfm, boleh tahu apa yang berlaku di jalanraya... dan terima kasih juga kepada pendengar yang memberikan info melalui SMS, serta DJ hari ini, sdra MS, memang amat berguna sekali.

Wednesday, August 17, 2005

MASIH ADA WAKTU


Bila masih mungkin
Kita menorehkan bakti
Atas nama jiwa
dan hati tulus ikhlas
Mumpung masih ada
kesempatan buat kita
mengumpulkan bekal
perjalanan abadi
Kita pasti ingat
tragedi yang memilukan
kenapa harus mereka
yang terpilih mengadap
Tentu ada hikmah
yang harus kita petik
atas nama jiwa
mari heningkan cipta
Kita mesti bersyukur
bahawa kita masih diberi waktu
entah sampai kapan
tak ada yang bakal dapat menghitung
Hanya atas kasihNYA
Hanya atas kehendakNYA
kita masih bertemu matahari
kepada rumpun di lalang
kepada bintang gemintang
kita dapat mencoba
meminjam catatannya
sampai kapankah gerangan
waktu yang masih tersisa
Semuannya menggelang
semuanya terdiam
semuanya menjawab tak mengerti
yang terlihat hanyalah
segerelah bersujud
mumpung kita masih diberi waktu

sambil membaca, sambil menyanyi.... mari kita lihat ke dalam diri kita...
sebenarnya saya dah penat nak berfikir, jadi tenangkan fikiran sambil menikmati lirik di atas.
rupanya banyak benar perkara yang belum lagi dilaksanakan dalam hidup ini.....

Sunday, August 14, 2005

KALAU DAH JODOH

Penatnya hari ini tak tahu nak cakap. Semalam naik bas ke KL dengan anak-anak. Sengaja. Lagipun hubby janji nak jemput bila dia pulang dari UTP.

Tunggu-tunggu, hubby tak sampai. Dapat berita kereta yang dipandu mengalami masalah. Terpaksa batalkan kepulangan ke KL.

Saya & anak-anak bermalam di rumah kakak di KL. Kebetulan ada majlis kahwin sepupu di kediaman berhampiran. Mak, mak cik dan saudara-saudara lain akan berkumpul.

Pagi tadi hubby datang menjemput, dia gunakan kereta kawannya. Saya dan anak-anak perlu pulang ke Kajang. Janji dengan sanak saudara, saya akan menyusul kembali.

Petangnya saya memandu sendiri ke KL dengan anak. Hubby tak ikut serta kerana teramat penat. Besoknya dia perlu kembali ke UTP. Saya perlu ke KL kerana ingin menjemput mak yg. akan bermalam di rumah kami. Malamnya saya pulang ke Kajang. Mujurlah kereta tidak begitu banyak. Surprise betul. 1/2 jam saya dah tiba di rumah.

Itu cerita saya. Ini cerita sepupu saya. Dulu dia hampir berkahwin dengan suaminya sekarang. Tapi tak jadi. Entah di mana silapnya pun tak tahu. Perancangan betul tapi dibatalkan saat akhir. Hari ini impian mereka untuk menjadi suami isteri tercapai juga.

Benarlah kata-kata yang menyebut, "Kalau dah jodoh, tak ke mana". Walaupun ada saja rintangan dan dugaan akhirnya bersatu juga.

Selamat Pengantin Baru buat S**** & A**. Moga pernikahan kekal selamanya.

Ogos ini memang musim orang kahwin. Minggu depan dah menanti tiga jemputan serentak. Resah memikirkan yang mana satu nak pergi. Itu sepupu, ini sepupu.....! Semuanya rapat-rapat pula. Tempatnya pula berlainan.
Psss... ada org. beritahu, semakin ramai org. kahwin... semakin kosong poket!

Saturday, August 13, 2005

PANTUN

Dulu-dulu kalau orang pergi merisik, bertunang dan berkahwin... pasti akan diiringi pantun untuk menyampaikan maksud di hati. Tiada pantun bermakna macam ada yang kurang dalam majlis itu. Yang diwakilkan kiranya makcik2 dan pakcik yang boleh berpantun.

Namun kini budaya itu semakin kurang. Kalau ada pun amat sedikit bilangannya. Sebabnya nak cepat dan mudah. Straight to the point. Harap-harap Pantun Melayu Warisan Bangsa tidak akan pupus bila tahun bertukar ganti.

Banyak pantun yang meninggalkan kesan di hati, antaranya...

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
(sesuai untuk orang yang berkasih)

Asal kapas jadi benang
dari benang dibuat baju
barang lepas jangan kenang
sudah jadi orang baru
(pantun supaya terus melupakan kisah silam)

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

Kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada salah dan silap
jangan disimpan di dalam hati

(kedua-dua rangkap itu selalunya menjadi penutup sesebuah ucapan..)

********

Seriadriani: daripada simpan meh derma kat sini raket tu…J
HarumJasmin : terhidu harumnya aroma bila HJ datang ke sini. :D
Eita : org. jauh datang, silalah bersila di tikar mengkuang..
Ahada : sana x jerebu ek…pandangan luas!
Infa : kat mana nak sign infa, besar sangat autograph tu…
Dang Ayang : Suka sangat… peluang x datang selalu.
Mar : Main mata kang dapat sakit mata! Bahaya Mar, silap2 gossip panas..:)
Kikomon : Salam untukmu…. Bukan sj pedih, mata dah merah mcm biji saga…L
Dhiya : kuatnya menjerit! Terkejut kak ija, (jerit sayang ya...)
Adilia : tq atas info. Terus marathon ke blogmu…x sabar nak baca

Friday, August 12, 2005

JEREBU OH JEREBU

Aku melihat ke dada langit,
tiada bintang2 berkelipan..
langit makin kelam
pandangan mata pun berbalam..
kerana apa?
jerebu datang menyerang...

Ilham ini saya dapat tatkala sedang menanti kenderaan untuk pulang selepas majlis dinner bersama YAB, PM Malaysia. Masa itu rasanya nafas saya semakin sesak. Diiringi dengan batuk-batuk kecil. Tekak pun semakin perit.

Sana sini kelihatan orang memakai mask. Ada juga yg. mengambil peluang untuk menjual mask tersebut. Harganya tentulah lebih daripada yang dijual di kedai.

Memang tepat bila YAB, PM menyarankan sekolah ditutup buat sementara waktu. Ini untuk kebaikan pelajar-pelajar sekolah. Dengarnya makin ramai yang terkena penyakit akibat jerebu yang melanda.

Bila dikaji semula...Jerebu bagai acara tahunan pula. Moga ia akan berakhir dengan pantasnya... Dan semua orang boleh memulakan xtvt luar dengan sihat.

Thursday, August 11, 2005

HOBI

Kerana hobi, maka saya sampai ke Jln. TAR. Walaupun cuaca berjerebu tapi saya redah juga. Kebetulan dapat pula cuti 'free'.

Dalam kepala tiada lain. Hanya untuk mencari novel-novel baru. Apatah lagi kedai buku tersebut menawarkan 20% diskaun. Makin galaklah memilih. Sayangnya kebanyakan novel telah dimiliki. Intai-intai juga novel baru pra-cetak CESB. Tuan punya kedai pun sama mencari. Tak ditemui. Katanya belum sampai lagi. Nampaknya saya yang tercepat.

Bercakap fasal hobi, teringat cakap-cakap seorang kawan. Tentang hobi dan faedahnya. Kalau dah hobi, tak mengira sangat berapa banyak duit yang keluar. Memang betul katanya, kerana hobi membaca saya pun tak sayang untuk melabur. Sekurang-kurangnya membaca akan menambahkan ilmu.

Nota kaki:
Duduk2 di rumah, 3 novel dalam tangan. Demi Cinta, Cinta Jangan Kau Pergi dan Kau Yang Satu perlu dihabiskan. Esok-esok cari novel lain. Dan terima kasih kepada antubuku yang memberikan ulasan beberapa novel. Boleh dijadikan panduan.

Tuesday, August 09, 2005

JUMPA TPM, MALAYSIA

9 Ogos 2005 memang akan diingati selamanya. Hari ini dalam sejarah. Dapat bersua muka, bersalam dan berbual sebentar dengan YAB TPM Malaysia. Cuma tak sempat nak bergambar kenangan. YAB dikelilingi oleh jurugambar2 pro...

Yang mahalnya kami memakai baju yang sama warna. Corak batik pun serupa. Siapa sangka dan siapa dapat menduga.

Monday, August 08, 2005

MINGGU KOMODITI

Dari 8 - 12 Ogos ini berlangsungnya Minggu Komoditi. Tempatnya di Mines, Seri Kembangan. Dengan teknologi moden dan penyelidikan yang dijalankan, berbagai hasil dari Sawit, Getah, Koko dan sebagainya akan dapat dilihat dan dipamerkan di sana.

Perasmian akan dilakukan oleh YAB TPM Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Abd. Razak, esok 9 Ogos 2005.

Datanglah beramai-ramai ya. Saya akan berada di sana..

Wednesday, August 03, 2005

JOM KITA BERSUKAN

Dari minggu lepas hingga ke minggu ini, tiap-tiap hari saya pulang ke rumah matahari telah menyorokkan wajahnya. Rumah dah macam tempat persinggahan pula. Sepanjang minggu itu saya tak duduk diam asyik nak berlawan sahaja. Sesekali berperang pula. Badan pun tak tahu nak cakap, sakitnya di sana sini. Jadinya saya minta tolong seorang kawan jadi tukang urut.

Begitulah yang terjadi bila tiba musim Karnival Sukan di tempat kerja yang berlangsung dua tahun sekali. Parkir akan dipenuhi dengan kereta sehingga lewat petang. Ada masanya hingga lewat malam. Yang tak pernah turun padang akan turun sekali. Bukan sahaja sebagai penyokong pasukan sendiri tapi sama-sama menyertai sukan yang diminati.

Berbagai ramalan akan dibuat. Kononnya pasukan itu dan pasukan ini akan menang. Itu 'on-paper'. Secara realitinya belum tentu lagi... Di dalam gelanggang keputusan akan menjadi sebaliknya. Di luar jangkaan.

Kenapa Karnival Sukan diadakan? Antara lainnya ialah untuk menggalakkan orang bermain sukan. Bersukan itu baik untuk kesihatan. Di samping itu dapat berkenal mesra, bekerjasama & bertolak ansur dalam suatu pasukan. Membina keyakinan diri. Boleh belajar daripada mereka yang senior. Dapat mempamerkan kepakaran dalam sesuatu acara/bidang sukan. Bakat-bakat baru juga akan dicungkil untuk mewakili agensi. Boleh juga diketahui individu mana yang mempunyai semangat juang dan mental yang tinggi. Yang penting ada semangat kesukanan. Walaupun kawan dah kalah tapi masih boleh terus berjuang lagi. Selain daripada tentulah nak hadiah yang ditawarkan.

Ada juga yang seperti menangguk di air yang keruh. Jika pasukan itu bermain dan menang... tak payah susah-susah turun padang. Sekadar meletakkan nama sebagai pemain simpanan. Hadiah mesti dalam tangan. Beruntungnya jika berada di dalam pasukan yang hebat!

Nota Kaki:
Kasihan kat anak2 seminggu ini mamanya bagai orang marathon. Berkejar ke sana sini. Yang pasti tiga hadiah di dalam tangan. Tak sia-sia mama berpenat. Eh... macam berjanji pula tiga hadiah untuk tiga orang anak...:p

Monday, August 01, 2005

APA DAH JADI?

Apa dah jadi?

Lagu itu memang tepat mengenai saya. Cuma baris pertama yang betul. Yang lainnya tak bersangkutan. Sebabnya blog saya sendiri sukar untuk di akses. Tag Board pula memanjang sahaja dengan problem.

Kepada yang datang dan tak boleh tinggalkan bicara, maaflah ya.... Tinggalkan saja di ruangan komen.

Saya sedang mencari rumusan untuk dibetulkan. Sesiapa yang tahu boleh juga tolong tunjuk-tunjukkan.