Sunday, April 24, 2005

Kunjungan Pertama

Hari in saya membawa anak-anak ke PWTC. Saya lepaskan mereka untuk mencari buku-buku yang diminati. Pengunjung Pesta Buku 2005 tidaklah berapa ramai. Mungkin faktor cuaca mempengaruhi... Waktu itu hujan agak lebat. Atau pun gaji belum di bank- in lagi. Jadinya mudah juga saya memantau pergerakan anak-anak.
Saya hanya meninjau-ninjau di Tingkat 1 sahaja. Dapatlah juga buku yg. dicari walaupun peratusnya masih lagi belum menepati sasaran saya. Di booth Alaf21 saya melihat ada beberapa penulis novel. Apa lagi peluang dah berada di depan mata, saya pun mendekatinya. Entah excited agaknya... boleh pula tersasul menyebut namanya."Anis Mayuni".. Dia menjawab dengan berjenaka ttg. namanya yg. tersilap sebut itu. Orangnya agak girang juga. Rasanya sifat2 ceria penulisnya terdapat dalam novelnya. Yang penting buku "Gemersik Kalbu" telah pun ditandatangani. Itu yg. mahalnya. Teringat saya watak "Sufian" yang meminta 3 buah novel dgn. tajuk yg. sama ditandatangi.
Saya melihat Aisya Sofea tp sayangnya novel dia tidak saya bawa sekali. Ramlee Awang Mursyid & seorang penulis baru. Ada beberapa novel lain saya bawa tapi saya hampa kerana penulisnya tiada di situ. Agaknya mereka ada hal lain.... sedangkan jadual yang saya perolehi memberitahu penulis2 tersebut akan berada di PWTC hari ini.
Bukan saya saja yang sibuk dgn. tandatangan penulis novel. Anak2 saya pun sibuk juga nak dapatkan lakaran pelukis kartun yang berada di situ. Mereka pun tidak merasa hampa. Dapatlah gambar ala-ala 'Storm Rider'.
Saya agak kurang berpuas hati berada di sini. Bukan apa sebab waktu terlalu pendek. Namun tidak mengapa, kunjungan kali kedua akan dibuat pada 29/4 ini. Akan saya pusing & borong buku yang dicari. Yang pastinya tarikh ini akan meninggalkan kesan paling manis dan tak mudah dilupakan sbb Dang2 akan berkumpul.. (walaupun tak semua; Nur nanti dengar cerita ajalah ya...). Gathering tak rasmi NTS'fan'. (KakSu dah siap sedia ke untuk diserbu.. :) Selain daripada itu mungkin juga akan bertemu dengan rakan blog lain; siapa tahu?
Menanti hari itu...dah tak lama lagi...

4 Comments:

At 10:36 AM, Blogger Nina Suria said...

Ija.. ingat kaksu aje yg vouge ni.. buat preview. Rupanya Ija pun buat preview gak kat PWTC.. tak sabar nak tunggu 29hb ni.. nak jumpa semua dang 8 besaudara.. Siannya Nur tak dapat turun sama..

 
At 12:54 PM, Blogger Noor Suraya said...

Ija,
walaupun nur tak ada, tapi jauh di mata dekat di hati...

"kunjungan pertama"... kaksu juga akan pergi awal sehari ija ... jalan-jalan makan angin keliling pwtc... sambil nak cari buku-buku klasik yang dipesan pelanggan untuk kedai buku :p 'window shopping'sorang-sorang:(

kaksu dah abis baca gemersik pilu pagi tadi :D:D:D terkenang masa jadi guru di sekolah kerajaan dulu.

 
At 12:20 AM, Blogger Ija said...

Nina suria: Dalam kita gelak-gelak ada ada hati yang bersedih; tak dapat join sekali.. siapa lagi tak lain tak bukan dik Nur kita tu... Memang kasihan...

Ija

 
At 12:27 AM, Blogger Ija said...

betul tu kak su.. tak terpandang di mata, namun tersimpan kukuh di hati.. kita hantar gambar kat dia! :)

ada org. jeling2 tak? terpesona dgn. senyuman manis kak su..:D

agaknya kaksu senyum sorang2 mengingatkan gelagat anak murid; kenangan itu pengalaman yg. paling mahal..:P:P:P:):)

ija

 

Post a Comment

<< Home