Monday, June 27, 2005

CERITA HUJUNG MINGGU

Cuti hujung minggu... bukan saja ibu & bapa ada agenda tersendiri. Anak-anak pun sama juga. Sabtu lepas... nak ajak anak-anak ke rumah mak ciknya di Keramat pun agak payah. Dalam diam mereka telah membuat programme tersendiri. Ada lawan bola. Lawannya dengan budak-budak kampung yang tinggal berhampiran. Rumah saya ini.... bolehlah dipanggil 'Taman" dalam desa. Walaupun banyak di kelilingi banglo, highway pun berhampiran... Suasana desa masih terasa.

Lalu... janji dengan kakak untuk mengunjunginya pun dibatalkan. Saya jadi 'driver' sekejap untuk anak-anak dan rakan-rakannya. Bagi moral support sedikit.

Malam pula lain kisahnya. Rakan anak-anak akan datang ke rumah saya. Permintaan mereka yang berat nak dilayan ialah...."Mama, kawan nak tidur kat rumah kita.....!". Nak kata ya... payah, nak jawab tidak.. susah. Jadinya terpaksalah saya menghubungi ibu bapa mereka memberitahu hasrat anak mereka.


Hari Ahad pun begitu juga. Pagi-pagi mereka telah menemui rakan-rakannya. Ada kesinambungan dari semalam. Masih lagi dengan bola. Itu kisah anak lelaki. Yang perempuannya pula, saya bawa berjogging di taman rekreasi berdekatan. Berjalan sedikit dah mengadu penat. Dia lebih berminat untuk bermain...

Walau pun anak sibuk dengan xtvt tersendiri... sekurang-kurangnya saya tahu di mana mereka berada, siapa kawan mereka, apa yang mereka lakukan. Sebagai ibu memang segalanya kena pantau ttg. anak-anak yang kian membesar.

*****

Jawap Tag Board
Fara:
Hai Fara, moga baik2 selalu.
Harum Jasmin: salam ija lama menyepi.. btw Kita pun kena tukar nick.. byk org tersilap.. rupanya byk nina kat maya ini
HJ: lama betul Ija x ronda2 di blog org. lain. Mmg. bz sangat. Rindu banget! Ija nak buat tour...:p
nadya: Hai Ija...ehmm...dah habis dah baca buku Sayang Tak Terucap...best gak laa bagi nadya...
Nadya; STT baru khatam.... Ok tapi macam kurang perasa dari novel lain. Kenapa ya?
anis: hi aku mahu tahu tentang buku cerita Anis Ayuni-Suara Hati yang terindah.
Anis; boleh dapatkan di kedai buku..
mar: salam jemaat utk ija!!
Mar; salam manis, salam hangat, salam rindu, salam mesra; bila nak jumpa lagi..
mar: ingatkan cd jek ada tiruan...orang pun ada tiruan gak..hihihi!!!
Mar; itu antara gejala penyakit hati, kena operate!
dhiya: kak ija..... miss u!!! *hugs*
Dhiya: Miss U sis, mu..ah...
ella: salam k ija... dr blog k seri berkunjung k sini tp confirm tak menyamar....hehehe..mcm2 kat dunia ni kan...salam kenalan dr saya.....
Ella; salam kenal utk. Ella juga, tkasih dtg. menyapa, entahlah Ella.... macam2 penyakit sekarang ni, dlm. blog pun nak buat hal!
seriadriani: ija(ori) yg last tu mesti ija tiruan. pelik.. pelik..
Seri; pandai teka... trademark Ija org. dah tahu. Apa kita nak buat dgn. org. cam ni ya! bagi tips sedikit. Nak rotan ke?
eita: aduh.. kenapa ada kak ija ori + tiruan ni? sapa yg bermurah hati nak 'membantu' meringankan beban kak ija jawab tagboard? confius...
Eita; org. tu ada PHD from Nowhere U... nak bantu boleh tp tak kena cara.... kak Ija lagi terbeban!
seriadriani: hi ija.. welcome back! cemner anak ija? dh ok ke?
Seri; anak dah sihat, tq... cuma kena follow-up check saja.


MISS U ALL, REALLY...

Friday, June 17, 2005

SALAM RINDU

Ku utuskan salam
buat pengunjung-pengunjung blog ini
ada rasa untuk berbicara semula
namun kesempatan agak terbatas


diam itu bukan bermakna melupakan
diam itu menyimpan rindu
diam itu menghimpun berbagai cerita


********************************************************


Jawab Tag Board:

Lampin :
- Terima kasih berkunjung. Sila berikan e-mail boleh saya beritahu...

Eita:
- Ttg. itu tak leh nak lawan....:p

Pak Ngah:
- TQ datang menjenguk. Kabar baik mg Pak Ngah macam itu juga.

Mar:
- Koniciwa.; Siapa nak masuk Malaysia Idol? Ija jd misi sekejap ganti Seri.

Nina:
- Pak Haji tak naik moto...:D

Seri
- Geng ki des? Peralatan ghazal kena impot x sampai lagi...;p

MBA
- Terkesima sekejap. Itu bahasa baku org. Jepun ya? Arigato!

Sham@ija@ija
- Kita berbicara secara berhemah so tak perlulah menyamar, lebih molek gunakan nama sendiri. Anyway TQ for coming here.

Friday, June 10, 2005

ORANG JEPUN

Mushi-mushi...
Konichiwa..
Ong geng ki deska?
Watashiwa totemo gengki des...
Arigato guzaimas..

Ini bukan kelas bahasa Jepun. Cuma saya mempraktikkan apa yang saya pelajari daripada orang Jepun. Sebutan masih tak betul lagi. Tapi cukuplah ayat-ayat itu saya sebutkan bila bertemu mereka.

Hari ini saya ada temu janji. Tak sangka pula wakil yang datang itu orang Jepun (lelaki) sedangkan di talipon saya berbual dengan seorang perempuan. Kerana terkejut, saya tidak menggunakan ayat di atas.

Sikap mereka yang saya suka ialah: menepati masa, berbudi bahasa dan tidak lokek dengan ucapan terima kasih. Kalau dalam bidang perniagaan menepati masa itu adalah satu aset. Kerana daripada situ orang boleh membuat penilaian. First impression is the lasting.

Jawab Tag Board

Iman Liyana: Salan sejahtera pembuka bicara ,Boleh tau ape yg tengah story
Ija : Salam & selamat dtg. buat Iman. Cerita cuti2 M'sia Iman. Mari join sekali...:)


dang ayang : nak buat kat mana ija? buat kat kg.ayer nak??

Ija : nak, nak..... dang ayang, mesyuarat meja bulat belum lagi ni... :D


eita : kak ija pergi bercuti? patut ler menghilang lg lepas kursus seminggu tu... welcome back!!

Ija : belum habis lenguh & penat ni... dah kena paksa pergi lagi... wa wa...


Fara : Seronok baca..Hehee
Fara : Sama sama..

Ija : Fara seronok, kak ija pun suka. Datanglah lagi...

Dang Amai : Aura cuti2 mesia Ija sampai kat kita.. ni fasal lah buat blogmarathon.. cepat2lh hari khamis.. tak
sabar nak p cuti
Ija : Dang Amai, bercuti di gunung ke? kot2 boleh jumpa PGL... wah... siap berposing lagi, di rimbunan
bunga-bungaan :p


mar : best nye ada orang tu cuti2 mesia lagi..

Ija : cuti m'sia memang best, yg. x bestnya kalau bercuti 'novel', ada 'rasa' yang hilang. bila kita nak
melaksanakan impian yang sering tertangguh ni... Mar, Seri - Ghazal itu dah melambai-lambai...:)


dangsari : sokong ija! sorang lagi yg belum kering betul.

Ija : siapa nak kita lantik buat proposal ni...; moga gembira & anak cepat sihat.

Thursday, June 09, 2005

NAK PERGI KE TAK

Rasanya macam duduk di atas bara api (Ini sekadar perumpamaan sahaja. Jika betul mmg. dah jadi arang). Nak pergi ke tak nak. Awal-awal lagi saya sudah memberikan jawapan, "Tak Mahu". Baru saja bercuti dah nak menghilangkan diri lagi...

Mana nak fikirkan anak, fikirkan suami yang jauh.... Sesak nafas dibuatnya.

Tapi kata rakan sekerja, ini pun tugas juga. Dan mereka terus memujuk supaya saya turut serta. Tak cukup menalipon. Di tangga pun jadi tempat memujuk. Ada misi yang perlu dilaksanakan....

Misi lain pula.... saya perlu memujuk suami supaya dia minta cuti rihat hari itu.

* Demam kursus & kerja/xtvt luar macam bermusim pula.

Wednesday, June 08, 2005

MARI MEMBALING

Balik dari bercuti. (Sebenarnya saya masih lagi bercuti, sengaja ambil extra day) Kawan-kawan mengajak saya bermain boling. Ajakan mereka saya terima walaupun tangan masih lagi terasa sakit kerana bergayut ala tarzan semasa bercuti hari itu. Lalu kami pun ke Mines. Cuti sekolah, ramainya orang. Ini pun satu daripada cara ibu bapa merapatkan hubungan dengan anak-anak.

Memang prestasi saya amat tidak memuaskan. Sebelumnya saya tidaklah pandai sangat. Cuma hari ini memang teruk. Mungkin kerana semalamnya saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas menuju ke Kajang. Silap timing kerana saya tiba di KL masa orang balik dari pejabat. Masih penat lagi. Bola dibaling asyik ke longkang saja. Kalau masuk tournament mesti tak dapat nombor punya. Nak dapat spare dan strike pun amatlah payah. Akhirnya 'haji' pun tak dapat. Itulah istilah kami bila bermain....

Namun seronok juga memerhatikan keadaan pemain yang berbagai ragam bila membaling bola. Kalau peka boleh juga dapatkan tips cara membaling yang betul. Atau kalau agak ramah, boleh juga bertukar-tukar fikiran. Kenalan pun akan bertambah...

* Teringat kata teman2: kalau tengah marah dengan seseorang masa inilah paling baik untuk membayangkan 'seseorang' itu. Baling bola bagai 'seseorang' itu berdiri di hadapan. Kiranya melepaskan geramlah...

Tuesday, June 07, 2005

BUKIT MERAH MELAMBAI MESRA

Akhirnya sampai juga kami sekeluarga di Bukit Merah. Apa menariknya Bukit Merah sehingga ramai sungguh yang berkunjung ke sini. Pertama; kerana cuti sekolah, ibu bapa mengambil kesempatan untuk bersama-sama dengan anak-anak. Kedua; lari dari kesibukan kota. Ketiga: Nak relaxkan minda. Keempat: Nak berendam dalam air....

Tiba di situ, orang dah semakin ramai. Nak cari parking pun susah juga. Saya tertarik dengan pakaian penjaga kereta, suitnya ala-ala penduduk luar negara, lupa pula negara mana. Tapi merah sangatlah mak ngah... merah berjahang. Sempat juga saya berbual dengan pengunjung-pengunjung di situ. Ada yang datang dari P.Pinang, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.

Jauh-jauh begini terserempak saya dengan rakan sekerja. Dia pun membawa keluarganya di sini. Menurutnya susah nak cari hotel yang kosong, jika tidak dibuat tempahan terlebih dahulu. Mujurlah saya memang orang Perak. Jadinya penginapan tak lah menjadi masalah kepada saya. Dari Tapah ke Bukit Merah mengambil masa tak sampai 2 jam pun, ikut lebuhraya.

Paling seronok anak-anaklah... berbagai xtvt yang dicuba mereka. Ada xtvt yang menguji kekuatan fizikal dan minda. Saya pun tak ketinggalan, turut mencuba. Memang seronok.... Pihak pengurusan Bukit Merah ada juga menyediakan xtvt lain, spt. rugbi dalam air dan belajar berenang untuk kanak-kanak.

Walau pun ada tempat lain yang boleh dilawati di sini... kami hanya memilih taman tema. Sekali pandang tempat ini macam Air Panas di Pedas cuma besar sedikit.. Boleh juga disamakan dengan Genting Highland sebab banyak game lain yang disediakan. Janji ada wang.

Keseluruhannya.. cuti ini memang menggembirakan. Anak-anak beritahu.. jika diberi peluang mereka ingin datang sekali lagi. Nak main lagi, mana yang tak sempat main. Waktu pulang sempat juga kami singgah di Bandaraya Ipoh. Sekali sekala datang, banyak juga perubahan di sini.

Saturday, June 04, 2005

BALIK KAMPUNG

Sebut balik kampung.... teringat lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Tiada siapa yang dapat nafikan, wajah semakin ceria bila dua perkataan itu bergema di kepala. Pagi ini saya akan meninggalkan Kajang dan pulang ke Tapah. Memandu bersendirian yang mengambil masa hampir 2 jam itu.

Seperti yang dirancang; kami akan ke Bukit Merah, Taiping mengotakan janji dengan anak2 yang tertangguh dahulu. Semalam pun masa mesyuarat, anak bongsu menalipon memesan berbagai barang untuk dibawa pulang. Dapat saya rasakan perasaan tak sabar mereka.... Saya lagilah nak rehatkan minda untuk beberapa hari.

*** Hanya suara dj bersama lagu2 merdu menemani saya sepanjang perjalanan. Moga segalanya dipermudahkan dan saya selamat ke destinasi....

Friday, June 03, 2005

BUDGET 2006

Lega rasanya bila mesyuarat pembentangan Anggaran Budget 2006 selesai. Hampir empat jam berada di dalam bilik berhawa dingin. Suasana bertambah dingin bila ada beberapa soalan yang perlu dijawab. Berbalui juga penat lelah selama ini; pulang lewat hanya kerana nak menyiapkan budget 2006. Penat bersoal jawab, ada pro n kontras.... akhrinya cadangan diterima. Em...bolehlah tidur lena selepas ini.... jika tidak selagi tak habis selagi itulah terasa macam sedang menggalas beban.

Kebiasaannya perbincangan mengenai Budget berkisar di Jabatan/Bhgn/Unit tempat kerja. Anggaran Budget boleh juga disediakan dalam kehidupan seharian supaya perbelanjaan tidak tersasar. Ia mungkin juga boleh digunakan sebagai 'guide-line'. Cuma jarang dipraktikkan saja.

Wednesday, June 01, 2005

SEPI ITU INDAH

Pulang ke rumah macam orang bingung. Masuk ke rumah mulut terkunci. Nak cakap dengan siapa ya....

Anak-anak dah balik ke rumah opahnya. Bila cuti sekolah macam inilah... Saya ditinggalkan sendiri. Bukannya tak mahu ambil cuti. Hati melonjak nak berihat. Cuma tak boleh saja.... ada kerja yang terlalu penting untuk dibereskan. Jika tidak sayalah orang paling awal hantar borang cuti!

Ada kata yang berbunyi "Sepi itu Indah".... betulke indah? Pada saya sepi-sepi begini kita boleh melihat ke dalam diri. Bermuhasabah diri...