Wednesday, June 08, 2005

MARI MEMBALING

Balik dari bercuti. (Sebenarnya saya masih lagi bercuti, sengaja ambil extra day) Kawan-kawan mengajak saya bermain boling. Ajakan mereka saya terima walaupun tangan masih lagi terasa sakit kerana bergayut ala tarzan semasa bercuti hari itu. Lalu kami pun ke Mines. Cuti sekolah, ramainya orang. Ini pun satu daripada cara ibu bapa merapatkan hubungan dengan anak-anak.

Memang prestasi saya amat tidak memuaskan. Sebelumnya saya tidaklah pandai sangat. Cuma hari ini memang teruk. Mungkin kerana semalamnya saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas menuju ke Kajang. Silap timing kerana saya tiba di KL masa orang balik dari pejabat. Masih penat lagi. Bola dibaling asyik ke longkang saja. Kalau masuk tournament mesti tak dapat nombor punya. Nak dapat spare dan strike pun amatlah payah. Akhirnya 'haji' pun tak dapat. Itulah istilah kami bila bermain....

Namun seronok juga memerhatikan keadaan pemain yang berbagai ragam bila membaling bola. Kalau peka boleh juga dapatkan tips cara membaling yang betul. Atau kalau agak ramah, boleh juga bertukar-tukar fikiran. Kenalan pun akan bertambah...

* Teringat kata teman2: kalau tengah marah dengan seseorang masa inilah paling baik untuk membayangkan 'seseorang' itu. Baling bola bagai 'seseorang' itu berdiri di hadapan. Kiranya melepaskan geramlah...

1 Comments:

At 1:03 AM, Anonymous Anonymous said...

kak ija...

setuju dgn last part tu... dah selalu amalkan petua tu, kalau geramkan seseorang bygkan saja pin2 boling tu spt org yg kita geram. silap2 boleh selalu strike... ;)

 

Post a Comment

<< Home