Saturday, June 04, 2005

BALIK KAMPUNG

Sebut balik kampung.... teringat lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Tiada siapa yang dapat nafikan, wajah semakin ceria bila dua perkataan itu bergema di kepala. Pagi ini saya akan meninggalkan Kajang dan pulang ke Tapah. Memandu bersendirian yang mengambil masa hampir 2 jam itu.

Seperti yang dirancang; kami akan ke Bukit Merah, Taiping mengotakan janji dengan anak2 yang tertangguh dahulu. Semalam pun masa mesyuarat, anak bongsu menalipon memesan berbagai barang untuk dibawa pulang. Dapat saya rasakan perasaan tak sabar mereka.... Saya lagilah nak rehatkan minda untuk beberapa hari.

*** Hanya suara dj bersama lagu2 merdu menemani saya sepanjang perjalanan. Moga segalanya dipermudahkan dan saya selamat ke destinasi....

4 Comments:

At 7:35 PM, Blogger mba2u said...

Wah... kampung kat Tapah?. Doket ler kita..... kita kat Kampar. Nanti nak duduk Kajang gak...

 
At 9:36 PM, Anonymous Anonymous said...

eee seronoknya balik kampong.. nanti balik bawak ole2 ye

 
At 10:10 AM, Anonymous Anonymous said...

mba:
Kampar? Entah2 kita pernah sebelah menyebelah di LebuhRaya US..

Marilah..kita menceriakan lagi Kajang..:D

 
At 10:12 AM, Anonymous Anonymous said...

Nina:
Badan pun dah sakit2 berendam dalam air;

ole2 ada; marilah ambik di Kajang..

 

Post a Comment

<< Home