Friday, June 10, 2005

ORANG JEPUN

Mushi-mushi...
Konichiwa..
Ong geng ki deska?
Watashiwa totemo gengki des...
Arigato guzaimas..

Ini bukan kelas bahasa Jepun. Cuma saya mempraktikkan apa yang saya pelajari daripada orang Jepun. Sebutan masih tak betul lagi. Tapi cukuplah ayat-ayat itu saya sebutkan bila bertemu mereka.

Hari ini saya ada temu janji. Tak sangka pula wakil yang datang itu orang Jepun (lelaki) sedangkan di talipon saya berbual dengan seorang perempuan. Kerana terkejut, saya tidak menggunakan ayat di atas.

Sikap mereka yang saya suka ialah: menepati masa, berbudi bahasa dan tidak lokek dengan ucapan terima kasih. Kalau dalam bidang perniagaan menepati masa itu adalah satu aset. Kerana daripada situ orang boleh membuat penilaian. First impression is the lasting.

1 Comments:

At 10:32 PM, Blogger Nina Suria said...

Toyota Motorolla Fujitsu Nakamichi Haik

hahaha.. jagan marah Ija.. Nina saja nak lepas tensyen..

Ingat lak waktu kita kat pwtc hari tuh.. kan hubby tengah bawak small travelling bag tuk simpan kek kita.. ingat tak..?? Tu lah masa kat Alaf21 booth, ada staff sana tegur hubby, dia ingat org Jepun nak jual buku hahaha.. sakit perut Nina bila ingat kejadian tu.. ada ke muka laki aku macam JE'PON???? Haik..

Ajinomoto

 

Post a Comment

<< Home