Monday, September 12, 2005

SUKARNYA...

Telah bebapa kali saya ke kedai buku... mencari beberapa novel keluaran CESB. Masih tak berjaya lagi. Siap print-out list lagi, berikan kepada empunya kedai itu.

Jawapannya, "Belum keluar lagilah..."

Selasa lepas (semasa pertemuan dengan Dhiya)... jenguk-jenguk juga di kedai buku di Mines. Dengan harapan akan berjumpa. Tak ada juga.

Hari ini pergi lagi ke kedai buku. Dari Jln. TAR, KL terus ke Mid-Valley. Hampanya... tak juga bersua.

Berkata tuan punya kedai itu, "Kadang-kadang dia orang iklan cepat tapi lewat keluar..."
Betul ke? Saya pula tertanya-tanya.

Nampaknya beberapa minggu ini saya berihat dari membaca novel. Rasanya macam telah hilang satu kenikmatan hidup. Macam minum kopi tanpa gula. Terasa pahit sekali.

10 Comments:

At 4:04 PM, Anonymous Anonymous said...

Minum kopi tanpa gula?

Hebat juga yer the semaphore. But I would sugar is not the only thing that you can put into coffee.

What about Honey, or fruit juices? I personally tried it myself and, NOT BAD.

Kak, my point is, we always have a lotsa things to be done. Pegi la jalan2. Skrg ni jalan2 best apa.

Tv pun ada. Kat astro, Macam2 Ada.

:)

-Izham-
My Blog

 
At 6:15 PM, Anonymous Anonymous said...

Kak Ija, kalau jln² sekitar Jln TAR tu bgtau la. Office saya dkt² tu jugak (Campbell Complex). Call saya, boleh kita date nnt :)

 
At 12:26 AM, Blogger - Ija - said...

Izham,

Thanks, Hebat idea tu, might be 1'm going to try what u've suggested.

Cuma... kak ija x leh berenggang dgn. buku...

Astro? Not welcome in my house.
:p

 
At 12:28 AM, Blogger - Ija - said...

Laili,

Ada kesempatan boleh kita date.

Bagus cadangan itu. Bagilah no. talipon, boleh gunakan mail ni:
ijaisme@yahoo.com

 
At 10:57 PM, Blogger Sri Diah said...

T bebila free marilah ke kksb. mungkin boleh release tension... tapi risaunya kot tambah tension ;-)

 
At 12:13 AM, Blogger Najwa Aiman said...

actuallynye buku yg mana yg awak cari ek? tp mmg susah cari buku cesb. setuju sesgt. rasa marah pun ada. tahapehape cara depa distribute jualan. kalau alaf mmg melambak2 kat kedai. senang org nk beli. tp cesb punya.. entahlah... terlalu nak eksklusif sgt agaknya. jgn smpe jadi "eksting" (extinct) sudah........

 
At 12:15 AM, Anonymous Anonymous said...

D;

tunggulah... satu hari sampai juga T ke KKSB (dlm. hati memang nak pergi sesangat!) :p

_____

Najwa;

Eh... nak lawan tokeh ke?
Tapi setuju dgn. penyataan itu, dari segi edaran jualan mmg. alaf21 ke depan...

Dah penat mencari :(

 
At 1:35 PM, Anonymous Anonymous said...

akak...memang terasa macam hilang nikmat hidup bila tak dapat baca novel..saya memang gile sangat baca novel sampai tokei kedai buku tu dah kenal muka saya..asyik mencari novel baru sampaikan bila saya jejakkan kali untuk beli majalah pun dia kata "cikgu, ada novel baru"..hehehehehehe

 
At 3:09 PM, Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 3:13 PM, Anonymous Anonymous said...

adhan;

slmt. ptg. cikgu..
ari ni, class penuh ke atau separuh saja?

hanya kaki novel saja yg. faham apa yg. dirasa bila novel tiada di tangan! :p

adhan ni cikgu 'glamour', tokeh kedai pun kenal.. he he he..

 

Post a Comment

<< Home