Thursday, September 08, 2005

BERTEMU DAN BERPISAH

Hari ini saya bertemu dengan seorang kawan. Kami bermaaf-maafan dan berpelukan di hujung bangunan. Sebabnya walaupun berada di dalam satu bangunan kami jarang bertemu. Masing-masing sibuk dengan tugas, terkunci di bilik sendiri. Sebab yang paling konkrit kerana kami tidak akan bertemu lagi dalam tempuh tiga (3) tahun. Dia akan berangkat ke USA minggu hadapan

Banyak kenangan antara kami. Yang paling jelas kerana kami pernah bersama di dalam "Pencarian Harta Karun" selama tiga (3) tahun. Kali pertama kami di dalam satu kumpulan, kami mendapat tempat ke 3. Selama 3 tahun berturut-turut kami berada di dalam carta "Top-Ten". Nombor 3 bagai sinonim pula dengan kami.

Malam ini saya bagai terdengar-dengar lagu seperti tajuk di atas. Sedih rasanya. Begitulah putaran kehidupan. Tiap pertemuan akan disusuli dengan perpisahan. Tidak kira siapa atau di mana sahaja berada. Dan perpisahan mungkin juga masih ada titik pertemuan.

Saya pernah terbaca kenyataan ini, "Perpisahan itu berada di mana-mana, kita mesti tabah dan berani menghadapinya". Petikan dari sebuah novel yang pengarang dan tajuknya tidak saya ingati lagi.

Masa berubah lagi
datang dan pergi
silih berganti

Bertemu di hari ini
berpisah di esok hari
tidak dapat di tahan lagi

Namun memori itu tak pernah mati
Masih utuh di hati
Segar di sanubari
Selamanya....

- Pertemuan ini
bila akan berulang lagi
aku menanti.....
ija/8905-1.40am

* Entry kali ini terpanjang sedikit. Cover balik untuk bebrapa hari*

Jawab Tag Board

Norra : Alhamdulillah sihat. Ada novel baru? Cubalah hantar ke Alaf 21 atau CESB.

Mar : Ini tengah merdekakan diri dari cengkaman ke bz an...:)

Dhiya : Siannya dia.. Mimpi tu dah jadi kenyataan. X sedar masa terus berjalan laju.

Ahada : Salam rindu, kak ija sihat..

Dang Ayang : Salam Khamis untukmu. Siapa pengarangnya Ayang? Macam pernah dengar aje tajuk itu. Nanti beritahu ya? Kalau best boleh beli!
Eymanhykal : Hi Eyman, dah bc fragmen tu. Makin lama makin menarik cerita tu.

3 Comments:

At 12:14 AM, Anonymous Anonymous said...

pinkjambu;

dlm. x suka kena hadapi juga;
doakan yg. terbaik untuknya..
moga bertemu kembali...

 
At 12:55 AM, Anonymous Anonymous said...

HI kak ija,

Best nya kawan tu nak US. tapi tak takut ke, ada katrina tuh.

Anyway, i wish ur friend all the best!

 
At 3:08 AM, Anonymous Anonymous said...

Izham,

kita doakan semoga dia selamat pergi dan kembali. mana nak tahu kejadian itu akan berlaku!

 

Post a Comment

<< Home