Monday, March 14, 2005

REHATKAN MINDA

Cuti sekolah telah pun bemula. Nak ke mana kali ini ya?
Beberapa cadangan diterima; antaranya..
Anak Pertama : Tidak memberikan usul
Anak Ke 2 : Nak pergi Genting Highland
Anak Ke 3 : Nak pergi Kuching, Sarawak.
Setelah menimbang2 dan berbincang dgn. hubby... Beberapa kriteria diambil kira
1. Masa (nak bercuti berapa lama?)
2. Pengangkutan (memandu sendiri atau guna kemudahan lain)
3. Tempat pilihan (berhampiran laut/taman teman/shopping?)
4. Penginapan
5. Kemudahan
Akhirnya keputusan diambil:-
Cadangan Anak ke 2 ditolak kerana pernah pergi. Tak mungkin nak bercuti tempat yg. sama bila ada pilihan lain.
Cadangan Anak ke 3 ditolak juga kerana waktu terlalu suntuk. Mungkin lain kali akan pergi.
Cuti kali ini akan ke Bukit Merah Lake Town Resort sebabnya:
- Berhampiran dgn. tempat kerja hubby.
- Tak pernah sampai lagi cuma lalu sahaja.
- Boleh singgah di kampung sendiri.
- Memang memenuhi cita rasa anak2. Lebih kurang Genting Highland juga.
Khamis ini saya akan memandu pulang bersama anak2. Hubby akan menjemput pula di rumah emak di Tapah utk. pergi bersama. Bukan saja anak2 yang. seronok. Saya pun tumpang seronok juga.
Nota Kaki:
Nur lain kali bolehlah berikan idea bila Kak Ija nak ke Sarawak nanti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home