Wednesday, March 30, 2005

PENING-PENING

Baru balik dari briefing Sistem Kewangan on-line. Versi baru yg. telah diupgradekan. Penceramah begitu bersemangat memberikan penerangan. Sayangnya terlalu cepat hinggakan ada peserta yg. tak dapat mengikutinya. Dia pun terpaksa mengulang semula. Ada juga antara peserta yg. begitu berat utk. bertanya lagi....sbb. tak dapat memahami dgn. jelas. Yg. lain hanya sebagai pendengar,
Kalangan peserta ramai yg. memahami sistem ini. Cuma ada tambahan daripada Sistem lama. Namun begitu ramai juga yg. merungut kerana lebih sukar daripada sistem dulu. Benda baru memanglah payah utk. dimulakan. Bila dah biasa, semuanya akan berjalan dengan lancar.
Kasihannya.... di akhir briefing, penceramah mendapat markah yg. rendah. Rata-rata peserta memberikan penilaian tahap memuaskan. Komen seorang teman: Balik nanti ini dia pula kena kaunselling oleh syarikatnya, belajar memberi penerangan dgn. lebih tepat lagi memenuhi kehendak pelangggan.

Nota Kaki:
- Ada masanya perkara baru lebih memudahkan pengguna tapi berlaku sebaliknya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home