Sunday, March 13, 2005

Novel Pilihan

Jenguk2 kat web Alaf21... tertera makluman novel Aisya Sofea dah ada di pasaran. Hari Khamis pun pergilah ke Smart B/Shop BBB. Memang benar novel Gelora Jiwa tersusun di rak buku. Apa lagi tanpa buang masa terus saje ambil satu dan letakkan di kaunter. Cepat pun keluarnya. Ada masanya begitu lewat dari tarikh yg. diwar2kan.
Hari sebelumnya pergi ke Alamanda Putrajaya... beli juga beberapa buah novel. Dah lama juga mencari Permata Asmara... Dah beberapa buah kedai buku dikunjungi. Kompleks PKNS, di Mines, Warta... tapi masih tak jumpa lagi. Entah macammana hari itu kawan ajak ke Alamanda. Agaknya memang dah tertulis nak beli buku di situ. Ceritanya memang bagus. Tak jemu membacanya.
Nampak gayanya hujung minggu ini masa dihabiskan dgn. baca novel.
Bila dibuat perbandingan.. novel terbitan Alaf21 & Creative Enterprise lebih teratur susunan bab & ayat2nya. Itu salah satu sebab kenapa novel terbitan ini laris di pasaran. Cuma hingga kini masih tak dinafikan karya Norhayati Berahim menjadi pilihan. Carta RMKL pun ada tiga buah novelnya dalam senarai.

1 Comments:

At 4:46 PM, Anonymous Anonymous said...

saya jugak peminat setia hasil tulisan norhayati berahim...semua novelnya saya ada, kecuali satu, novel setulus cinta keluarannya x tau dari publisher mana..kalu ada nampak jual kat mana2, tolong la bagitau..

 

Post a Comment

<< Home