Thursday, October 20, 2005

DIA DATANG LAGI

Tersedar untuk bersahur, kepala rasa berdenyut-denyut. Saya ke dapur juga menyediakan makanan untuk famili. Rasa sakit yang semakin menerjah ditahan juga. Hasrat nak bersahur memang tak ada tapi saya gagahkan juga sebab selepas ini nak makan ubat.

Tanpa sempat menunggu anak dan suami habis makan saya terus ke bilik. Berbaring sekejap dalam gelap. Tak sampai beberapa saat, saya terus berlari ke bilik air. Apa yang dimakan semua keluar kembali. Termasuklah Ponstan 500. Badan pun dah jadi lembik semacam. Dahi rasa panas tapi badan rasa seram sejuk. Alahai janganlah demam masa bulan puasa ni...

Nak menunggu klinik dibuka terasalah lambat sangat. Kepala makin berdenyut. Ke bilik air dah enam kali, dah tak ada benda nak keluar lagi. Kepala rasa macam diketuk dengan benda berat saja. Tetamu tak diundang ini datangnya bukan ada signal. Siapa yang sudah mengalaminya pasti tahu macammana rasanya. betul tak pinktulip
.
Selepas hubby hantar anak ke sekolah, saya pun ke klinik. Yang baiknya dia tak out-station, jadi dapatlah saya bermanja masa tengah sakit ni. Kalau tidak terpaksalah saya gagahkan diri drive sorang-sorang. Sampai kat kllinik yang biasa dikunjungi doktor pula lewat datang. Mujurlah klinik satu lagi berhampiran....

Jadinya hari ini saya dapat MC. Kata doktor kalau ada tanda-tanda saya demam kena datang check sekali lagi. Dalam hati berdoa cukuplah sakit kepala saja, usahlah sakit lain yang datang.

Duduk seorang kat rumah ni membuatkan saya berfikir. Mungkin saya tersilap makan semalam. Atau ada makanan yang tak boleh diterima oleh perut kerana beberapa sebab.... Mungkin juga saya perlu berihat kerana 'overload'. Atau ada kesilapan yang saya telah buat jadi Tuhan bagi saya sakit untuk membersihkan dosa.

*******

Takziah untuk YAB PM Malaysia & Al-Fatihah untuk Datin Seri Endon yang menyambut panggilan Ilahi pagi tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat. Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita kembali. Amin.

Sunday, October 09, 2005

SALAM RAMADHAN



Ke gerai jualan mencari makanan
Buat berbuka di bulan puasa
Salam Ramadhan saya ucapkan
Moga amalan berganda-ganda

Berbagai juadah di depan mata
Kuih lopis berkenan di hati
Berbelanja biar berpada-pada
Tidak membazir di Ramadhan ini

Dalam setahun Ramadhan sebulan
Perintah Tuhan kita lakukan
Rebutlah peluang usah dilepaskan
Beramal ibadat tanpa sempadan


SELAMAT MELAKUKAN IBADAH PUASA DAN SAMA-SAMA MENDAPAT KEBERKATAN & KEREDHAAN YANG MAHA BERKUASA - Ija

*********
Jawab Tag Board

D : Salam Ramadhan utk D serta famili, moga mendapat keberkatanNYA.

Seriadriani : Bulan puasa sakit itu terus sembuh.

Eymanhykal : Terima kasih berkunjung ke sini, Salam Ramadhan juga untuk Eyman.

Eita : Slmat berpuasa, hari ini berbuka apa? Hug Eita kuat2. :p

pinkTULIP : Salam Ramadhan drpd kak ija, sakit dah baik?

aHaDa : Salam untukmu juga; selamat bersahur, berpuasa & berbuka....

norra : Sabar Norra, migrane menyerang x apa, org. jgn. diserang..., Selamat Berpuasa utk Norra.

adilia : Siapa yg. biasa kena attack migrane, terpaksalah buat research, :D; sayang Adilia juga...

mar : Seronoknya Mar disapa bayu laut. Lain hari ada lagi Mar, kita date lagi... Selamat Berpuasa dari Ija.

izzulizzati: TQ sudi menjenguk ke sini, salam kenal & selamat berpuasa. Ada waktu datanglah lagi...:p






Sunday, October 02, 2005

ADUH MAK SAKITNYA...

Bila penyakit tu datang, mulalah tak senang duduk. Nak buat apa pun memang berat aje. Fikiran pun entah ke mana. Kerja pun dipandang tapi tak terbuat.

Itulah gara-gara terkena penyakit 'migrane'. Sympton mulanya.. mata semacam tak boleh fokuskan sesuatu. Bahu mula terasa sakit, kepala pun makin kuat denyutannya. Ada masa macam nak hantukkan ke dinding... nak hilangkan sakit yang amat sangat.

Kalau teruk, tak boleh bergerak, terbaring saja. Dan yang paling tidak menyeronokkan akan memuntahkan apa yang telah dimakan. Sehinggakan badan rasa tak bermaya lagi...

Selagi tidak makan ubat, begitulah jadinya. Dan pilihan saya tentulah Ponstan 500. Sebab ubat lain-lain tak jalan langsung. Kepala tetap berdenyut. Ke mana-mana ubat itu akan saya bawa. Mengalahkan orang yang terlalu bergantung dengan ubat.

Kata kawan-kawan ubat itu ada 'kesan sampingan'. Tidak elok untuk perut. Kalau difikirkan kesan sampingan, rasanya hampir keseluruhan ubat pun begitu; lebih-lebih lagi ubat yang dimakan untuk menguruskan badan.

Kerana tak tahan asyik makan ubat saja jadi saya ambil pendekatan mudah. Ikut nasihat doktor & dari rencana yang dibaca.

i) Jangan makan makanan yang mengandungi MSG
ii) Berjalan di tempat panas gunakan sunglass atau berpayung
iii) Jangan pergi di tempat yang sesak/padat ie shopping komplek (masa sales)
iv) Makan mengikut waktu, usah biarkan perut kosong
iv) Sejuk sangat pun tidak boleh.
v) Duduk di tempat yang gelap dan sunyi
vi) Tidur yang secukupnya.
vii) Periksa tekanan darah (mana tahu ada penyakit sampingan
viii) Penting sekali; Elakkan stress...
viii) Elakkan minuman berkafein.

Dari tips yang diperolehi pula..

i) Siramkan air ke kaki dulu, masa nak mandi.
ii) Tekan ibu jari kaki/belakang tumit
iii) Tekapkan tuala basah ke muka
iv) Amalkan beberapa surah
v) Minum air masak banyak2...
vi) Etc....etec.....etc

Alhamdulillah; Sakit pun semakin berkurang.... tp Ponstan 500 masih dalam handbag. Ada masanya saya dapatkan bekalan dari Farmasi sahaja. Kerana dah tahu.... jumpa doktor, periksa tekanan darah-normal saja, doktor pun bagi ubat yang sama..
* Catitan ini khusus untuk PinkTulip; maaf ya terlewat bagi info coz minggu ni bz sedikit.