Thursday, October 20, 2005

DIA DATANG LAGI

Tersedar untuk bersahur, kepala rasa berdenyut-denyut. Saya ke dapur juga menyediakan makanan untuk famili. Rasa sakit yang semakin menerjah ditahan juga. Hasrat nak bersahur memang tak ada tapi saya gagahkan juga sebab selepas ini nak makan ubat.

Tanpa sempat menunggu anak dan suami habis makan saya terus ke bilik. Berbaring sekejap dalam gelap. Tak sampai beberapa saat, saya terus berlari ke bilik air. Apa yang dimakan semua keluar kembali. Termasuklah Ponstan 500. Badan pun dah jadi lembik semacam. Dahi rasa panas tapi badan rasa seram sejuk. Alahai janganlah demam masa bulan puasa ni...

Nak menunggu klinik dibuka terasalah lambat sangat. Kepala makin berdenyut. Ke bilik air dah enam kali, dah tak ada benda nak keluar lagi. Kepala rasa macam diketuk dengan benda berat saja. Tetamu tak diundang ini datangnya bukan ada signal. Siapa yang sudah mengalaminya pasti tahu macammana rasanya. betul tak pinktulip
.
Selepas hubby hantar anak ke sekolah, saya pun ke klinik. Yang baiknya dia tak out-station, jadi dapatlah saya bermanja masa tengah sakit ni. Kalau tidak terpaksalah saya gagahkan diri drive sorang-sorang. Sampai kat kllinik yang biasa dikunjungi doktor pula lewat datang. Mujurlah klinik satu lagi berhampiran....

Jadinya hari ini saya dapat MC. Kata doktor kalau ada tanda-tanda saya demam kena datang check sekali lagi. Dalam hati berdoa cukuplah sakit kepala saja, usahlah sakit lain yang datang.

Duduk seorang kat rumah ni membuatkan saya berfikir. Mungkin saya tersilap makan semalam. Atau ada makanan yang tak boleh diterima oleh perut kerana beberapa sebab.... Mungkin juga saya perlu berihat kerana 'overload'. Atau ada kesilapan yang saya telah buat jadi Tuhan bagi saya sakit untuk membersihkan dosa.

*******

Takziah untuk YAB PM Malaysia & Al-Fatihah untuk Datin Seri Endon yang menyambut panggilan Ilahi pagi tadi. Moga rohnya dicucuri rahmat. Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita kembali. Amin.

2 Comments:

At 9:33 PM, Anonymous Anonymous said...

Al-Fatihah….

Kak Ija, feel so sorry for you :( Teruknya condition akak. Tulip yg dengar pun rasa ‘ngilu’. Sekarang ni akak macammana? Dah ok ke? Tulip harap dah. Sabar ye kak. Mungkin ini dugaan untuk akak di bulan puasa… Take care, k…

 
At 1:53 AM, Blogger Izham Miyake said...

Al-Fatihah juga,

Akak migraine ke demam? Jgn depends sangat pada ubat2 yang kuat kak. U know why kan..

Take care

-Izham-

 

Post a Comment

<< Home