Sunday, October 02, 2005

ADUH MAK SAKITNYA...

Bila penyakit tu datang, mulalah tak senang duduk. Nak buat apa pun memang berat aje. Fikiran pun entah ke mana. Kerja pun dipandang tapi tak terbuat.

Itulah gara-gara terkena penyakit 'migrane'. Sympton mulanya.. mata semacam tak boleh fokuskan sesuatu. Bahu mula terasa sakit, kepala pun makin kuat denyutannya. Ada masa macam nak hantukkan ke dinding... nak hilangkan sakit yang amat sangat.

Kalau teruk, tak boleh bergerak, terbaring saja. Dan yang paling tidak menyeronokkan akan memuntahkan apa yang telah dimakan. Sehinggakan badan rasa tak bermaya lagi...

Selagi tidak makan ubat, begitulah jadinya. Dan pilihan saya tentulah Ponstan 500. Sebab ubat lain-lain tak jalan langsung. Kepala tetap berdenyut. Ke mana-mana ubat itu akan saya bawa. Mengalahkan orang yang terlalu bergantung dengan ubat.

Kata kawan-kawan ubat itu ada 'kesan sampingan'. Tidak elok untuk perut. Kalau difikirkan kesan sampingan, rasanya hampir keseluruhan ubat pun begitu; lebih-lebih lagi ubat yang dimakan untuk menguruskan badan.

Kerana tak tahan asyik makan ubat saja jadi saya ambil pendekatan mudah. Ikut nasihat doktor & dari rencana yang dibaca.

i) Jangan makan makanan yang mengandungi MSG
ii) Berjalan di tempat panas gunakan sunglass atau berpayung
iii) Jangan pergi di tempat yang sesak/padat ie shopping komplek (masa sales)
iv) Makan mengikut waktu, usah biarkan perut kosong
iv) Sejuk sangat pun tidak boleh.
v) Duduk di tempat yang gelap dan sunyi
vi) Tidur yang secukupnya.
vii) Periksa tekanan darah (mana tahu ada penyakit sampingan
viii) Penting sekali; Elakkan stress...
viii) Elakkan minuman berkafein.

Dari tips yang diperolehi pula..

i) Siramkan air ke kaki dulu, masa nak mandi.
ii) Tekan ibu jari kaki/belakang tumit
iii) Tekapkan tuala basah ke muka
iv) Amalkan beberapa surah
v) Minum air masak banyak2...
vi) Etc....etec.....etc

Alhamdulillah; Sakit pun semakin berkurang.... tp Ponstan 500 masih dalam handbag. Ada masanya saya dapatkan bekalan dari Farmasi sahaja. Kerana dah tahu.... jumpa doktor, periksa tekanan darah-normal saja, doktor pun bagi ubat yang sama..
* Catitan ini khusus untuk PinkTulip; maaf ya terlewat bagi info coz minggu ni bz sedikit.

5 Comments:

At 8:36 PM, Anonymous Anonymous said...

Elakkan stress dan panas.. itu yang paling penting...

 
At 12:07 AM, Anonymous Anonymous said...

kak iijjaaa... thanks so much! really appreciate it!

ari ni tulip kena migraine lg tp siang td je. lepas amik active fast kul 6, mlm dah ok... dah makin kerap lak jadinya migraine tu.. :(

nak tanya, prostan tu warna apa ek? putih ke?

 
At 6:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Aik, sakit lagi ke sampai takleh tulis blog? hehe..

Anyway, just nak ingatkan, bulan puasa ni kurangkan pengambilan ponstan, pasal ponstan need high water content from the body. Kalau tak side effect dia byk sangat.

Then, paling penting, minum air mesti kena banyak giler. Just read something about water, it can reduce depression and stress kalau cukup air..

-Izham-
http://slash.tblog.com

 
At 11:27 PM, Blogger Najwa Aiman said...

sakit kepala ni kengkadang disebabkan power spek mata dah lari alignment...ekekekke... gitulah kata doktor suatu masa dulu.. btoi jugak... sbb bila tukar spek mata dah okey lak....

 
At 2:16 AM, Anonymous Anonymous said...

izham
terima kasih..
cuaca skrg ni memang panas amat..
blog berihat sekejap..
ari ni dah muncul kembali.

pinktulip
meh sini kita picit kepala dia..
musim panas ni migrane x dijemput pun dia datang..
ponstan itu warna kuning 500 punya; 250 punya berbelang biru-kuning..

najwa
kita pakai sunglass aje..
dah check kat bbrp kedai, mata ok pulak..
tak tahu mana silapnya..

 

Post a Comment

<< Home