Saturday, July 30, 2005

YANG CANTIK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA

Semenjak Sabtu diisytiharkan cuti, saya selalu membawa anak berjalan ke KL. Tidak memandu ke KL cuma menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Tiap-tiap hari ke tempat kerja memandu sendiri, agak memenatkan. Selalu juga saya berangan-angan ada orang yang memandu dan saya duduk di sebelahnya.
Hujung minggu itulah baru dapat saya merealisasikan impian.

Kali pertama saya membawa anak menaiki komuter, memang penuh komuter itu. Kerana orang agak ramai... saya dan anak terpaksalah berdiri. Saya tak kisah, cuma kasihan kat anak perempuan saya.

Tiba-tiba seorang penumpang bangun dan menawarkan tempat duduknya kepada anak saya. Sempat pula dia menyuruh temannya berdiri sekali dan meminta saya mengambil tempat duduknya. Paling mengejutkan mereka adalah pendatang. Saya hanya dapat mengucapkan terima kasih. Yang melayunya hanya duduk diam-diam buat-buat tak pandang. Sedangkan dia duduk di sebelah pendatang itu. Wah... sebiji macam di dalam sebuah iklan yang menimbulkan kontroversi suatu waktu dulu.

Kali kedua menaiki komuter, saya membawa dua orang anak pula. Sama juga keadaannya, kami terpaksa berdiri. Tapi alhamdulillah, ada orang yang rela bangun (orang Melayu) menawarkan tempat duduk. Mungkin disebabkan saya membawa anak-anak. Kalau sendiri agaknya belum tentu lagi.. Terima kasih dik!

Tentang kejadian pertama, saya cuma berpandangan positif sahaja. Pemuda melayu itu tidak memberikan tempat duduknya kerana beberapa kemungkinan:-
- destinasinya agak jauh, sebab masa saya turun dia masih lagi duduk di situ.
- terlalu penat, kerjanya memerlukan dia berdiri selalu.
- atas sebab kesihatan, kalau berdiri lama-lama dia boleh pengsan.
- jika diberikan tempat duduk kepada saya, mungkin dia terpaksa berebut dengan orang lain untuk
mendapatkan tempatnya kembali.
- kerana dilihatnya saya seorang yang sihat, boleh berdiri sepanjang perjalanan.
- sebab2 lain yang dia sendiri tahu....

Bila digabungkan kejadian pertama dan kejadian kedua.... dapatlah dirumuskan bahawa budi bahasa itu milik semua bangsa. Tidak kira dia warganegara atau pun seorang pendatang. Teringat saya akan pantun yang berbunyi;

yang kurik itu kundi
yang merah itu saga
yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa

orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa.

Friday, July 29, 2005

BLACK-OUT

Balik dari kursus hari itu... saya terus menulis kisah di Ilham R***. Ttg. pertemuan saya dengan beberapa orang pelakun. Amat di luar jangkaan.... Seorang daripadanya yang sedang berlakun di siaran tv pilihan ramai.

Panjang lebar saya tulis. Tup tup internet buat hal. Habis idea spontan masa itu. Nak kata tak bayar, memang dah bayar. Tapi connection fail. Apa yang ditulis semua hilang. Tak sempat langsung nak save.

Nak menulis sekali lagi mungkin senang, tapi ayat2 yang diatur dah berlainan. Cerita pun rasanya dah makin hambar.

Dalam membuat kerja2....Terasa betapa pentingnya ada back-up. Taklah sampai 2x buat kerja yang sama. Hujung minggu ini saya dah berkira2 nak beli UPS. Apa2 terjadi pun sempat juga nak save.

Jawap Tag Board


Dya : terima kasih lawatan balas.
HJ : Rumah dah berkemas, lepas ini nak bayar balik harga tidur masa kursus dulu.
Shaffe : Wa'alaikummussalam, terima kasih datang ke sini.

mar: Hug Mar 3 x...muah...
Harum Jasmin: Kita dah ada hobi baru, tanam bunga di halaman rumah...
Dania~: Datanglah lagi, teruskan menulis..

Sunday, July 24, 2005

IMBAS KEMBALI

Lamanya saya mendiamkan diri. Sepatutnya posting ini keluar lebih awal. Namun ada beberapa sebab yang tak dapat dikawal... Lalu terpaksa 'back-dated'.

14 Julai 2005 yang lalu.. Genaplah 1 tahun usia blog ini. Tiada sambutan yang meriah. Cuma rasa terharu juga kerana ia masih 'hidup'.

Imbas kembali kelahirannya. Saya semestinya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada 'Sri Diah'. Pertemuan kami di Langkawi, Jun 2004 yg. lalu membuahkan hasil. Jika tidak kerana sentuhannya, mungkin blog ini tak wujud. Cuma sekarang ini saya dah make-up blog ini sedikit demi sedikit. Masih belajar lagi.

Pada awal pembabitan, memang blog ini macam 'hidup segan mati tak mahu'. Tak ada idea. Tak tahu apa nak ditulis. Walaupun saya selalu juga menghantar posting ke Relexjap Groups. Namun begitu, Alhamdulillah kerana galakan daripada beberapa orang itu.... Sedikit demi sedikit menulis di blog macam rutin pula.

Paling menggembirakan kerana blog ini, ramai penulis handalan ditemui di alam maya. Dari alam maya dipanjangkan pula ke alam realiti. Sungguh, kenangan yang paling manis, harum dan tak dapat dilupakan dapat bertemu dengan Dang Amai, Dang Sari, Dang Ayang, Dang Nila, Mar. Tabik hormat kat Dang2 yang terbang dari Brunei atas semangat setiakawan. Kerana blog jugalah lalu tercipta Dang Bersaudara. Cuma pertemuan lalu tidak disertai oleh Dang Anis, Dang Inoi & Dang Kalas.

Walaupun kita jauh, namun blog telah merapatkan perhubungan ini. Terasa kita bagai dekat selalu. Perkhabaran tetap diketahui. Dengan satu sentuhan saja kita boleh berinteraksi dengan mudah. Terima kasih kepada anda semua yang sudi bertandang dan memeriahkan suasana di blog ini. (Tak dapat nak sebutkan semua nama). Kehadiran anda semua amat dihargai. Tanpa anda semua blog ini makin hilang serinya.

**********

eita: baru boleh bernafas sedikit. dah update di atas.


zaid: salam utk. Zaid, rasa berbesar hati penulis hebat spt. Zaid dtg. berkunjung ke sini, terima kasih.


Harum Jasmin: kita nak minta diri tp dia orang tu suruh juga kita berghazal, penyanyi import tu x sampai2...


seriadriani: kursus dah tamat, cuma penatnya masih terasa

skyrul: thanks, dtg. ke sini.

quraisy: salam buatmu...


ryn: sesekali mak budak jd biskut....; lepas ni menebas lalang kat belakang rumah...

dhiya: hilang bukan sebarang hilang, hilang bertapa di Ilham Res....

dang ayang: dang ija tak habis kontrak lagi...

harum jasmin: salam ahad, jom kita g jogging lps tu pekena teh tarik ke, roti canai ke....D


adriana: luahkan resah yang terbuku di dada, moga hatimu tidak terluka sedalamnya...

kaksu: baru kini sempat bermadah bicara, setelah sekian lama berdiam saja...

mar: nak buat cammana, walau diunjuk berbagai rupa, biskut itulah yang menawan jiwa...

Friday, July 08, 2005

BERGHAZAL KITA

Terlalu lamanya tidak update blog ini. Kalaulah blog ini rumah tentu dah penuh dengan habuk. Halamannya pula akan dikelilingi dengan semak dan lalang yang meninggi.

Banyak juga nak diceritakan... hanya menunggu masa yang sesuai. Ada masanya cerita pun dah 'due'! Nak tulis kat sini pun dah tak seronok nak baca.

Hari ini.... pertemuan berlangsung lagi. Kami akan berghazal. Teman 'date' saya siapa lagi jika tidak Seri Adriani dan Mar.

Saya dah melalut pula sebabnya lama tak menulis jadi otak lambat cair...