Sunday, July 24, 2005

IMBAS KEMBALI

Lamanya saya mendiamkan diri. Sepatutnya posting ini keluar lebih awal. Namun ada beberapa sebab yang tak dapat dikawal... Lalu terpaksa 'back-dated'.

14 Julai 2005 yang lalu.. Genaplah 1 tahun usia blog ini. Tiada sambutan yang meriah. Cuma rasa terharu juga kerana ia masih 'hidup'.

Imbas kembali kelahirannya. Saya semestinya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada 'Sri Diah'. Pertemuan kami di Langkawi, Jun 2004 yg. lalu membuahkan hasil. Jika tidak kerana sentuhannya, mungkin blog ini tak wujud. Cuma sekarang ini saya dah make-up blog ini sedikit demi sedikit. Masih belajar lagi.

Pada awal pembabitan, memang blog ini macam 'hidup segan mati tak mahu'. Tak ada idea. Tak tahu apa nak ditulis. Walaupun saya selalu juga menghantar posting ke Relexjap Groups. Namun begitu, Alhamdulillah kerana galakan daripada beberapa orang itu.... Sedikit demi sedikit menulis di blog macam rutin pula.

Paling menggembirakan kerana blog ini, ramai penulis handalan ditemui di alam maya. Dari alam maya dipanjangkan pula ke alam realiti. Sungguh, kenangan yang paling manis, harum dan tak dapat dilupakan dapat bertemu dengan Dang Amai, Dang Sari, Dang Ayang, Dang Nila, Mar. Tabik hormat kat Dang2 yang terbang dari Brunei atas semangat setiakawan. Kerana blog jugalah lalu tercipta Dang Bersaudara. Cuma pertemuan lalu tidak disertai oleh Dang Anis, Dang Inoi & Dang Kalas.

Walaupun kita jauh, namun blog telah merapatkan perhubungan ini. Terasa kita bagai dekat selalu. Perkhabaran tetap diketahui. Dengan satu sentuhan saja kita boleh berinteraksi dengan mudah. Terima kasih kepada anda semua yang sudi bertandang dan memeriahkan suasana di blog ini. (Tak dapat nak sebutkan semua nama). Kehadiran anda semua amat dihargai. Tanpa anda semua blog ini makin hilang serinya.

**********

eita: baru boleh bernafas sedikit. dah update di atas.


zaid: salam utk. Zaid, rasa berbesar hati penulis hebat spt. Zaid dtg. berkunjung ke sini, terima kasih.


Harum Jasmin: kita nak minta diri tp dia orang tu suruh juga kita berghazal, penyanyi import tu x sampai2...


seriadriani: kursus dah tamat, cuma penatnya masih terasa

skyrul: thanks, dtg. ke sini.

quraisy: salam buatmu...


ryn: sesekali mak budak jd biskut....; lepas ni menebas lalang kat belakang rumah...

dhiya: hilang bukan sebarang hilang, hilang bertapa di Ilham Res....

dang ayang: dang ija tak habis kontrak lagi...

harum jasmin: salam ahad, jom kita g jogging lps tu pekena teh tarik ke, roti canai ke....D


adriana: luahkan resah yang terbuku di dada, moga hatimu tidak terluka sedalamnya...

kaksu: baru kini sempat bermadah bicara, setelah sekian lama berdiam saja...

mar: nak buat cammana, walau diunjuk berbagai rupa, biskut itulah yang menawan jiwa...

11 Comments:

At 8:03 AM, Anonymous Anonymous said...

Ija selamat ye bertahan menduduki rumah ni.. nampaknye kita sj yg tak tahu.. :)

Adoi.. tersentuh nina baca.. Terimakasih jugak kena jadi sahabat kite.. semoga ikatan persahabatan ini akan sentiasa harum seharum jasmin.. adeh! :D :D

p/s lepas ni boleh lh Ija berkicau balik ye.. salam kat kakak Ija.. nina lupa lah nama die.. tp ini bukan bermakna kita melupakan die *wink* muah kakak Ija

 
At 10:42 AM, Blogger Sri Diah said...

Salam T; Terima kasih diberi, terima kasih diterima. Terima kasih atas usia persahabatan kita. Pejam celik rupanya hampir 22 tahun...

 
At 8:26 PM, Anonymous Anonymous said...

selamat ulangtahun... ;)

moga kak ija akan terus menulis... long life utk kak ija & blog nya!!!

 
At 12:12 PM, Anonymous Anonymous said...

hepi anibasari... kau dan aku, kita berbeza tapi kita tetap bersaudara kan

*sob sob sob* terharunyer baca n3 ni

 
At 12:43 PM, Blogger Noor Suraya said...

Ija,
salam sayang dan selamat ulang tahun untuk rumah ija ni... tidak sangka ya, bukan saja kita bertemu di maya... tapi kita juga pernah bertemu dengan mata bertentang mata...Subhanallah

sayang,
kaksu...

 
At 1:17 PM, Anonymous Anonymous said...

dang amai;

tkasih... harapan mcm. itulah moga terus-terusan bertahan;

semerbak harum mewangi kerana dang amai juga...:D

gembira dpt. bersahabat dgnmu...:D

ingat kek ingat dang amai; kakak kita memang tak pernah lupa...

 
At 1:23 PM, Anonymous Anonymous said...

D;

Terima kasih. Persahabatan ini terlalu bernilai. Moga terus berkembang di taman hati, selamanya......

 
At 1:32 PM, Anonymous Anonymous said...

dhiya;

terima kasih, sokongan dhiya amat bermakna...:p

 
At 1:34 PM, Anonymous Anonymous said...

dang ayang;

tq; rindunya...
kita berbeza tapi blog mendekatkan kita... dari alam maya ke alam nyata;

nak tisu kecil ke, tisu besar...buat menyapu si air mata..:D

 
At 1:37 PM, Anonymous Anonymous said...

kaksu;

terima kasih...
pertemuan itu satu impian
dan kini telah jadi kenyataan...
Tuhan itu amat mengetahui
rahsia hati seorang insan..

sayang buat kaksu,
hug kemas2, 3x...
harap pertemuan itu berlaku lagi..

 
At 10:03 PM, Blogger Ahada Aihara said...

salam kak ija...

selamat ulangtahun blog yg pertama... maaf kerana terlamabt ucap tahniah...

insyaAllah ada waktu lpg kita bakal berjumpa... miss u

*hugs&kisses*

-DanG KaLaS-

 

Post a Comment

<< Home