Wednesday, August 03, 2005

JOM KITA BERSUKAN

Dari minggu lepas hingga ke minggu ini, tiap-tiap hari saya pulang ke rumah matahari telah menyorokkan wajahnya. Rumah dah macam tempat persinggahan pula. Sepanjang minggu itu saya tak duduk diam asyik nak berlawan sahaja. Sesekali berperang pula. Badan pun tak tahu nak cakap, sakitnya di sana sini. Jadinya saya minta tolong seorang kawan jadi tukang urut.

Begitulah yang terjadi bila tiba musim Karnival Sukan di tempat kerja yang berlangsung dua tahun sekali. Parkir akan dipenuhi dengan kereta sehingga lewat petang. Ada masanya hingga lewat malam. Yang tak pernah turun padang akan turun sekali. Bukan sahaja sebagai penyokong pasukan sendiri tapi sama-sama menyertai sukan yang diminati.

Berbagai ramalan akan dibuat. Kononnya pasukan itu dan pasukan ini akan menang. Itu 'on-paper'. Secara realitinya belum tentu lagi... Di dalam gelanggang keputusan akan menjadi sebaliknya. Di luar jangkaan.

Kenapa Karnival Sukan diadakan? Antara lainnya ialah untuk menggalakkan orang bermain sukan. Bersukan itu baik untuk kesihatan. Di samping itu dapat berkenal mesra, bekerjasama & bertolak ansur dalam suatu pasukan. Membina keyakinan diri. Boleh belajar daripada mereka yang senior. Dapat mempamerkan kepakaran dalam sesuatu acara/bidang sukan. Bakat-bakat baru juga akan dicungkil untuk mewakili agensi. Boleh juga diketahui individu mana yang mempunyai semangat juang dan mental yang tinggi. Yang penting ada semangat kesukanan. Walaupun kawan dah kalah tapi masih boleh terus berjuang lagi. Selain daripada tentulah nak hadiah yang ditawarkan.

Ada juga yang seperti menangguk di air yang keruh. Jika pasukan itu bermain dan menang... tak payah susah-susah turun padang. Sekadar meletakkan nama sebagai pemain simpanan. Hadiah mesti dalam tangan. Beruntungnya jika berada di dalam pasukan yang hebat!

Nota Kaki:
Kasihan kat anak2 seminggu ini mamanya bagai orang marathon. Berkejar ke sana sini. Yang pasti tiga hadiah di dalam tangan. Tak sia-sia mama berpenat. Eh... macam berjanji pula tiga hadiah untuk tiga orang anak...:p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home