Sunday, August 14, 2005

KALAU DAH JODOH

Penatnya hari ini tak tahu nak cakap. Semalam naik bas ke KL dengan anak-anak. Sengaja. Lagipun hubby janji nak jemput bila dia pulang dari UTP.

Tunggu-tunggu, hubby tak sampai. Dapat berita kereta yang dipandu mengalami masalah. Terpaksa batalkan kepulangan ke KL.

Saya & anak-anak bermalam di rumah kakak di KL. Kebetulan ada majlis kahwin sepupu di kediaman berhampiran. Mak, mak cik dan saudara-saudara lain akan berkumpul.

Pagi tadi hubby datang menjemput, dia gunakan kereta kawannya. Saya dan anak-anak perlu pulang ke Kajang. Janji dengan sanak saudara, saya akan menyusul kembali.

Petangnya saya memandu sendiri ke KL dengan anak. Hubby tak ikut serta kerana teramat penat. Besoknya dia perlu kembali ke UTP. Saya perlu ke KL kerana ingin menjemput mak yg. akan bermalam di rumah kami. Malamnya saya pulang ke Kajang. Mujurlah kereta tidak begitu banyak. Surprise betul. 1/2 jam saya dah tiba di rumah.

Itu cerita saya. Ini cerita sepupu saya. Dulu dia hampir berkahwin dengan suaminya sekarang. Tapi tak jadi. Entah di mana silapnya pun tak tahu. Perancangan betul tapi dibatalkan saat akhir. Hari ini impian mereka untuk menjadi suami isteri tercapai juga.

Benarlah kata-kata yang menyebut, "Kalau dah jodoh, tak ke mana". Walaupun ada saja rintangan dan dugaan akhirnya bersatu juga.

Selamat Pengantin Baru buat S**** & A**. Moga pernikahan kekal selamanya.

Ogos ini memang musim orang kahwin. Minggu depan dah menanti tiga jemputan serentak. Resah memikirkan yang mana satu nak pergi. Itu sepupu, ini sepupu.....! Semuanya rapat-rapat pula. Tempatnya pula berlainan.
Psss... ada org. beritahu, semakin ramai org. kahwin... semakin kosong poket!

4 Comments:

At 11:09 AM, Anonymous Anonymous said...

musim orang kawin... musim org makan free (???). free ke? tak jugak..

 
At 1:30 PM, Anonymous Anonymous said...

seri;

free pada asasnya...
tp di sebaliknya, tak nampak..
:)

 
At 12:59 AM, Blogger Najwa Aiman said...

kalau dah jodoh
tak kemana
kalau dah bukan
takkan bersama
dikenang pun tak guna
diharap pun tak jadi nyata

kalau dah jodoh
mengelak tak berdaya
benci pun tak bermakna
nak lari pun takkan ke mana
akan bersama juga

kalau dah jodoh
kawin sajalah
apa susah
tak ada duit?
jangan tambah masalah
ambil yang murah

kalau dah jodoh.....

 
At 12:27 AM, Anonymous Anonymous said...

najwa;
begitulah....
ceruk rantau nak lari,
jodoh dah memanggil
tetap dgn. org. yang sama..

 

Post a Comment

<< Home