Sunday, February 20, 2005

TAK PERLU DIUCAPKAN

Ini bukan pertemuan pertama kami. Malah kami telah bertemu beberapa kali sebelum ini. Cuma aku rasa pertemuan ini bagai pertemuan pertama. Mana tidaknya selepas setahun kami berpisah membawa diri masing-masing. Kami bertemu lagi dalam suasana yg. berbeza.
Tak tahu kenapa kami boleh berpisah dahulu. Pada hal kami dikatakan pasangan yg. serasi. Ke mana aku di situlah dia. Di mana aku pergi dia selalu menemani. Hinggakan kadang2 aku terasa terlalu banyak masa dihabiskan dengannya. Bahagia? Entahlah.. Aku tak tahu untuk mentafsir erti sebenarnya perkataan itu.
Bila diingatkan kembali, perpisahan ini bukan salah sesiapa. Bukan salahnya. Tidak juga silapku. Kami berpisah kerana dia menerima tawaran bertugas di tempat lain. Yang lebih lumayan lagi. Kerana itu dia berpindah ke negeri lain. Meninggalkan aku di sini. Dia memberitahuku setelah mengambil keputusan. Dan dengan rasa terkilan, aku membiarkan dia berlalu pergi. Aku sering bertanya kpd. diri, kenapa dia tidak memberitahuku awal-awal sedangkan kami akrab. Perkara penting sebegini aku diketepikan.
Aku tidak mengucapkan apa-apa dgn. perpisahan ini. Biarlah... itu pilihannya. Lagipun bila difikir2kan kembali. Siapalah aku di sisinya. Kekasih pun bukan..Dia tidak pernah meluahkan kata keramat itu. Dia juga tidak pernah membayangkan hari2 depan kami. Yang membuat telahan cuma org. luar yg. melihat kemesraan kami. Kami adalah pasangan ideal.
Mula2 dia bertugas di sana.. aku menjadi semakin rindu kepadanya. Sering termenung.. Terasa kehilangan. Ia..tiba2 saja aku ke sana sini sendiri2..Tidak aku luahkan kepdanya kerana aku tak tahu apa reaksinya nanti. Kerana aku perempuan, aku pendamkan rasa hati. Aku tahu tiada salahnya aku memberitahu apa yg. aku rasa kerana ketiadaan dia. Tapi bagai ada batasan utk. aku mencurahkan segalanya.
Awalnya memang dia selalu menalipon. Menghantar sms tika dia sibuk. Atau sesekali e-mailnya aku terima. Mengirim gambar berlatar belakangkan pantai yang putih bersih. Memang dia tahu aku terlalu sukakan laut. Pernah aku memberitahunya laut itu umpama hati wanita. Ada ketikanya terlalu tenang, ada waktunya bergelombang. Walaupun tenang tapi masih terdapat kocakan kecil. Dia.. hanya tersenyum mendengarnya. Katanya aku terlalu bersentimental.
Dia tak tahu bahawa panggilannya memang aku nantikan selalu. Ah..kenapa aku boleh menjadi sebodoh itu. Menanti sesuatu yang masih tidak pasti lagi. Aku sendiri yang teringat-ingat, terkenang-kenang. Orang yang dikenang entah di mana. Agaknya bila cinta mekar di dada, tindakan pun berlainan rupa.
(bersambung...)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home