Thursday, February 24, 2005

Ulangtahun

Terlalu cepat rasanya waktu berlalu. Hari ini perkahwinan kami berusia genap 14 tahun. Jangkamasa 14 tahun menjadikan perkahwinan ini semakin matang. Pagi-pagi lagi hubby telah mengucapkannya. Tidak bagai tahun2 lalu.... tahun ini hanya kedengaran suaranya di corong talipon, SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YG. KE 14...." ujarnya. Sedih juga bila hari-hari penting begini dia jauh di sana. Tapi kesedihan terubat juga kerana dia tidak pernah melupakan, walaupun kami l berjauhan.
Sahabat2 terdekat pun mengucapkan tahniah. Celebrate di mana? Seorang sahabat bertanya. Nak celebrate mana ya, kalau org. yg. nak celebrate bersama tak ada di depan mata.
Selepas Maghrib hubby talipon lagi. Ucapan selamat bergema di hujung talian. Janjinya... bila dia pulang, baru kami akan meraikannya dan sudah semestinya kami akan bertukar hadiah.
- Terfikir... hadiah apa yg. akan diterima nanti. Untuk hubby, awal-awal lagi telah disediakan. Sebenarnya bukan hadiah menjadi ukuran tetapi ingatan itu yg. penting. Moga ikatan ini terus direstui Ilahi.

4 Comments:

At 3:32 PM, Blogger seriadriani said...

selamat ulangtahun perkahwinan. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

 
At 9:14 PM, Blogger Sri Diah said...

T; salam bahagia daripada orang di sini untuk orang di sana. Semoga bahagia yang dipeluk hari ini akan terus aman sentosa di dalam dakapan. Jap nak ingat... camana muka hubby T... oh ya dah ingat ;-)

 
At 11:27 PM, Blogger Ija said...

D; Hanya ucapan terima kasih yg. dapat dilafazkan. Moga D juga bahagia dgn. 'Title' baru.. selamat berjaya....

 
At 11:32 PM, Blogger Ija said...

Seri; TQ, TQ, TQ.... harapan di hati begitulah... bahagia menjadi milik abadi.

(Cuba2 juga nak bertanding ke rumah Seri tp tak kesampaian, alamat yg. silap ke atau pun no. rumah dah bertukar...moga Seri gembira selalu..:D)

 

Post a Comment

<< Home