Thursday, March 01, 2007

PERKARA GANJIL?

Salam kawan-kawan...

Lamanya saya tak menulis di sini. Macam orang bertapa setahun. Sebenarnya sepanjang tempoh itu banyak perkara yang hendak diceritakan. Tapi tak tahu apa yang menahan sampai tak tertulis kat sini; asalnya blog ini tak kenal tuanya. Asyik kena tolak saja bila baru nak melangkah pintu masuk. Peliknya. Dia tak kenal tuan rumah sendiri. Sedihnya.

Mujurlah ada orang yang bermurah hati, rajin jenguk-jenguk rumah ini dan menyapu sawang-sawang yang bergantungan di siling. Jika tidak mungkin masih berserabut.

Untuk pembuka tirai 2007 (walaupun dah masuk bulan ke 3 tapi ini adalah N3 pertama saya di tahun 2007... ) saya nak paparkan 6 perkara 'weird' yang sering saya lakukan. Pada saya taklah 'weird' tapi mungkin pada orang lain... Sebenarnya saya telah di 'tagged' oleh meenzulaikha iatu penulis dari Alaf21 yang baru menghasilkan novel pertamanya Kasih Yang Suci. Siapa yang belum baca novel dia bolehlah mendapatkannya di kedai yang berhampiran. Ada lagi yang tagged saya iaitu Aleya Aneesa, berapa orang nak tagged ni...

Apa yang ganjil tentang sikap/habit saya ya? Puas juga nak cari ni... Kebanyakannya berkaitan dengan makanan. Bolehlah saya katakan begini..

1. Bila makan karipaf, saya suka buang intinya... kecuali inti sardin. Begitu juga bila makan keledek goreng atau goreng pisang. Kulit dimakan, isi dibuang. Nak mengelakkan daripada membazir saya jarang membeli makanan itu.

2. Saya tak minum minuman sejuk atau yang bercampur dengan air batu. Walaupun hari panas dan terik sekali dan kawan-kawan offer saya tetap tak tergoda dengan air batu. Sebabnya kepala saya tak tahan. Nanti berpusing-pusing. Sebab keduanya saya bagi tips ni.. petua dari seorang kawan bangsa Cina cakap kalau tak mahu perut buncit elakkan minum ais.

3. Bila dapat membaca buku/novel/majalah yang diminati. Tak peduli alam sekeliling. Boleh lupa makan dan minum. Tapi tak boleh juga simpan duit sebab duit itu akan dilaburkan kepada novel-novel baru.

4. Suka menyanyi masa kat dapur. Hibur-hiburkan diri sendiri untuk hilangkan penat. Tapi mujurlah sehingga ke hari ini, nasi tak pernah hangit, ikan tak pernah rentung.

5. Tak suka bau asap rokok. Menyesakkan nafas. Bulan puasa itu amat seronok sekali sebab bau-bau itu tak ada. Kalau boleh nak selalu macam itu. Nasib dapat kawan-kawan sekerja yang tak merokok. Kalau ada pun mereka faham, bila nak berjumpa kat ofis mesti tinggalkan rokok di luar.

6. Suka bercuti di tempat yang ada laut. Duduk di tepi laut memerhatikan panorama. Rasa tenang. Kagum dengan ciptaan Tuhan. Tapi tak suka mandi laut. Rasa ngeri..

Itulah dia sedikit sebanyak yang dapat dipaparkan. Harap-harap orang yang tagged saya ni berpuas hati dengan jawapan ni.. Lepas ini siapa pula ya... Nama-nama yang terdapat dalam fikiran saya adalah.. jeng jeng jeng...

1. CwazyWabbit
2. Lia
3. Wan
4. Abang Long
5. Mersik
6. Nina

Rules & Regulations :Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog.

4 Comments:

At 11:54 AM, Blogger Abang Long said...

Salam hormat buat Ija. Pertamanya abang long ucapkan TERIMA KASIH atas sokongan dan pengorbanan kepada Kelab selama ini. Dan keduanya .... TAG itu dah dijawab.

 
At 2:30 PM, Blogger Ahada Aihara said...

salam kak ija...

hmm dlm byk2 ke"weird"an kak ija ada satu sama dengan ahada... hehhehee

kita satu kapal la sis.. ahada mmg x suke karipap kalu inti dier bukan ubi kentang or sardin... klu selain 2tue... sure akan terbuang la intinya... mak mase tue mmg bising la..

lagik satu klu pisang goreng... sure pisang tue akan tidak ber"baju" dikerjakan ahada... =)

 
At 1:02 PM, Blogger Ija said...

Abang Long,

Apa khabar?
Terima kasih juga kerana memberi peluang Ija menganggotai Kelab, dan mewar2kan aktiviti..

Gembira dpt. kenal dengan Abang Long.

;p

 
At 1:04 PM, Blogger Ija said...

Ahada,

Peluk dia kuat2, lamanya tak berjumpa. Pesta buku bolehlah kita bertemu lagi...

Bila time org. jamu goreng pisang & karipaf kita kena cari volunteer
utk. habiskan inti tu..

Miss U very much
;)

 

Post a Comment

<< Home