Friday, February 24, 2006

15 TAHUN BERLALU

Pagi-pagi lagi 'hubby' telah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Cepatnya waktu berlalu..... Perkahwinan ini telah 15 tahun usianya.

Dalam 15 tahun itu banyak perkara telah berlaku.... antaranya:-

- Kami dikurniakan 3 anak yang comel-comel, 2 putera dan 1 orang puteri.
- Saya terlantar di hospital hampir tiga minggu.
- Hubby terlibat dengan kemalangan sewaktu bertugas di negeri lain
- Menjadi ibu tinggal beberapa tahun lamanya
- Sesekali, berpeluang bercuti di luar M'sia..
- Ditahan polis kerana memandu melebihi had lk 150km/jam sbb kecemasan
- Lain-lain hal yg bersangkutan dgn. keluarga

Sepanjang 15 tahun hidup bersama banyak rasa bercampur aduk. Ada rasa manis, masam dan kelat-kelat. Namun itu semua adalah sebagai pemangkin kepada kehidupan ini. Rasa yang berbagai itu menjadikan ikatan ini semakin dekat dan ketat.

Untuk hubby...
'Terima kasih menerima kelemahan/kekurangan dalam diri ini..
Waktu yang berlalu makin mendekatkan kita
Tanpa prasangka....

Monday, February 20, 2006

IRAMA DAN LAGU

Andai dipisah...
lagu dan irama...


Tiba-tiba saja saya teringatkan lagu itu. Betapa merdunya ia bila dinyanyikan oleh Biduan Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tiada tolok bandingnya walaupun masa terus berlalu dan penyanyi bertukar ganti. Kenapa ya, tiba-tiba saja saya membicarakan tentang irama dan lagu ini.

Ceritanya bermula begini... bila saya dan rakan-rakan lain dijemput untuk audition dengan pencipta lagu terkenal Ma*a* N*ah. Terkejut sakan! Tak percaya pun ada. Ini bukan mainan mimpi tapi kenyataan. Hati pun berdebar-debar. Jantung bergerak pantas.

Dalam kepala cuba berfikir bagaimana karektor pencipta itu. Apa yang diberitahu dia sememangnya seorang yang 'nice person'. Bertemu dengannya memang menepati apa yang diceritakan oleh kawan ni.

Dia seorang yang senang untuk berbual. Ada unsur humor dalam perbualannya. Nak menegur pun dengan cara yang elok-elok. Tak sedar dalam ketawa kami terkena juga.. Tapi tak mengapalah untuk belajar, apa salahnya..

Dengan iringan piano kami pun berdendang sorang-sorang di depannya. Aduhai, suara yang biasa diperdengarkan di dapur hilang terus di depannya. Masing-masing berdiri tegak macam patung.

Kesimpulannya, bukan mudah nak jadi seorang penyanyi. Banyak yang perlu dipelajari dari segi kawalan suara dan lain-lain lagi. Tengok orang lain menyanyi, pandainya kita membuat berbagai ulasan. Bila sendiri yang disuruh menyanyi, barulah tahu... ia tidak semudah yang dilihat dan disangka.

Dan hari ini saya belajar sesuatu yang baru, seronok juga tapi tidaklah sampai nak bersaing dengan penyanyi lain. Masih jauh panggang dari api...

:p