Friday, February 24, 2006

15 TAHUN BERLALU

Pagi-pagi lagi 'hubby' telah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Cepatnya waktu berlalu..... Perkahwinan ini telah 15 tahun usianya.

Dalam 15 tahun itu banyak perkara telah berlaku.... antaranya:-

- Kami dikurniakan 3 anak yang comel-comel, 2 putera dan 1 orang puteri.
- Saya terlantar di hospital hampir tiga minggu.
- Hubby terlibat dengan kemalangan sewaktu bertugas di negeri lain
- Menjadi ibu tinggal beberapa tahun lamanya
- Sesekali, berpeluang bercuti di luar M'sia..
- Ditahan polis kerana memandu melebihi had lk 150km/jam sbb kecemasan
- Lain-lain hal yg bersangkutan dgn. keluarga

Sepanjang 15 tahun hidup bersama banyak rasa bercampur aduk. Ada rasa manis, masam dan kelat-kelat. Namun itu semua adalah sebagai pemangkin kepada kehidupan ini. Rasa yang berbagai itu menjadikan ikatan ini semakin dekat dan ketat.

Untuk hubby...
'Terima kasih menerima kelemahan/kekurangan dalam diri ini..
Waktu yang berlalu makin mendekatkan kita
Tanpa prasangka....

9 Comments:

At 12:56 AM, Anonymous Anonymous said...

dah dpt my email ke belum? harap reply yes or no, cukup lah.

 
At 10:12 PM, Anonymous Anonymous said...

akak dh 15 thnkawin..tentu mcm2 dh rasa. sy ni baru masuk 5, kadang2 cam kena tsunami. bertahan ajelah...heheheh

 
At 12:21 AM, Blogger Izham Miyake said...

tahniah kak..

dah lama saya tak jenguk blog kak ija. sesekali jengah.. banyak pulak update nya..

keep it up kak. take care :)

 
At 4:14 PM, Anonymous Anonymous said...

Ija, kitanye aniversary tak jauh lerr.. selamat yah.. kakmon br jer sambut ke17, ari nih *dgn muka tak malu* hikhikhikhik

 
At 5:08 PM, Anonymous Anonymous said...

kak ida,

e-mail telah diterima berserta dgn. bunganya... kali pertama bunga x nampak..

terima kasih utk. sebuah ingatan yg. padat..

;p

 
At 5:11 PM, Anonymous Anonymous said...

izza,

kalau takut dilambung ombak jgn. berumah di tepi pantai, silap2 tsunami dtg. menyerang...

hehe... itu semua essene of love
moga izza dihujani dgn. kebahagiaan yg. melimpah ruah...

 
At 5:12 PM, Anonymous Anonymous said...

izham

terima kasih..

izham bila lagi... nak juga rasa nasi minyak/briani dari izham

;p

 
At 5:14 PM, Anonymous Anonymous said...

kak mon,

comel apa.. macam francessa peter la...

ija suka angka 3 tu..

 
At 5:15 PM, Anonymous Anonymous said...

kak mon,

angka aja 3 tapi kita tetap 1

 

Post a Comment

<< Home