Thursday, August 17, 2006

SIARAN TERTUNDA - MISI KHAS

Walaupun cerita ini telah berlalu 2 minggu lamanya. Tapi saya tetap nak abadikan di sini. Sebagai menghargai jemputan dari seorang penulis yang sinonim dengan lagu "Bukan Cinta Biasa".

Kelakar juga mengenangkan bila nak pergi ke rumahnya yang menghala ke Perak. Terlajak sedikit pasti saya dah bawa kak Noor ke kampung saya. Dalam masa berbual dan ber'sms' dengan kawan-kawan yg. telah sampai dahulu, saya berhenti sebentar di sebelah tol Rawang. Kami diberitahu bahawa kredit talipon dah habis. Macam berpakat pula yang kak Noor dan saya senasib, boleh nyanyi lagu "Kita Serupa".

Jadinya sebelum tiba ke rumah penulis tersebut, kami singgah ke kedai dulu mencari kad 'top-up'. Tak pernah tiba di situ tapi buat-buat macam orang yang tahu.

Akhirnya sampai juga kami ke rumah penulis tersebut. Kami disambut oleh puan rumah, Lia, Klena, Izza, Infa, dan Wabbit. Apa lagi adegan yang tak akan terlepas dan tertinggal ialah salam menyalam, berpelukan dan berlaga pipi.

Banyak yang kami bualkan dari satu ke satu perkara. Tapi hot topik pastilah pasal novel. Kemeriahan hari itu ala-ala parti. Jika dulu parti pinggan mangkuk, tupperware tapi kini kami berparti dengan novel. Masa itu juga kami bertukar-tukar novel macam sistem barter pula.

Dipendekkan cerita masa yang berlalu amat tidak terasa. Akhirnya kami terpaksa pulang. Kalau boleh nak lama-lama lagi tapi risau pula terserempak dengan time punch card.

Terima kasih yang tak terhitung untuk penulis tersebut "Izzul Izzati" atas layanan yang tak mungkin dilupa. Juga 'lunch' yang sehingga kini masih terbau-bau aromanya.

Dari jauh saya ke sini
Memenuhi undangan puan seorang
Usah jeran jemputlah lagi
Nescaya saya akan bertandang

*Kerana beberapa sebab teknikal gambar x mahu keluar....*

2 Comments:

At 10:51 PM, Blogger Sri Diah said...

T yang manis; terima kasih atas pertemuan yang sebentar tetapi sekurangnya dapat memadamkan rindu bertahun... rasa cepatnya masa berlalu dan singkatnya pertemuan. Banyak yang ingin dibual dan dikongsi, tapi apakan daya... waktu mencemburui. InsyaAllah jika ada kelapangan kita akan berborak lagi... tq. salam.

 
At 3:57 PM, Anonymous Anonymous said...

D yang ceria;
bertahun tak jumpa, akhirnya kita noktahkan dengan pertemuan yang sungguh bermakna. Sayangnya kita cuma dapat berbicara sebentar cuma.
Terasa tak puas lagi...
Moga esok masih ada untuk sebuah pertemuan lagi.... Salam utkmu..

 

Post a Comment

<< Home