Saturday, May 06, 2006

KERANA DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU

Teruja dengan promo di blog seorang rakan lalu saya meminta Klena membelikan novel tersebut. Kebetulan dia pergi ke kedai yang menjual novel penulis Singapore itu. Beberapa kali juga berjanji untuk mengambil novel itu dari Klena tapi asyik tertangguh saja.
Lalu Sabtu, 6 Mei janji pun tertunai. Saya ke pejabat Klena ditemani oleh puteri tunggal. Oh... sayupnya bila berada di pejabat yang berada di paras melebihi 20 tingkat itu. Hasrat hati nak pulang segera dibatalkan kerana ada seorang pelawat nak berjumpa. Saya memanggilnya pelawat kerana dia sering mengunjungi dan memeriahkan rumah saya yang lagi satu itu.
Apa lagi berlakulah pertemuan yang tidak direncanakan. Pertama kali bertemu macam telah lama kenal. Kami kemudiannya berangkat ke SG untuk mencari novel dari Singapore. Rupanya kedai itu memang pengimpot dan pengedar novel-novel terbitan dari negeri seberang.
Sempat juga kami menjamu selera di kedai berhampiran. Bercerita bagai tiada penghujungnya. Kerana kami memang peminat novel, jadi cerita-cerita itu berkisar dengan e-novel, novel di pasaran dan novel-novel yang bakal diterbitkan.
Dan yang paling terharunya nama saya pun telah ditukarkan gara-gara e-novel itu...... Kak Noor nampaknya saya dah jadi watak utama pula.
****
Nota Kaki:
- Gambar ada tapi tak dapat dipaparkan kerana menghormati permintaan pelawat ini.
- Ada hikmahnya di sebalik kelewatan mengambil novel tersebut, rupanya nak bertemu dengan Kak Noor.
- Kenyataan Kak Noor membuat saya tersenyum; rupa saya berlainan dari gambar? Sama saja...
- Ada waktu kita bertemu lagi... Gathering dengan kropok lekor pulak...
- Teringat Notie yang murah hati belanja makan di Secret Recipe kerana saya tak sempat menikmati kek yang dibawanya
semasa Pesta Buku 2006 dulu, katanya.... walaupun baru bertemu tapi kita macam dah lama kenal. Kami duduk-duduk
di SR hampir 2 jam. Kalau tak kerana komitmen lain, harus juga tambah lagi beberapa jam.
DAN KERANA BLOG JUGA, SAYA BERTEMU DENGAN RAMAI TEMAN-TEMAN BARU.... BLOG MAKIN MENDEKATKAN KITA DI ALAM MAYA, DI ALAM NYATA DAN DI HATI. SEKALI PERTEMUAN BAGAI BERTAHUN TELAH BERKAWAN. KEMESRAAN ITU TERSIMPAN KUKUH DI SUDUT HATI.

9 Comments:

At 4:05 AM, Anonymous Anonymous said...

kerana buku juga akak dah mengumpul ramai kenalan...ku nama kan dunia ku buku...untuk kenalan yg gila membaca...

 
At 12:18 PM, Blogger Izham Miyake said...

teruskan hobi kakak.. best kan kalau ada masa nak baca novel ni..

 
At 1:16 PM, Anonymous Anonymous said...

hijauuz..

perkenalan bukan kebetulan
kita bertemu kerana minat
walaupun berjauhan
masih ada waktu pertemuan..

thanks utk. sebuah persahabatan

 
At 1:17 PM, Anonymous Anonymous said...

izham,

kerana minat..
masa perlu dicari..

all the best 4U

 
At 1:31 PM, Blogger Unknown said...

Bila nak jumpa saya pulak!!

Datang rumah saya, saya belanja makan ketam rebus. Rumah saya kat tepi laut!!

 
At 2:13 PM, Anonymous Anonymous said...

Amir;

TQ atas undangan...

Insyaallah, bila saya pulang ke Perak & g ke Lumut/Teluk Batik,,
bersedialah dgn. ketam rebus tu.

Duduk2 makan disapa oleh bayu laut..

 
At 5:16 PM, Anonymous Anonymous said...

I dah pernah baca dedaun hijau di angin lalu few years ago. Mmg best cuma buku tu dah missing. Mana I boleh dapatkan copy of tat book.Plsssssssss......

 
At 7:55 AM, Blogger webmaster said...

Kak, mana nak dapatnovel dedaun hijau di angin lalu? Emailkan saya kartiniabubakar@gmail.com.Saya pernah beli 18tahun dulu tapi kawan pinjam tak pulang harap akak dapat tolong saya dapat kannovel tu ye.?

 
At 7:16 PM, Anonymous Salina said...

Dah tau kat mananak dpatkan novel tu. cerita tu meng best habis

 

Post a Comment

<< Home