Friday, August 20, 2004

KITA HANYA MERANCANG...

Esok, Sabtu sepatutnya pagi-pagi lagi saya berada di pejabat. Bersama kawan-kawan ke Kem Bina Insan, di Beranang. Jika tidak kerana kem tersebut, mungkin saya tidak akan sampai ke situ. Penceramah pula dari Excel Trading yang terkenal dengan pakar motivasinya.
Saya hanya merancang, ketentuannya pada DIA. Penyertaan saya terpaksa dibatalkan pada saat akhir. Anak-Anak tak sihat. Dah beberapa hari terlantar di atas tilam. Pilihan terpaksa saya lakukan. Anak-anak lebih penting.
Mungkin, akan datang saya akan menyertainya kalau pejabat menganjurkan sekali lagi.

Thursday, August 19, 2004

Exercise Kaki

Kaki di kayuh
Membelah malam kelam
Kenangan datang


Setiap hari anak perempuan saya ditemani abang-abangnya ke tempat mengaji. Tak berapa jauh lalu mereka berbasikal beriringan. Hari ini abang-abangnya diserang demam dengan tiba-tiba. Saya pula mengambil aleh tugas menghantar. Nak jalan kaki, jauh juga. Kurang biasa kerana ke sana ke sini asyik memandu.
Basikal dicapai, meminta anak duduk di belakang. Hampir terjatuh saya, maklumlah dah lama tak mengayuh. Masa kecil dulu biasa, skrg. ni basikal hampir dilupakan. Terasa seronok juga diiringi angin malam.
Berbasikal juga adalah cabang exercise. Asyik terperap kat pejabat dengan hawa dingin kurang menyihatkan... Sekali sekali mengayuh seronok juga, nostalgia datang bertanding.

Friday, August 06, 2004

BABY MEOW

Anak kedua saya amat sukakan kucing. Beberapa kali dia meminta untuk membela kucing tapi saya menolak. Kasihan nanti kucing itu akan ditinggalkan bila saya dan keluarga pergi makan angin. Siapa yg. nak menjaga dan memberi makan. Terkurunglah dia di dalam rumah kerana penghuninya ke sekolah dan keluar bekerja.

Hari ini dia meminta kebenaran lagi untuk membela kucing. Hari Sabtu dan Ahad sahaja nak bela 'baby meow' katanya. Pelik saya kenapa tiba-tiba permintaan itu diajukan. Rupanya dia terlihat anak kucing di rumah guru mengajinya. Oleh kerana saya melarangnya membela, dia meminta membela kucing pada hujung minggu.

*** Saya tahu, dia menyukai & menyayangi kucing tapi permintaannya terpaksa ditolak kerana anak saya ini ada penyakit 'asma', so doktor dah nasihatkan tak digalakkan membela kucing.