Tuesday, July 27, 2004

PERTEMUAN INI, MERUBAH SEGALANYA....

Semestinya kalungan ucapan terima kasih saya berikan kepada Sri Diah. Tanpa dia, tanpa desakan dia, 'blog' ini tidak akan muncul. Teringat saya akan pertemuan kami di Langkawi, lewat Jun lalu. Siapa sangka, siapa menduga. Naluri menyatakan bahawa kami akan bertemu akhirnya setelah lama terpisah. Kami dekat (tinggal dalam Selangor) tapi kami jauh. Pertemuan itulah merubah segalanya. (Saya kira Sri Diah telah mencatat serba sedikit ttg. pertemuan kami ini dalam blognya).

Apa yang ingin saya nyatakan... kita akan berjumpa juga akhirnya bila Tuhan mengizinkan walaupun memakan masa bertahun.

Wednesday, July 14, 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, hari ini kumulakan bicara dengan mengucap syukur kerana hajat untuk memiliki blog sendiri telah tercapai. Sekurangnya di sinilah tempat kuluahkan segala yang kurasa, yang kulihat dan yang kualami untuk dikongsi bersama.


Bersama sahabatku Sri Diah


Berlatar belakang gambar Mahsuri


Tiga anak-anakku


Telaga Mahsuri, Langkawi