Wednesday, July 14, 2004

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah, hari ini kumulakan bicara dengan mengucap syukur kerana hajat untuk memiliki blog sendiri telah tercapai. Sekurangnya di sinilah tempat kuluahkan segala yang kurasa, yang kulihat dan yang kualami untuk dikongsi bersama.


Bersama sahabatku Sri Diah


Berlatar belakang gambar Mahsuri


Tiga anak-anakku


Telaga Mahsuri, Langkawi

2 Comments:

At 10:23 PM, Blogger Ija said...

Assalamualaikum;
Semoga ada yang sudi menatap bicaraku dan memberikan komen. Thanks.

 
At 5:07 PM, Blogger Ija said...

RINDU SEORANG ANAK

Hari ini saya bercuti. Menemani anak yang demam. Malam tadi badannya panas. Semalamam saya tak tidur. Risaukan dirinya. Tambahan pula suami jauh di mata. Lalu segala-galanya perlu dilakukan sendiri. Terasa sedihnya bila berjauhan begini, jika tidak pasti kami akan bergilir-gilir menjaga anak.

Saya bisikkan pada anak... apa yang diinginkan, Iffah rindu kat abah.... Hati saya tersentuh. Abahnya nun jauh di sana, nak pulang pun bukannya mengambil masa yg. pendek. Kasihan anakku.

Memang dia demam, tapi yang lebih membuatkan dia demam kerana rindunya itu. Kasihannya....

Selepas berjumpa doktor dan diberi ubat, dia tidur dengan nyenyaknya. Namun begitu dia masih lagi menyebut abahnya. Yg. cuma mampu saya lakukan, hanya menyelimut dia dgn. baju abahnya. Seperti pesan orang tua-tua dahulu.

 

Post a Comment

<< Home