Friday, May 18, 2007

LEGANYA...




Ummm.. Lega rasanya setelah hampir 2 minggu berhempas pulas. Pulang pun hampir tak tentu masa. Tapi demi semangat teruskan juga.

Baru hari ini boleh bernafas lega. Memang lega sangat.

Dan esok hari penyampaian hadiah. Bertambah lega bila beberapa hadiah bakal berada dalam genggaman. Berbalui juga. Hilang rasa penat. Hadiah ini juga untuk anak kerana mereka mengerti kenapa mamanya asyik pulang lewat 2 minggu ini.

Terima kasih Aqil, Afiq & Iffah kerana mendoakan kejayaan mama.