Saturday, September 23, 2006

SELAMAT DATANG RAMADHAN...


Datangnya memang dinanti
Bulan berkat menyucikan diri
Biar hilang segala penyakit di hati
Menambah amalan untuk kemudian hari....

SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA TEMAN-TEMAN,
MOGA PUASA DI TAHUN INI ADALAH YANG TERBAIK
DARI TAHUN SEBELUMNYA
DALAM MENAMBAH AMALAN & MEMBUAT AMAL

Sunday, September 17, 2006

BILA VIRUS NOVEL MELANDA...

Nampaknya minggu ini menjadi minggu yang paling sibuk untuk saya. KL bagai begitu dekat walaupun sebenarnya memang jauh juga. Atas desakan cintakan buku lalu saya gagahi juga ke sana untuk mendapatkannya.




Novel-novel terbaru keluaran CESB.

1. Hadirnya Cinta - Norhazriana Abdullah
- Penulis yang baru mencipta nama, namun beliau telah lama saya kenali melalui blog kisah kita atau sebelumnya terkenal dengan e-novel Dihatiku Cinta bermula. Cuma belum pernah bersua muka lagi...

2. Syurga di Hati - Salina Ibrahim
- Penulis yang tidak asing lagi di persada penulisan tanah air. Pernah menghasilkan beberapa buah novel antaranya Untukmu Hana, Atas Nama Kasih, Mahligai, dan banyak lagi.

3. Setelah Kau Pergi - Rozita Abd. Wahab
- Kali pertama saya bertemunya di PWTC dengan Permata Asmaranya. Dia juga telah menghasilkan beberapa buah novel samada dgn. CESB atau dgn. penerbitan lain. Hasil karya beliau antaranya Nilai Kasihmu, Permata Asmara, Bahagia itu Miliknya, Cinta Bersemi dan lain lagi.

- Baru-baru ini kami bertemu lagi bersama rakan-rakan untuk sessi "Bertemu dengan Penulis' di sebuah gedung terkemuka di KL. Terima kasih Rozita kerana sudi meluangkan masa dan menandatangani novel terbaru "Setelah Kau Pergi", biarpun hujan melanda dan bumi KL dibasahi hujan tapi tidak menggugat perjumpaan ini.
- Karya terbaru beliau "Inikah Cinta" boleh diikuti di blog dia....

4. Yang Teristimewa - Siti Zabehah Ibrahim
- Cover novel yang cantik membuatkan hati begitu teruja untuk memilikinya. Beliau juga pernah menghasilkan novel sebelum ini antaranya Benang Biru dan Diusik Sayang. Keindahan kulit buku memang sama dengan keindahan kisahnya....

5. Mutiara Kasih - Haslinda Ismail
- Karya yang penulisnya masih baru bagi saya. Mungkin ini karya pertama beliau...

*Jeling-jeling kat WB & Lia... demam buku kian melanda. Nanti kita jumpa lagi ya...
*TQ kat KL & KN kerana jadi guru.. anak murid dah pandai ke sana-sini dgn. LRT...