Thursday, April 06, 2006

ENAM APRIL DUA RIBU ENAM

Hari ini hari lahir saya. Saya bersyukur kerana masih lagi dipanjangkan usia hingga ke hari ini, masih sihat lagi, masih boleh berfikir lagi, masih lagi boleh membuat perkara yang saya sukai. Yang penting saya masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini.

Hari lahir usia pun makin bertambah dan jangka hayat hidup semakin kurang. Moga-moga hari ini dan hari-hari seterusnya Tuhan bukakan pintu hati saya untuk terus membuat kerja-kerja amal dan kebajikan buat bekal di hari kemudian.

Untuk kawan-kawan, sudi-sudilah menjamu selera dengan hidangan di bawah.

Untuk kl*n*, terima kasih sudi melayan ija dan belanja ******* chop, untuk infa terima kasih atas ucapanmu. Jangan segan-segan ambillah sendiri makanan kat atas tu.